Saturday, March 31, 2012

Magic sebelum PRU 13 sudah bermula..

Ni cerita kisah pengundi yang namanya telah dipindahkan dari tempat asal dia mengundi tanpa pengetahuan dia. Pemindahan lokaliti untuk memecahkan undi mana2 kawasan yang Umno/BN rasa tak selamat. Nak buat persempadanan semula dah tak boleh, jadi ni cara magic terbaru dari SPR tapi kalau kita pi tanya kat SPR, konfom macam2 alasan tak masuk akal akan di persembahkan untuk menyedapkan hati siapa yang bertanya.


Laporan yang ada kat Malaysia Chronicle ni berkisah tentang bagaimana seorang pengundi terkejut bila namanya telah dipindahkan kat kawasan baru diluar pengetahuan dia. Bagi wa, benda tu biasa. Ada yang lebih luarbiasa lagi pun ada terjadi dah kini.


Ni kisah sahabat wa yang jugak rakan sekerja wa. Wa memang dah banyak kali hasut dia suruh dia pi daftar jadi sebagai pemilih. Wa kata kat dia, sebagai rakyat Malaysia, kita berhak nak tentukan sapa yang patut memerintah negara. Dia punya persepsi, kedua2 belah pihak sama saja selagi sistem yang digunapakai kini tak diubah.


Jadi wa pun brainwash sikit la kepala otak dia biar dia pikir sikit. Kalau semua hamba rakyat berpemikiran macam dia, sampai bila pun sistem dalam negara ni takkan berubah. Sebab semua tak mendaftar sebagai pengundi. Hak untuk memilih tu di nafikan oleh diri sendiri sedangkan Indon yang konfom datang cari makan kat sini berebut2 nak dijadikan pengundi berdaftar yang sah dari segi SPR, tapi tak dari segi undang2.


Dan akhirnya sahabat wa ni pun setuju untuk mendaftar sebagai pemilih minggu lepas. Perkara yang ajaib yang wa kata berlaku ialah bila sahabat wa ni nak daftar sebagai pemilih, nama dia dah terdaftar dengan sendirinya. Siapa pulak yang pegi daftar kan untuk dia? Yang tu kini jadi persoalan. 


Tu yang wa kata kat dia, nasib baik dia pergi jugak daftar walaupun tak setuju dengan sistem yang ada sekarang ni. Kalau tak, dah tentu dalam PRU 13 nanti akan ada orang yang mengundi bagi pihak dia. Dan taktik licik ni rasanya ada bersangkutan dengan tok2 ketua kampung. Jika tak, masakan depa tahu sapa yang nak mengundi dengan yang tak peduli kan langsung tentang politik tanahair.


Bagaimana pulak SPR boleh terima permohonan dari pemilih yang tak mendaftar dengan sendirinya. Memang parti politik ada wakil yang menjadi ejen SPR tapi persoalan, bagaimana kad pengenalan pemilih tu di perolehi. Dan member wa syak, kad pengenalan dia disalahghunakan semasa membuat permohonan bantuan BR1M itu hari. Wa nak kata konfom, wa tak berani tapi kemungkinan besar kad pengenalan diperolehi dari situ.


Pihak Pakatan Rakyat di DUN2 semua kena alert dan senantiasa kena berkerjasama dengan SPR supaya daftar pemilih dapat di up to date kan. Jangan hanya berharap dekat senarai pemilih yang dibekalkan oleh SPR sahaja sebab kadang2 daftar pemilih yang di bagi tu daftar pemilih yang lama. Perlu diwujudkan di setiap DUN untuk memantau pendaftaran pemilih baru.

Friday, March 30, 2012

Mat Indon kuasa penentu PRU13..


Berita yang wa cilok dari Malaysia Chronicle ni kalau bebetul la yang terjadi, memang Malaysia ni akan tergadai dalam masa terdekat ni. Punya nak kekalkan kuasa sampai sanggup jual negara. Nak harapkan undi orang muda, Umno/BN tak berapa nak konfiden sebab anak muda punya ideologi mereka tak mampu nak tafsirkan kemana arahnya.


Jadi, untuk kekalkan kuasa, Mat Indon yang datang cari makan kat negara ni akan di beri kad pengenalan untuk mengundi Umno/BN pada pilihanraya akan datang semata2 untuk kekalkan kuasa. Benda macam ni tak pernah terjadi kat negara2 lain. Hanya kat Malaysia jer sebab SPR dan JPN pun dah jadi macam salah satu kompenan parti keris telanjang tu. Betapa untungnya jadio warga indon, dah la dapat kerja, dapat pulak IC free.


Dan dah tentu perkhidmatan untuk mengundi tu nanti akan dibayar. Dah la dapat IC free, boleh menentu pulak sapa yang patut memerintah siap dapat duit lagi. Rakyat Malaysia yang pergi ngundi, tak pulak dapat keistimewaan macam tu. Maknanya rakyat Indon lagi bertuah dari rakyat Malaysia sendiri.


Dan taburan pengundi rakyat indon ni pasti akan diletakkan sebagai penyelamat dikawasan2 yang dimana Umno kelihatan tak mampu untuk menang terutama dikawasan2 yang Umno kalah dengan majoriti kecil dalam PRU12 dulu. 


Memang betul la pilihanraya kali ni akan jadi pilihanraya yang paling sengit, yang paling berbahang dan yang paling kotor. Macam2 benda boleh terjadi dalam masa terdekat ni dan bagi pihak Pakatan, mereka hendaklah senantiasa alert. Jangan leka dan berasa selamat kerana pihak lawan mempunyai kuasa untuk buat apa saja demi memastikan kuasa tetap dipertahankan.

Kes ada tapi tak boleh diteruskan kerana birokrasi??

Wow!! Pengakuan ikhlas, tulus mulus dari pegawai tinggi SPRM. Depa kata banyak kes yang dah depa siasat tapi bila sampai ke pejabat Peguam Negara, kes kena reject sebab dengan bermacam2 alasan. Ayat penyedap hati tak didakwa bukan bermakna tak ada kes tapi tak cukup bukti.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


SPRM mintak rakyat faham bahawa bukan depa tak mau dakwa pesalah rasuah tapi peguam negara. Masing2 dah cuba nak play safe jer nampaknya. Kalau macam ni keadaan nya, sampai bila pun kes2 besar tak akan dibawa kemahkamah sebab yang jadi peguam negara pulak orang kuat Umno yang dilantik ke jawatan tu atas dasar terima kasih sebab tetap berjaya menyumbat Anwar Ibrahim ke penjara walaupun dalam kes sodomi 1 dulu, bukti dan fakta kelam kabut.


Wa berani jamin yang peguam negara ni tetap loyal kepada PM yang ada sekarang ni. Semua tindakan harus mendapat restu, perkenan dari PM sebelum sebarang tindakan diambil terhadap 'ikan2 jerung'.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Yang paling wa terasa lawak bila pegawai tinggi SPRM ni kata, saksi tak mau buka mulut dan bagi kerjasama sepenuhnya bila depa diminta oleh SPRM. Dia kata kes rasuah berbeza dengan kes lain sebab melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.  


Wei!! Sapa nak bukak mulut kalau lepas bukak mulut semua pakat2 jadi arwah sebab jatuh bangunan. Sapa nak bukak mulut kalau tetiba jer kat pejabat tu depa tak jumpa pintu nak keluar. Sapa nak bukak mulut kalau lepas tu depa mati bukan dibunuh ataupun bunuh diri.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Wa bagi jawapan paling mudah dan simple jer kat pegawai tinggi SPRM ni. Kalau lu nak ubah semua ni, lu pakat ramai2 ubah kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang. Selagi yang dok kat atas tu tak diubah, selamanya la sistem negara kita ni kucar kacir. 


Cakap pulak pasal kucar kacir, mantan PM Madey la manusia yang patut disalahkan diatas segala kerosakan dalam sistem perundangan negara. Dia la yang patut bertanggungjawab kerana semasa di jadi PM la sistem perundangan negara ni rosak.

Thursday, March 29, 2012

Biar betul mamak ni ngaku!!

Ni bukan wa sesaja yang reka cerita tapi ini diakui sendiri oleh mantan PM terhebat negara yang pernah memerintah negara selama 22 tahun. Tun Madey akhir mengakui bahawa dalam Umno penyertaan golongan cendikiawan terlalu kurang. Maknanya dalam Umno ni yang ada bodoh2 belaka yer tak?


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Tun Madey kata benda ni dah lama dah. Sejak berdekad lalu lagi. Tapi kat sapa benda ni harus di persalahkan? Kat PM yang jugak Presiden Umno sekarang atau yang lepas2 terutama diri dia sendiri. Dia saja jer yang pernah jadi PM kat Malaysia ni yang paling lama. 22 tahun sejak dari tahun 1981 sampai 2003. Lagi cuba nak persalahkan orang lain ke orang tua ni.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Bila dah dekat2 nak pilihanraya jer, mamak tua ni mula la nak bikin panas keadaan kat dalam Umno tu. Dan target utama dia ialah, dia nak calon yang dipilih dalam pilihanraya akan datang ni semuanya yang mesra dia. Senang kira lebih tepat lagi slogan 'Mesra Mahathir' la. Senang dia atur supaya anak dia cepat sampai target nak jadi PM.


Sudah2 la tu asyik nak kejar kesenangan duniawi jer orang tua ni. Bawak2 bertaubat sama. Masa yang ada pun dah tak berapa panjang lagi dah. Sepatutnya masa balance2 yang ada ni dia gunakan untuk menambah bekalan yang dia nak bawak bila mengadap Ilahi nanti. Bukan nak pastikan anak dia cepat boleh jadi PM. Mungkin dia ingat bila mengadap Ilahi nanti, dia boleh tunjuk KPI yang dia boleh jadikan anak dia PM dalam sekelip mata kot.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Wednesday, March 28, 2012

Ayuh turun!! Ke Jalanraya sebelum Pilihanraya..

Sama seperti 9hb Julai tahun lepas, kali ni bersiap sedia semua warga hamba rakyat yang mahu melihat sistem pilihanraya dalam negara berjalan secara telus, bersih dan adil. kali ni tarikh 28 April akan menjadi tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia yang mahu merealisasikan matlamat tu.


Masa BERSIH 2.0 dulu, sesuatu yang belum pernah wa rasa, wa dapat kecapi pada hari tu. Selama ni, kalau wa nyanyi lagu kebangsaan pun, tak ada feel macam mana masa wa nyanyi lagu kebangssan hari tu. Seluruh warga menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat kenegaraan. Wa menitik airmata bhai.


Wa rasa, sedar dan sesungguhnya wa sayangkan negara ni dan bukan wa sorang jer yang rasa macam tu. Ada melayu, cina, india dan lain2 bangsa rakyat Malaysia pun rasa macam apa yang wa rasa. 


Tarikh 9hb Julai tahun lepas membuktikan bahawa tembok sempadan perkauman memang boleh di pecahkan. Tiada lagi perbezaan bangsa, agama dan lain2. Semua bersatu demi satu tujuan, mahu melihat Malaysia mengadakan pilihanraya dengan lebih telus, bersih dan adil.


Walaupun tembakan gas pemedih mata dan water cannon yang di bagi sebagai hadiah turun KL hari tu, wa dapat kengkawan baru dari semua bangsa. Termasuk YB2 dari Pakatan yang pada waktu tu semua pangkat dah tak bernilai lagi. Gas pemedih mata dan water cannon tak memilih mangsa bhai. Semua yang ada kat situ pakat2 rasa sorang sikit.


Paling wa takkan lupa, sikap tolong menolong tanpa mengira bangsa dan agama. Cina tolong melayu, melayu tolong india, india tolong cina jadi fenomena biasa pada hari tu. Melayu bergambar dengan cina, india bergambar dengan melayu, india bergambar dengan cina dan lain2 bangsa sesama bergambar sebagai kenangan mengingati tarikh keramat tersebut.


Dan kali ni, sesiapa yang belum merasai lagi situasi macam tu, sila la turun pada 28hb April ni. Kita pakat2 rasai bagaimana fenomena yang jarang2 berlaku kat negara sejak sekian lamanya akan berlaku sekali lagi. Halangan sifat perkauman akan terhapus sama sekali kerana kita semua rakyat Malaysia. Kita semua mempunyai hak ke atas negara yang kita cintai ni.


So, jangan lupa 28hb April ni nanti. hari besar bagi semua golongan rakyat.

Camna pulak boleh tak tau ni??

Ketua Menteri Melaka@Pengetua Sekolah Termengandung Malaysia cabar Pakatan Rakyat untuk menunjukkan bukti bahawa ada Adun dari Umno/BN yang terkantoi kena tangkap kat kelab malam pukul 2.30pagi. Dia mintak rakaman atau gambar menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut ketika serbuan dilakukan.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Wa bukan nak kata wa ni dulu kaki disko cuma pengalaman kengkawan wa yang selalu melepak kat disko( la ni semua rasanya dah tobat),. biasanya bila serbuan dilakukan, yang ada kaki dan ada pengaruh dilepaskan oleh pihak polis. Wa bukan kata polis tak buat kerja dengan betul tapi macam tu la hakikatnya.

Adun ni wa rasa kantoi tapi tak kena cekup sebab berpengaruh. YB maaa.. Takkan la depa sanggup nak cekup pulak kan.. YB Umno pulak tu, kalau YB Pakatan, wa rasa bukan setakat kena cekup, siap masuk berita TV3suku lagi. Konfom jadi isu sensasi punya.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Alasan yang Ali Rustam ni bagi dah tentu dia kata ni fitnah yang dibuat oleh pihak Pakatan. Apa lagi alasan logik yang dia bagi. Kalau nak cover pun, agak2 la. Dah terang YB dia kantoi, lagi mau backing ka..

ni gambar siapa yang dalam bulatan tu?
Dalam serbuan pada 24hb Mac yang lepas tu, pihak polis telah memeriksa seramai 27 pelanggan disko dangdut berkenaan termasuk sekali YB yang jugak Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Melaka terbabit yang ketika tu berhibur bersama2 GRO. Siap ada minuman keras lagi. Tak mabuk mana syok layan dangdut bhai..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...

Yang pelik, Ali Rustam pulak yang terhegeh2 nak defend sedangkan YB terbabit sampai la ni masih lagi berdiam diri. Macam orang merisik nak meminang la kan, diam tu tanda setuju. YB ni setuju kot dengan laporan yang dah dibuat oleh Malaysiakini tu..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

PRU13 : Dah sedia ke belum??

Memandang pagi tadi kerja wa siap awal, wa sesaja ronda2 merata2 tempat kat beberapa kawasan DUN Chenderiang dan DUN Air Kuning untuk lihat perkembangan semasa keadaan kat beberapa kawasan tu. Wa nak buat lawatan macam YB, wa bukan YB pun. Nak kata Ketua Cabang atau Yang Di Pertua Kawasan, lagi la jauh. Dan sesambil tu wa saja nak ambik gambar kawasan perlombongan pasir kat area Kg Banir, dalam DUN Air Kuning. Yang tu nanti wa akan mintak pendapat dari yang lebih otai dalam isu2 macam ni.


Pemerhatian wa mendapati bilik gerakan Umno dan BN begitu meriah. Dah lengkap dengan segala keperluan sedangkan bagi pihak Pakatan Rakyat, takdak apa pun yang wa nampak. Cuma ada beberapa batang bendera baru di pacak kat pintu masuk Kg Baru Sg Kroh, air Kuning. Yang tu pun mungkin semalam ada ceramah kot. Yang tu wa tak pasti.


Setiap kampung atau cawangan Umno dah lengkap, hanya menanti paluan gendang perang dari PM Najib. Wa pun terfikir dalam kepala otak wa, kalau la besok Najib umum pembubaran parlimen, konfom Pakatan Rakyat akan kelam kabut nak buat persedian. Dan rakyat macam wa yang mahu melihat perubahan tampok pemerintahan negara akan melopong. Dah 12 kali melopong, wa rasa dah tak sanggup untuk melopong lagi bagi yang ke13kalinya.


Ketua2 Cabang dan YDP Kawasan tak boleh atur supaya kerja nak menumbangkan Umno/|BN ni berjalan lancar ke? Memang semua ni melibatkan kos, tapi takkan tak boleh nak mintak sumbangan dari pusat? Takkan semua benda ahli2 dan rakyat biasa yang nak buat. yang pegang jawatan pu buat apa.


Mungkin ada yang marah kat wa bila wa kata macam ni tapi wa lagi sakit hati bila tengok apa kerja pun tak jalan lagi. Masa dah makin suntuk tapi kita masih leka dengan angan2 nak ke Putrajaya. Kerja masih lagi pada tahap masa tahun 70, 80 dan awal 90an dulu lagi. Tak ada kemajuan langsung.


Kat bawah ni wa post kan sekali gambar bilik gerakan Umno kat dalam kawasan DUN Air Kuning. Bilik gerakan yang dah siap sedia untuk digunakan bagi menghadapi perang politik yang terhebat yang dipercayai akan menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah negara.

Bagi yang tak berapa puashati dengan penulisan wa kali ni, ada aku kesah??
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Bili Gerakan Umno Kg Sg Lesong

Bilik Gerakan Umno Kg Haji Arif, Temoh Stesen

Tuesday, March 27, 2012

Khairy dilantik Pengerusi PUNB, apa signalnya??

Khairy Jamaluddin, menantu kesayangan mantan PM, Pak Lah akhirnya dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April nanti. Perlantikan telah dibuat oleh PM Najib pada 8 Mac lepas lagi cuma masih menunggu pengesahan sahaja.


Bagi wa, konfom kerusi Parlimen Rembau akan ditandingi oleh calon baru bagi menghadapi CheGu Bard, lawan yang cukup2 popular kat kawasan tu sekarang ni. nampak sangat ni sebagai salah satu cara bagi menyelamatkan reputasi seorang Ketua Pemuda Umno. Ketua Wanita dah tercalit taik lembu, takkan Ketua Pemuda pun nak ditumbangkan jugak kan.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Track record mamat lulusan Oxford ni pun bukan bagus sangat pun. Malah pernah dulu dia ni masa Pak Mentua dia jadi PM, dia jual aset negara kepada Singapura. Kalau dia pegang PUNB pulak nanti, tak tau la apa lagi yang dia nak jual lagi kat Singapura. Lama2 habis semua harta negara p[uak2 ni pakat2 kekah untuk dijual. Tapi kalau bab nak hentam Pakatan, bukan main lagi depa kata Pakatan ni akan jual negara kalau dapat mendat untuk memerintah negara nanti.


Perlantikan ni kelihatan sebagai penghargaan dari PM Najib diatas kesetiaan Khairy kerana tak melawan, walaupun ada yang berbunyi mempertikai kenapa sebagai Ketua Pemuda Umno, dia tak ditawarkan jawatan dalam kabinet PM Najib. Sedangkan dia punya Timbalan ketua pulak yang dilantik sebagai menteri.


Kiranya perlantikan sebagai Pengerusi PUNB ni hadiah diatas 'sifat kelembuan' dia yang tak berani nak bersuara sebab dia tau payung besar yang memayungi dia dulu dah letak jawatan. Kalau lawan, lagi nahas la dia.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..



Warning!!! Nanti Pak Menteri marah...

Parlimen dan Jawatankuasa khasnya tak dibenarkan untuk membincangkan isu Lynas, NFC dan kes Tajuddin Ramli. Isu2 ni amat sensetive bagi Pak Menteri dan kalau nak bincang pun, bincang dalam kelambu, jangan bagi rakyat tau.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Dan Pak Menteri yang bagi warning tu tak lain tak bukan dah tentu menteri samseng yang ada anak spesis kurang ajar. Gangster kampung Dusun. Menteri ni bagi warning kat PAC supaya jangan sentuh isu2 tersebut yang dah jadi isu terhangat kat pasaran sekarang ni. Bayangkan kalau dah menteri gangster ni bagi warning, takkan PAC tak takut kot. kang dia hantar anak diapegi belasah Azmi Khalid, mau menangis pulak Normala sebab laki dia masuk hospital.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Persoalannya, kenapa isu yang membabitkan kerugian bernilai jutaan RM duit rakyat tak boleh di siasat oleh badan yang bertanggungjawab mengaudit kira2 wang negara? Memang kes tu masih diperingkat mahkamah tapi jawatankuasa tu rasanya berhak nak siasat sebab itu bidang tugas yang dah diamanahkan kepada jawatankuasa tu.


Kes Tajuddin ni sepatutnya di siasat hingga ke akar umbi sebab kes ni boelh dikira penyebab kepada kegawatan krisis ekonomi tahun 1997 dulu. Sedangkan negara dilanda krisis tapi dia yang jugak Pengerusi MAS waktu tu berbelanja mewah melampau2. 


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


PAC membuka kes2 tu untuk siasatan tapi hanya yang terbabit dengan mahkamah sahaja yang tidak dibenarkan untuk disiasat oleh PAC. Maknanya kes2 ni semua nya tak boleh nak dibincangkan kat dalam Dewan Rakyat la. Sebab semua kes tu semuanya bersangkutan dengan mahkamah.

Kes bunuh Altantuya akan terus menghantui Najib dalam pilihanraya umum.

Ramai ahli2 Umno ingin melihat Najib meninggalkan dunia politik sepertimana Shahrizat lakukan.Perpecahan semakin jelas dalam UMNO. Skandal, rasuah,pilih kasih,pentadbiran yang lemah dan bermacam persoalan dari kes bunuh Altantuya membawa akibat.
Ramai ahli Umno yang dalam diam, memprotes cara Najib menangani isu-isu yang melibatkan negara. Mana-mana yang diberi lampu hijau untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang dan para penyokong mereka mungkin masih kekal di kem Najib. Mereka yang tidak dipilih dan penyokong mereka sudah tentu akan mensabotaj Umno dengan cara tidak mengundi atau memberikan undi mereka kepada pembangkang.Malah mereka yang berada di kem Najib juga berpecah,kerana mereka juga calon2 yang mengidamkan jawatan tinggi dalam parti.
Mereka yang dilihat sebagai ‘bersih’ dalam Umno mahukan Najib keluar. Terlalu banyak isu yang menjejaskan imej Umno sejak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri ke 6. Mereka2 ini ialah pemimpin yang cintakan Umno lebih dari Najib.Mereka lihat terlalu banyak perkara yang tidak betul dalam kepimpinan Najib. Mereka tidak boleh terlalu vokal atau mereka akan dipinggirkan dalam Umno oleh sekutu kuat Najib. Mereka sudah putus harapan hingga mereka sanggup melihat Umno/BN tewas kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.
Kes bunuh Altantuya ialah antara salah satu isu yang memecahbelah dan mencemar imej Umno dan Najib. Ini sudah tentu akan menjejaskan keputusan pilihanraya umum walau apapun yang disiarkan oleh media utama bagi tujuan mengaburi isu sebenar dari orang ramai.Media utama tentunya tidak melaporkan kebenaran.Mereka memilih untuk tidak melaporkan hal sebenar dan ini tidak akan menghalang orang ramai dari tertanya-tanya persoalan kenapa atau apa motif yang membawa kepada pembunuhan wanita tinggi lampai dari Mongolia itu.
Mudah saja.Orang ramai masih diselubungi misteri siapakah yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya. Itu saja yang mereka ingin tahu. Kes bunuh mengejutkan ini membuatkan umat Islam yang membentuk majoriti penduduk merasa tidak senang. Begitu juga penduduk bukan Islam yang tidak boleh menerima pembunuhan kejam wanita tidak berdosa ini.Pembunuhan kejam bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh mana-mana agama. Kesucian nyawa manusia telah dijelaskan dalam Islam.
Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuhnya yang mengandung kepada cebisan2 kecil. Bahan tersebut dibawah kawalan ketat Kementerian Pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang membenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersbeut. Rekod imigresen wanita tersebut juga tidak dapat dikesan.Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu. Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adakah wanita tersebut membangkit kan kemarahan kedua tertuduh hingga mereke menembaknya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh cuma dipergunakan dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?
Motif adalah penting dalam mencari dalang pembunuhan ini tetapi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi telah mengejutkan bukan saja mereka yang di bidang undang2 malahan masyarakat keseluruhannya. Menurut laporan, hakim mendapati, motif, walaupun relevan, tetapi tidak penting untuk mensabitkan pembunuhan. Ini adalah satu penghinaan kepada tahap intelek mereka2 yang ada di dalam bidang undang-undang. Mereke tidak senang dengan keputusan ini,yang meninggalkan satu precedent dalam undang-undang yang bakal dirujuk dalam kes jenayah akan datang.
Malah, penuntut undang2 jenayah tahun 1 juga diajar apakah motif dalam jenayah pembunuhan, mens rea dan actus reus. Untuk membentuk sesuatu jenayah, ketiga tiga elemen ini perlu dibuktikan di mahkamah.Tiada pembunuhan berlaku tanpa motif atau ianya menjadi membunuh tanpa niat. Motif negatif dalam kes bunuh akan menjadikan pembunuhan tersebut sebagai no compos mentis.
Motif menjelaskan sebab yang akan membawa kepada jenayah. Sebab ini yang mempengaruhi seseorang melakukan jenayah.Mungkin ia akan atau tidak menjadi elemen kepada mana-mana jenayah tetapi dari segi undang2, mahkamah membenarkan motif dibuktikan bagi mmebolehkan ia menjadi sebab kukuh untuk tertuduh melakukan jenayah. Orang ramai ingin tahu kenapa kedua tertuduh melakukan jenayah dan siapa dalang yang menjadi prinsipal disebalik kejadian ini.
Meringankan motif dalam pembunuhan adalah satu precedent yang tidak baik dari segi undang-undang.Keputusan mahkamah tidak membantu Umno menghadapi PRU 13 akan datang. Kepada akal yang simple, jika tiada motif kenapa wanita tersebut dibunuh oleh 2 orang yang tidak dikenali nya?Kenapa beliau di tembak kemudian mayatnya diletupkan dengan C4 untuk memusnahkan bukti? Kenapa tidak di bunuh sahaja dan ditanam atau dibiarkan reput? Apakah sebab untuk membunuh dan meletupkan mayatnya supaya bukti tidak dijumpai? Adakah ini akan dilakukan oleh kedua tertuduh tanpa arahan dari sesiapa yang punya motif untuk menghapuskan terus mangsa.Orang ramai sedar harus ada motif pembunuhan ini.

Monday, March 26, 2012

Penyambung nyawa Umno..

Biasanya kekuatan sesebuah parti politik yang dah 54 tahun memerintah sepatutnya kepada kekuatan sahsiah parti tu sendiri. Tapi la ni parti keramat melayu ni kononnya terpaksa bergantung untuk memastikan survival politik mereka terhadap 3 orang penjaja2 cerita lucah.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Memula dulu kisah sodomi 1 yang diedit, direkayaksakan, dengan subplot2 yang cacamarba supaya nampak real pun akhirnya terkantoi. Dicipta pulak kisah sodomi 2 arahan pengarah yang sama cuma penerbit yang berlainan pun jugak akhirnya terkantoi. Dan kini tika sedang menanti tarikh pengumuman dari PM, Umno terpaksa sekali lagi masih bergantung kepada cerita lucah. 


Lepas sodomi1 dan 2, tak mungkin taktik nak sabitkan Anwar Ibrahim dengan kes ciptaan kali ke 3. Mampoih rakyat seluruh negara tak percaya dah langsung kat Umno. Sampaikan la ni dah ada tagline yang popular diokalangan rakyat marhaen, kalau tak tipu bukan Umno namanya..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Rahim Thamby Chik rasanya hanya mainkan watak belakang tabir saja kali ni. Yang akan menonjol ke depan kali ni ialah Ezam, Nalla dan perempuan@jalang murahan, Ummi Haffilda. Depa bertiga ni la yang akan jadi pecacai pembawa cerita2 lucah keseluruh negara. 


Mungkin jugak mereka bertiga ni akan dibantu sikit2 oleh Hasan Ali yang tengah meroyan sebab hilang jawatan Exco dan jugak cita2 nak jadi MB makin kelam.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Kita sama2 tunggu saja plot terbaru drama depa ni. Mungkin siri pertama kurang dapat sambutan. Biasa la cerita drama, bila dekat2 nak ending tu baru semua rasa thrill. Semua nak tahu apa kesudahan cerita depa ni. 


Dan yang paling ditunggu, jika lepas PRU13 ni nanti kejutan yang diharap akan berlaku. Apa reaksi mereka ni. Wa tak heran kalau lepas ni depoa melutut bila Umno tumbang dalam PRU13 nanti.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Sunday, March 25, 2012

Bagaimana Umno gadai hak melayu..

Kerajaan Negeri Selangor ketika dibawah pemerintah Umno/BN telah mengkurniakan sebidang tanah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu,Umno Tg Karang pada 17 Mac 2004.

Lot tersebut adalah HSD 10440 PT 115 dengan keluasan 4370 meter persegi (lebih sedikit satu ekar) bersebelahan Dewan Dato’Hormat,Tg Karang. Di atas lot ini terletaknya mini dewan yang ditempatkan peralatan gimnasium milik MDKS. Dewan ini telah dijadikan bilik gerakan Umno/BN Tg Karang. Peralatan gimnasium sekarang telah dipindahkan diluar kawasan MDKS. Kelihatannya Umno lebih berkuasa dari MDKS walaupun MDKS diperintah dan dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Dengan persetujuan Umno Tg Karang, sudah tentunya dengan bayaran wang ringgit kepada Umno dan Noh Omar, maka BUMI UTAMA BUILDING MATERIAL SDN BHD (BUBMSB) telah meng”kavet”kan lot ini dengan no 7558/2007 didaftar pada 1 Mac 2007 di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, di Shah Alam

Seterusnya dengan no kavet 36269/2007 pada 3 September 2007,syarikatBAYACORP SDN BHD pula meng”kavet” kan tanah tersebut di pejabat yang sama.

Dalam masa 6 bulan tanah milik Umno Tg Karang telah di kavet oleh 2 sama tapi tak serupa iaitu syarikat,BUBMSB dan BAYACORP.

Meng”kavet” tanah ertinya tanah lot ini tidak boleh dijual kepada sesiapa walaupun oleh Umno Tg Karang ingin menjual kepada pihak lain selagi pihak yang meng”kavet” tidak menarik balik “kavet” di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.

Pemegang saham BUBMSB adalah Mohd Kifli bin Abu Samah sebanyak 60% saham dan Hamyzar bin Toha sebanyak 40% saham (ringgit).

Sedangkan pengarah syarikat BUBMSB adalah Datin Chia Mee Sim, dan Lau Chuan Wei. Kedua-dua pengarah ini dilantik pada 15 Mac 2007 (setelah tanah di kavet kan).

September 2007 tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp. BUBMSB dan Bayacorp mempunyai pengarah yang sama.Mereka menjadi pengarah Bayacorp pada 16 Jun 2006.

Pemegang saham Bayacorp adalah Vivian Chan Hei Yan, Passport BC 225534, sebanyak 149,999 saham, Heng Meng Seng, no KP 731210-01-6035, sebanyak 12,501 saham, Chan Mei Peng, 1 saham dan Chen Sow May juga sebanyak 1 saham.

Beginilah modus operandi Umno menjual tanah milik Melayu kepada Bukan Melayu. Pertama seolah-olah tanah Umno dibeli oleh syarikat Melayu melalui BUBMSB (pemegang saham Melayu: Mohd Kifli dan Hamyzar tetapi pengarah Syarikat adalah Chia dan Lau). Kemudian tanah yang sama di kavetkan pula oleh Bayacorp,100% syarikat milik Cina. Malah salah seorang pemegang sahamnya iaitu Vivian Chan Hei Yan pulak bukan warga Negara Malaysia.

Umno Tg Karang yang diketuai oleh Noh Omar yang juga berangan-angan menjadi MB Selangor telah menjual lagi tanah seluas 3 ekar di Jalan Sg Kajang,Tg Karang, berhampiran Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Caw.Tg Karang kepada syarikat Bukan Melayu.

Pada 3 Ogos 2005 ,Umno Tg Karang mendapat tanah dari Pejabat Tanah Kuala Selangor seluas 12100 meter persegi (kira-kira 3 ekar). Lot tersebut adalah HSD 15384 PT 303.
Pada 3 Ogos 3007,BUMI UTAMA CONSTRUCTIONS (BUC) telah meng”kavet” lot ini di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan no 31412/2007.

BUC dan BUBMSB mempunyai alamat sama iaitu 12-02,1st Floor,USJ 21/4 UEP Subang Jaya , 47630 Selangor ketika membuat kavet dipejabat tanah.

Alamat Bayacorp ketika membuat kavet adalah Suite 2-6-12, 6th Floor Menara KLH,No 2 Jalan Kasipillai Off Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Alamat ini adalah alamat Daftar syarikat Bayacorp dan BUBMSB. Ketiga tiga syarikat ini sangat berkait rapat.

Tanah 3 ekar HSD 15384 PT 303 adalah merupakan tanah yang direncanakan pada tahun 80an dahulu untuk dijadikan tanah tapak perkuburan penduduk Pekan Tg Karang seluas 8 ekar. Tetapi kerana kerakusan Umno Tg Karang yang dipimpin Noh Omar,3 ekar telah jatuh kepada Umno dan dijual kepada syarikat Bukan Melayu.

Demikianlah cara Umno Tg Karang memajukan tanah kurnia. Umno kerjanya hanya pandai memohon tanah dan menjual tanah tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh Bukan Melayu. 

Patah tumbuh, hilang berganti..

Assalamualaikum to olls..


Wa terpaksa create blog baru menggantikan blog lama wa yang dah hancuss tak bleh nak access. Lu olls bayangkan la wa punya blog tapi wa sendiri pun tak bleh nak access masuk kat blogger dashboard. Camna nak create posting kalau wa sendiri pun tak bleh nak access.


keh keh keh keh keh keh keh keh..


Dah 2,3 hari wa try nak 'selamatkan; blog wa yang dah cacamarba tu. Tak nampak gayanya tak bleh nak buat apa lagi dah. Mungkin google dah tak suka kot dengan blog wa tu tapi 1 blog depa tahan, wa create 1 lagi. Bukan kena bayar pun cam email 1 Malaysia yang kerajaan Malaysia buat tu. Yang tu sungguh, makan sampai RM juta2 woo..


keh keh keh keh keh keh keh keh..


Follwers@kengkawan yang dah follow blog wa yang lama tu, harap2 sudi la menjadi followers@kengkawan kat blog baru ni. Wa tetap pakai templete blog wa yang lama tu sebab senang wa nak create.


Rakan2 bloggers pulak sudi2 la kiranya link kan balik blog baru wa ni sebab yang lama dah tak bleh nak pakai lagi dah. Semoga blog ni tak 'kacau; macam yang lama.


Terima kasih pada yang sudi nak menjengah kat blog wa yang ni..


Janji ABU tetap Abu..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...