Thursday, January 31, 2013

SPR tersepit...

Wow!! Pengerusi SPR mengaku yang daftar pemilih tak bersih? Klik sini..

Kalau dah ngaku tak berapa nak bersih, apa kata kita pakat sama2 bagi bersihkan nama daftar pemilih tu sebelum PRU13 ni nanti..??

Aku rasa kalau wakil parti pakat2 hantar sukarelawan, rasanya benda settle awal lagi. Tapi masalahnya pendedahan demi pendedahan yang dah di buat tu apa cerita? Apa tindakan yang dah di ambil bagi mengatasi masalah yang telah di lapor kan tu?

Tapi yang tak bleh blah dalam statement link yang wa bagi kat atas tu berkenaan isu negeri Selangor yang me war2kan yang mereka akan membubarkan Sidang Dewan Undangan Negeri lepas sambutan Chap Goh Meh, Pengerusi SPR ni ni kata memang Selsngor boleh buat atas perkenan Sultan tapi tarikh dan masa semua terletak di tangan SPR.

Aik?? Bunyi macam tak mau bagi jer sebab belum dapat greenlight dari bini kedua Najib, Rosmah Mansor ke? Kan senang kalau Pengerusi SPR ni kata hangpa bubar la bilapun, tarikh tetap pilihanraya tetap kat tangan aku selagi Najib/Rosmah belum bagi perkenan...


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh....

Hot! Ostad Nasha masuk Jati???

Berita tengahari tadi yang aku tertengok tatkala tengah makan nasi, ada temubual khas secara langsung oleh TV3suku dengan Ostad Nasharuddin Mat Isa berkenaan isu pemecatan dia dari menjadi Ahli Majlis Syura Pas.

Tengok dari reaksi yang di berikan oleh Ostad Nasha ni dah boleh agak dah apa yang bermain dalam pemikiran dia. Kedudukan dia sebagai ahli Pas pun dia bagi reaksi yang seolah2 menyindir Pas tapi lantak la, lepas PRU13 nanti dia dah konfom takkan jadi calon Pas lagi.

Wa cadangkan Ostad Nasha ni bergabung dengan Hasan Ali dalam Jati. Depa dua2 ni pun serasi. Lagipun depa ni la antara kepala YouJizz dalam Pas. Mintak Hasan Ali wujudkan jawatan Mursyidul Am khas buat Ostad Nasha ni dan jadikan agenda YouJizz perkara utama dalam Jati. Kalau nak cerita bab aqidah dengan melayu, baik puak2 depa ni pi perbetul dulu institusi raja dan jugak golongan Pak Menteri yang hidup seperti orang barat.

Gambar kat bawah ni pun comel gitu. Nampak intim jer depa berdua ni. Kalau nak lagi cantik, ajak la Zul Kulim sama join. Baru ngam tiga serangkai jadi balaci Umno.


Wednesday, January 30, 2013

Kronologi provokasi Umno untuk kekal berkuasa...

Mula Umno bertindak membuat tuduhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor memurtadkan orang2 melayu Islam di  gereja.

Selepas itu menuduh pulak Kristian akan menjadi agama rasmi jika gabungan Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Kemudian menuduh pulak MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyokong melayu Islam murtad dalam satu forum yang di adakan..

Bila fitnah yang di mainkan tak berapa berkesan, mereka bukak kembali kisah lama kisah AMANAT HAJI HADI dan mengatakan Tok Guru Haji Hadi mengkafirkan Umno.

Selepas isu AMANAT HAJI HADI, diaorang mainkan pulak isu kalimah ALLAH dengan melabelkan PAS gadai maruah agama demi politik la, PAS takut kepada Anwar dan DAP La sampai ada cadangan dari diaorang mintak PAS keluar dari Pakatan.

Lepas tu muncul pulak gambar siap video lagi aksi pemberian bibble kepada orang melayu kat depan sekolah di Penang. Cubaan untuk memainkan isu agama telah jelas nyata tapi sayang, semua cubaan dari pihak Umno nampaknya semuanya gagal bila rakyat kini menolak politik perkauman dan agama.

Rakyat kini lebih berminat nak tau tentang hala tuju negara dari semua segi aspek. Rakyat lebih beminat nak tau perkembangan ekonomi negara. Rakyat nak tau kemana hilangnya wang negara dalam jumlah yang besar seperti yang di dedahkan oleh pihak pembangkang termasuk Ketua Audit Negara.


Nasihat kat Umno ni jangan la mainkan isu yang sensitif walaupun isu tu yang terakhir untuk kekalkan kuasa. Simpati sama kepada generasi akan datang kerana perkauman ni boleh memusnahkan sebuah negara. Jika tewas terima je la seadanya dan bermuhasabah la. Mungkin dengan duduk di kerusi pembangkang kelak mampu untuk merubah Umno secara keseluruhan.

p/s : Posting ni wa cilok dari Fb Idris Md Nasir. Wa nak copy paste jer, memandangkan wa update pun pakai tablet, wa tak bleh buat. Wa rewrite balik apa yang dia post dengan cara wa sendiri la. Jangan marah and TQ bro..

SMS : Menteri ni nak kaji cukup2 wei....

Salam sejahtera....

Sebelum wa tulis lebih merapu, baik lu orang klik sini dulu sebagai pembuka cerita, TQ.

Kali ni kisah Menteri yang dikatakan ada skandal dengan amah indon@maid dia dulu. Amah indon tu pun la ni dah kaya raya sampai mampu bina rumah banglo kat tempat asal dia la ni. Lumayan jugak rupanya jadi amak kat Malaysia ni, dalam sekelip mata dah mampu nak buat rumah banglo kat Indon nun. Berapa la gamaknya Pak Menteri ni bayar gaji amah@maid dia ni sebulan yer?

Balik pasal kisah Pak Menteri ni, terkini dia bagi warning kat syarikat yang buat promote iklan melalui sms. Dia bertindak pun atas aduan pengguna yang rasa privasi mereka terganggu dengan kehadiran junk sms ni. Dia kata lagi, pihak kementerian dia akan meneliti punca aduan ni dan akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi bagi mengatasi masalah ni. Klik sini sebagai rujukan.

Wa cuma nak tanya kat Pak Menteri ni, macammana pulak dengan sms2 kempen politik yang diterima kat handphone para pengguna? Boleh ambik tindakan jugak ke? Dan ramai yang tahu, hanya Umno/Bn sahaja yang punya akses untuk menggunakan saluran ni sebab semua syarikat telekomunikasi di kontrol oleh para kroni? Termasuk yang terbaru mengenai survey untuk bertanya pendapat siapa yang layak di angkat jadi PM selepas PRU 13 nanti. Ini pun mengganggu privasi para pengguna. 

Lagi satu, bagaimana pulak dengan iklan promo yang dibuat oleh pasaraya2 besar macam Tesco, Giant dan sebagainya? Apakah sms dari syarikat ni pun boleh dikategori sebagai junk sms? Sebab wa kerap benar mendapat sms promo iklan dari pasaraya2 camni. Naik meluat pun ada bila promo dia buat sebelum gaji..

Keh keh keh keh keh keh keh...

Kalau betul Pak Menteri ni nak kaji dan ambik tindakan, jangan double standard. Tak kira yang sms tu tauke besar ke kecik, tindakan yang sama harus di kenakan. Jangan hanya hukum kepada peniaga kecik yang guna cara tu untuk buat promosi tetapi tauke2 pasaraya besar di lepaskan sebab depa kaya dan banyak duit untuk menutup mulut para pemerintah dan penguatkuasa.

Apa macam? Ada bran ke wahai Pak Menteri yang jadi kesayangan amah2 kat Indon nun...

Keh keh keh keh keh keh keh keh....

Tuesday, January 29, 2013

Najib the nujum man...

Sejak bila pulak PM Najib ni menganggotai Majlis Syura Ulamak Pas? Bukan apa, keputusan Majlis Syura Pas PM Najib lebih tau berbanding dengan Nasharudin Mat Isa sendiri?

Najib ni punya imiginasi agak keterlaluan sikit la wa nampak sekarang ni.  Bayangkan la Najib boleh kata yang Nasharudin barua YouJizz ni di pecat sebab ikut dia pi Gaza, Palestin. Lu pegi Gaza berapa haribulan, Majlis Syura punya keputusan berapa haribulan bhai?.

Kalau nak raih populariti atas isu yang lu sendiri pun tak tau, lebih baik lu diam. Lu memekak menampakkan lagi betapa bangang nya lu. Lu jaga bini lu yang makin mendebab tu sudah la. Lu tak payah la susah2 nak jaga Pas pulak. Umno yang lu jadi presiden pun belum tentu selamat lagi sekarang ni. Silap haribulan, lu pulak yang kena cantas oleh ahli2 Umno yang la ni dah makin meluat dengan lu sebab lu tak boleh nak kontrol bini lu yang debab tu dari meng interframe tugas2 rasmi lu dan jugak jabatan2 kerajaan yang lain.

Jangan lu nanti jadi PM yang tak pernah dapat mandat sudah la. Bukan apa, wa takut nanti bini lu yang debab tu dok kejar pulak Muhyiddin  sebab nak kekal jadi First Lady of Malaysia.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Sunday, January 27, 2013

Ngam!! Konfom janji dicapati..

Pada tahun 2004 lagi Ngo2 dan parti2 politik pihak oposisi mendesak supaya SPR bersikap telus dan adil kerana ianya merupakan badan berkecuali yang sepatutnya tidak memihak mana2 parti yang betanding dalam pilihanraya.

Tapi apa yang terjadi sebaliknya. SPR dan JPN serta beberapa agensi lain yang terlibat dengan proses pilihanraya di pergunakan dengan begitu rakus oleh pihak parti pemerintah. Perkara yang dilakukan oleh pihak pemerintah yang telah melanggar akta2 pilihanraya.

Pendedahan demi pendedahan terbongkar angkara kerakusan Umno/Bn dalam usaha untuk mengekalkan kuasa. Tapi sikap SPR yang diam membisu amat2 di kesali. Lagi tragik bila pembongkaran penipuan tu cub di cover sendiri oleh SPR. Bukan nak siasat tapi tutup terus.

Bagi JPN pulak, pendedahan dan pengakuan Tun Madey berkenaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing semata2 nak menang pilihanraya di Sabah yang pada waktu tu di kuasai pembangkang. Kalau projek IC kat Sabah boleh berlaku, apa jaminan yang perkara macam tu tak jadi kat Semenanjung.

Terbaru kes pemberian kad ucapan selamat tahun baru kepada penduduk yang tak wujud. Dipercayai kad yang dihantar secara pukal oleh BN Selangor ini terkantoi bila alamat penerima yang terima tu sama tapi nama orang yang di tujukan kad tu tak wujud pun kat rumah tu. Bayangkan dalam 1 rumah berpuluh2 nama dan nama2 ni di percayai sebagai pengundi yang di import oleh BN untuk memastikan Selangor berjaya di tawan kembali.

PM Najib masa mula2 ambil alih kuasa dari Pak Lah berjanji akan melakukan TRANSFORMASI tapi sampai ke hari ni tak nampak pun apa TRANSFORMASI yang dah di buat dalam sistem pentadbiran negara. Makin macam cibai ada la.
Yang cuma nampak PM Najib cuma berjaya menTRANSFORMASIkan bini kedua dia menjadi wanita yang paling di benci oleh rakyat tak kira dari pihak Umno/Bn mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat dah meluat dengan tingkah laku dan tabiat bini PM najib yang lebih sudu dari kuah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno sendiri. Ni la gamaknya slogan JANJI DI CAPATI oleh PM Najib, laki ketiga Rosmah Mansor.

SYABAS : Syabas dan tahniah kerana berjaya menyusahkan rakyat..

Bila agaknya kemelut yang melanda kerajaan negeri Selangor dengan SYABAS akan selesai. Perseteruan yang menyaksikan rakyat sekitar Lembah Klang yang berada dibawah naungan SYABAS dalam proses pembekalan air bersih menjadi mangsa.

Usaha yang di lakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedaya upaya cuba untuk mengambil alih SYABAS supaya dapat memproses sendiri air bagi kegunaan rakyat dengan kadar yang minimum sepatutnya di sokong oleh semua. 

Yang wa heran, masih ada lagi kepala pecacai yang masih tak terkesan dengan derita yang di alami oleh rakyat. Sanggup mensabotaj sumber air demi untuk meraih sokongan politik. Ni nama dia politician HARAMJADAH..

Dan tindakan kerajaan Selangor membekukan modal  kepada SYABAS adalah satu tindakan yang tepat kerana terbukti bahawa banyak dana awam yang di belanjakan oleh SYABAS bukan untuk penyelenggaraan bagi proses pembekalan air kepada rakyat tapi terlampau banyak perbelanjaan yang bukan merupakan perkara yang menjadi keutamaan.

Dah la CEO gaji berjuta2 setahun, tapi SYABAS masih terpaksa memohon modal dari kerajaan negeri bagi menanggung kos operasinya. Mana keuntungan yang berbillion2 tu? Bawak lari pi oversea siap2 ka sebab lepas PRU 13 nanti nasib Umno/BN belum tentu selamat kan? Ambil langkah berjaga2 dari awal mungkin.. Tu cuma andaian wa jer, tapi rasa cam bakal dan pernah terjadi dah pun. Ingat lagi tak kes bekas MB Selangor Mat Taib yang kantoi kat Australia bawak duit berjuta dalam briefcase.

Bagi wa, bukan hanya negeri Selangor jer yang patut berusaha untuk ambik balik hak pengagihan air kepada rakyatnya tapi semua negeri yang di kuasai Pakatan ambik inisiatif macam Selangor buat ni. Kalau di GLCkan sekalipun, tolong pastikan rakyat cuma dikenakan harga pada kadar yang seminimum mungkin. Bukan seperti SYABAS yang buat duit atas derita rakyat marhaen yang bermaustatin di Lembah Klang.

Saturday, January 26, 2013

Menteri Hyper Bangang!!!

Kebangangan Ketua Penerangan Umno Malaysia makin menjadi2 pulak sejak kebelakangan ni. Makin terserlah bangangnya Menteri Umno ni bila menyalahkan pihak pembangkang apabila saham FGVH jatuh merudum hingga lebih rendah dari harga tawaran. Klik sini.

Dengan melabelkan pihak pembangkang sebagai berniat jahat dan menantikan sahaja saat ini terjadi, Ahmad Maslan bertukar menjadi pakar ekonomi bila dia kata fitnah dari pembangkang mempengaruhi harga pasaran saham. First time pulak wa dengar bahawa fitnah pun boleh mempengaruhi harga saham. Masa wa belajar ekonomi dulu, tak pulak ada subjek ni.

keh keh keh keh keh keh keh..

Betapa bodohnya Ahmad Maslan ni tak mau pulak ungkit kontroversi penentangan dari ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang jugak merupakan AJK Pas Pusat. Masa menentang penyenaraian pun pembangkang jahat, bila dah lingkup merudum pun pihak pembangkang jugak yang salah ke? Pengerusi Felda yang bertanggungjawab tak mau mengaku kelemahan dalam pentadbiran Felda ke? Tak mau pikul ke beban bila FGVH yang dicanangkan dah nak melingkup? Penganiayaan terhadap warga Felda yang terbabit secara terangan dah ni..

Ahmad Maslan ke ni tak ingat ke gelaran yang di berikan oleh PM Najib terhadap peneroka yang menentang FGVH dulu? HARAMJADAH bhai... Sekarang ni siapa yang HARAMJADAH sebenarnya? Kalau tanah warga Felda yang di cagar kepada pihak bank sebagai jaminan tergadai bagaimana? Siapa yang nak bertanggungjawab? Memang HARAMJADAH la kalau pihak pengurusan main lepas tangan kepada nasib peneroka andai perkara ini benar2 terjadi..

Tuesday, January 22, 2013

Cerita Bawani lebih hit dari #KL112? Kenapa?

pakar masalah binatang terfemes kat Malaysia
Wa bukan nak kondem KS Bawani tapi kenapa cerita dia lebih hit dari cerita #KL112 tu tu yang jadi tanda tanya kat wa. Sampaikan tagline listen, listen, listen cukup top la ni. Dia jadi top sampaikan ada cadangan yang nak tawarkan dia bertanding dalam pilihanraya. Tak ke gila cadangan tu. Desperate sangat ke dah..

Bagi wa, wa salute and respect Bawani sebab berani nyatakan hak cuma pengkagum2 tegar tu yang buat wa menyampah. Yang seteru dia pulak teruk di asak publik atas tindakan bangang yang pompuan ni dah buat. Sampaikan diajak berforum untuk menjernihkan keadaan pun di tolak. Nampak sangat bangangnya dan kecutnya bila nak berhadapan dengan publik. Lain kali buat lagi kerja bangang semata2 sebab nak bodek masuk parti bangang dan tukar bangsa mamak KIMMA jadi melayu seperti yang lain2.

Kalau lu orang ada idea camna perkara macam ni boleh jadi, share2 la dengan wa sama. Wa pun nak tau jugak kenapa rakyat terutama masyrakat siber begitu berminat dengan cerita Bawani sampaikan tenggelam isu #KL112.
 Ke sebab #KL112 tak kena tear gas dan sembur water cannon. Tu yang jadi tak hot tu sedangkan isu Bawani melibatkan isu2 manusia dengan binatang kan? Umno dengan binatang tak dapat di pisahkan ke?

keh keh keh keh keh keh keh keh...

Saturday, January 19, 2013

Projek I/C : Tun Madey termengaku...

Wow!!! Tun Madey dah mengaku yang dia terlibat sama dalam projek pemberian ic kepada pendatang asing di Sabah semasa dia berkuasa dulu..

Klik sini dan sini untuk rujukan. Bukan wa pepandai buat cerita tapi di akui sendiri oleh Tun Madey. Yang tak sedapnya, nama Tengku Abdul Rahman pun dia heret sama dalam isu ni. Dia kata Tengku lagi teruk dari dari dia.

Bagi wa, pengakuan Tun Madey ni sebenarnya mendedahkan bahawa Umno sebenarnya sejak dari dulu lagi sudah mengkhianati orang2 melayu. Tak kira la zaman Tengku atau zaman Tun Madey. Asal namanya Umno saja, semua hak melayu nak di gadaikan atas nama pembangunan tapi hasil dari pembangunan tersebut hanya di hikmati oleh golongan bangsawan Umno sahaja.

PRU13 kali ni Insya'allah kita bakal berubah dari segi kemajuan politik dan jugak urus tadbir negara andai rakyat berani berubah dan keluar dari kepompong doktrin Umno yang membelenggu selama 55 tahun.


Wednesday, January 16, 2013

Lawak dari utara..

Sebelum wa conteng lebih lanjut, klik sini dulu. Terima kasih..

Umno Kedah masih wujud ke? Ketua dia Md Bashah dok marah kat pemimpin Pakatan sebab dalam HKR#KL112, ramai student U yang join sama dalam himpunan tu.

Maklum la, kalau perhimpunan yang dibuat oleh Umno/Bn, para student ni dikerahkan untuk turut serta jika tak mau markah matrik mereka di potong.

Nasihat yang di bagi oleh Ketua Umno Kedah ni memang tak bleh pakai la. Ada ka patut dia kata student yang join tu sia2, tak bawak faedah langsung. Klik link paper pecacai ni yang dah merudum dia punya rating sebab dah tak kredibel lagi dah. Ramai yang dah meluat dan tak mau baca lagi dah paper ni. Nak beli jauh sekali la kecuali para pecacai yang menganggap paper jamban ni sebagai kitab yang mesti di baca hari2.

#KL112 tu berlangsung berapa hari? Sampaikan boleh menjejaskan pelajaran para student kat U tu. Kalau PM Najib yang buat himpunan sejuta belia yang berhari2 kat Putrjaya itu hari takpa pulak yer.. Tak jejas ke pelajaran para student yang kena kerah ke sana masa tu?

Makin lama makin teruk la pekung Umno/Bn ni makin terdedah. Makin orang menyampah sebab apa depa buat walaupun salah semua boleh tapi kalau pihak lawan semua salah walaupun kehadiran para student dari semua wakil U kat Malaysia adalah atas kapasiti sendiri. Bukan kena paksa macam yang Umno/Bn amalkan tu.

Kepada Ketua Umno Kedah, lebih baik lu bimbangkan karier politik lu dari lu sebuk pasal student yang join #KL112 tu. Eh! Lu kan pembangkang di Kedahkan? Masih tak sedar diri lagi ke??

keh keh keh keh keh keh keh keh..

Monday, January 14, 2013

Semua untung la Umno oi!!

Keh keh keh keh keh keh...

Memang HKR #KL112 membawa banyak keuntungan kepada banyak pihak. Wa cuma nampak Umno/Bn dah macam nak mengakui yang rakyat mahukan perubahan.

Bukan setakat peniaga jalanan yang macam pesta pada hari tu, kedai2 sekitar KL semuanya buat untung. Tu belum kira dengan tokey hotel pulak. Semua bilik full book. Aku pun menumpang tidor dengan member yang di sponsor oleh kengkawan jugak. TQ sir...

Keh keh keh keh keh keh keh keh..

Tapi yang paling best, sempena #KL112 jugak la satu surat khabar yang dulu tak fofular pun tapi tiba2 menjadi suratkhabar paling laris, sold out kat semua kedai suratkhabar bila suratkhabar ni berani siarkan kebenaran mengenai #KL112. Klik sini..


Bila dia siarkan komen2 pembaca, bertambah2 lagi komen yang puji suratkhabar ni...

keh keh keh keh keh keh keh...

Sunday, January 13, 2013

#KL112 : Umno kantoi...

Semalam berlangsungnya himpunan raksasa yang menyaksikan pelbagai rakyat dari seluruh pelusuk negara yang berbilang kaum dan agama turun ke KL menyertai perhimpunan yang di anjurkan untuk menyatakan hasrat dan harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam negara.

Himpunan yang di namakan #KL112 oleh pihak penganjur tetapi bertukar tema menjadi Himpunan Shamsidar bila diterjemahkan oleh media pecacai Umno/Bn.

Yang peliknya, macamana pihak media pecacai boleh mencipta tema yang sangat2 berbeza dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur?

Dan yang paling mengkantoikan Umno/Bn dan pecacai2nya ialah bila dalam himpunan itu, jangan kata muka Shamsidar, nama dia pun langsung tak disebut. Malah laki dia, Azmin Ali pun tak kelihatan. Atau mungkin hadir, cuma tak di expose kan kerana himpunan ni himpunan rakyat. Bukan himpunan untuk mengangkat ahli2 politik. Jadi ini bukan tempat ahli2 politik untuk mencari laba dalam karier politik diaorang.

Memang kali ni Umno/Bn serta pecacai2 mereka terkantoi kalau masih lagi percaya kepada Utusan dan TV3suku yang ternyata laporan yang di sajikan buat tatapan seluruh rakyat Malaysia hanyalah fitnah secara terangan dan tanpa rasa malu masih tetap tidak menarik laporan yang telah mereka siarkan..

Wednesday, January 9, 2013

Boleh percaya ke?


Cerita pasal tindakan kerajaan yang kononnya akan memberhentikan pemberian ubat secara percuma ni memula wa malas nak ambik port sangat. Beberapa hari lepas ada kedengaran ura2 bahawa perkara ini akan berlaku kat dalam blog2 pro Pakatan. Bleh klik sini dan sini sebagai rujukan. Dan yang paling penting, kena klik sini. TQ

Tapi bila Timbalan Menteri Kesihatan yang 'sihat' tu menjawab, wa mula rasa cuak sebab dah terlalu sinonim Umno/BN ni buat di sebalik apa yang di ungkapkan. klik sini.

Tuesday, January 8, 2013

Najib sihat la wei....

Kesian wa cakap lu. Sampaikan timbul spekulasi yang mengatakan PM Najib sakit. Lebih parah kena minor stroke.

Tak baik betoi la bloggers2 yang dok pukul canang kata PM Najib sakit. Ni hah!! Dah muncul kembali PM Najib dari pertapaan. Kemana hilang masih lagi menjadi misteri. Boleh klik sini dan sini. Klik sini jugak, terima kasih.

Walaupun PM Najib kata dia sihat tapi wa jamin dia tetap sakit dari segi mental untuk menghadapi PRU 13 nanti. Sakit mental lagi parah dari sakit dari segi fizikal. sakit mental boleh buat tindakan yang tak terduga ooo... Jangan buat main2 bhai..

Ustazah Umno kantoi bercium??

Umno ni kalau bab2 langgar hukum, pasti dan mesti akan ada alasan bagi membolehkan apa yang telah mereka lakukan sedangkan telah tertulis di dalam Al Quran bahawa apa yang mereka buat tu salah.

Sebagai contoh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang di lantik untuk menjaga kesucian Islam tapi yang ternyata, dia sendiri pun main langgar jer.

Saturday, January 5, 2013

18SX : Kisah sedih seorang suami..??

Sadis, tragis dan meruntum jiwa kalbu la kisah mamat ni. Wa bebetul kesian dengan mamat ni yang terpaksa menempuhi cabaran hidup yang begitu getir kerana di paksa dan di desak oleh keluarga mertuanya supaya menceraikan isterinya, iaitu anak bapak mertuanya sendiri hanya kerana dia masuk Umno? Bleh klik link cerita sadis terlawak tu kat sini

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Thursday, January 3, 2013

Nasib Tun M dan Najib selepas PRU13...

Post yang ni wa cilok dari page [R.A.M.M], Revolusi Anak-anak Muda. Wa cukup2 tertarik, so wa copy paste kan jer dalam blog wa sebagai koleksi dan buat tatapan sesapa yang sudi baca.

Pilihan Raya Umum ke-13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara. Kerajaan tahu keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga.

Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihan raya umum nanti, pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.

Memang bangang!!!!

Sebelum wa tulis lebih, klik sini dulu sebagai rujukan. dalam posting wa yang lepas, klik sini, wa dah agi tau dah betapa kelam kabutnya Pak Menteri UMno ni dalam mencari populariti buat saat akhir.

Memula mintak penejelasan, dah setuju bagi tapi mesti nak dibuat secara live kerana tak mahu di manipulasi pun takut ke? Wa cukup heran la dengan tindakan Pak2 Menteri lately ni. Semua kelam kabut kononnya isu di bangkitkan untuk serang Pakatan Rakyat. Tapi semua jadi senjata  makan tuan.

18SX : Artis seksi gila babas kantoi??


Artis ni memang pernah bikin gempak kat Malaysia ni dulu berikutan pendedahan2 ekslusif dan seksi melebihi populariti dia sebagai artis.

Berlakon pun jarang2 tapi kalau bab cerita kontroversi, dia memang boleh berada di top ranking. Bukan popular tapi bebal.

Kali ni kantoi pulak pasal ada memiliki pil Eramin 5. Lantak la kat lu, janji lu boleh glamer lagi. Tapi bukan dengan cara yang positif.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...