Friday, May 17, 2013

Hot!! Azmin buat hal lagi..???

 Mangkok ni tak mau dok diam ke? Dah tak reti nak hormat rakan2 lain dalam Pakatan Rakyat ke? Kalau agenda peribadi yang diutamakan, blah jer dari Pakatan, join dengan Umno. Kat sana memang sesuai sebagai tempat cari makan untuk keluarga dan krono moni.

Memula pasal kes nak jadi MB tapi tak dapat persetujuan dari parti gabungan dalam PR. Kini nak tuntut jawatan sebagai Exco Kanan pulak? Tak nampak lagi ke bahawa rakyat Selangor tak mau lu masuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri. Klik sini dan sini.

Nasib baik la jugak kat Selangor tu ditakdirkan PKR punya seat yang paling sikit. Kalau yang paling banyak, dah konfom lagi huru hara la jawabnya.

Dan bila saja si mamat gila nak jadi MB ni nak berbunyi tanda rasa tak puashati, pasti MP(mak pontianak)Ampang ni digunakan sebagai jurucakap bagi pihak dia. Tak habis2 dok promote Azmin untuk mengisi jawatan2 penting kerajaan negeri Selangor. 

Cukup2 la tu Azmin dengan Zuraida oi! Hangpa ingat orang suka kat hangpa ka? Dok sibuk nak campur urusan pentadbiran negeri Selangor sedangkan urusan pentadbiran parti PKR hangpa tu pun hancur.. Sapa pengarah pilihanraya pusat PKR yer sampaikan kali ni PKR kena teruk? Takkan tak ada rasa tanggungjawab langsung kot..

Hangpa cermin la muka hangpa tu samada layak atau tak berbanding dengan Tan Sri Khalid Ibrahim tu yang dah terbukti cekap dan amanah.


Thursday, May 16, 2013

Hot! Saifuddin Abdullah anti UG....




Ni bekas calon dan Timbalan Menteri dari Umno yang paling aku respek! Sayang, kalah pulak dia di Parlimen Temerloh kepada Hasan Tantawi. Tapi takpa la bagi wa, sebab kot mana pun untung kepada Pakatan jugak.


Apa yang dia kata kat sini wa setuju sesangat. Macam kena tempelak sekali geng2 Unity Government dalam Pas tu. Tapi betul apa yang Saifuddin Abdullah ni kata. Penyatuan parti politik bukan bermakna berlaku penyatuan kaum. Perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.

Yang dok sebuk heboh ni hanya Umno jer bila dah makin terdesak tapi wa heran macam mana ada dikalangan pimpinan Pas yang termakan dengan pujukan dan rayuan dari Umno ni.

Tu makna demokrasi. Bebas nak pilih waima sesapa pun yang kita suka. Jangan la nak guna pelbagai kaedah untuk menghalang proses ni dari berjalan lancar. Contohnya, penjawat awam yang diugut akan ditukarkan jika tidak memberi undi kepada pihak pemerintah. Tu bukan demokrasi, tu deme crazy..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Geng2 UG, pikir2kan lah apa yang bekas Timbalan Menteri ni cakap....

Wednesday, May 15, 2013

Say no to racism!!!!!!

Aku sembang dgn org cina kebanyakkannya peniaga kecilan mcm aku. Mereka beranggapan ini kalilah, tetapi keadaan berlaku sebaliknyer dimana Umno/BN masih lagi bertakhta.. Mereka merungut dengan mengatakan orang melayu masih suka di tipu... Calon melayu kalah pada calon cina BN walaupun pengundi kawasan itu melayu lebih dari setengah antara cina dan India.. Ini lah membuat mereka menitis airmata kenangkan perangai orang melayu kampongan.... 


Quote:
PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)


Terus terang aku cakap walaupun aku ni melayu dan tok nenek moyang aku pun melayu juga,
sesetengah orang melayu kita sekarang masih ketinggalan kebelakang dari segi tahap pemikiran dewasa mereka.. Terlalu bersifat perkauman, lebih mengutamakan tuntutan bangsa dari tuntutan agama sedangkan Islam sudah pun bertapak dikalangan bangsa Melayu lebih 500 tahun lamanya... 

Bukan aku nak kutuk, tapi itulah hakikatnya.. Alangkah cantiknya jika kesemua Melayu Islam kita berbaik2 dgn kaum lain di negara ini agar mereka tertawan hati untuk menerima hidayah Allah... 
Sedih..!!!!

Ramai Cina lebih rela duduk dibawah pemerinahan pemimpin PAS berbanding UMNO. 

Isu perkauman sudah dianggap lapuk... UMNO sahaja yang mengapi-apikan permusuhan terhadap orang keturunan Cina

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...