Laporan yang ada kat Malaysia Chronicle ni berkisah tentang bagaimana seorang pengundi terkejut bila namanya telah dipindahkan kat kawasan baru diluar pengetahuan dia. Bagi wa, benda tu biasa. Ada yang lebih luarbiasa lagi pun ada terjadi dah kini.
Ni kisah sahabat wa yang jugak rakan sekerja wa. Wa memang dah banyak kali hasut dia suruh dia pi daftar jadi sebagai pemilih. Wa kata kat dia, sebagai rakyat Malaysia, kita berhak nak tentukan sapa yang patut memerintah negara. Dia punya persepsi, kedua2 belah pihak sama saja selagi sistem yang digunapakai kini tak diubah.

Dan akhirnya sahabat wa ni pun setuju untuk mendaftar sebagai pemilih minggu lepas. Perkara yang ajaib yang wa kata berlaku ialah bila sahabat wa ni nak daftar sebagai pemilih, nama dia dah terdaftar dengan sendirinya. Siapa pulak yang pegi daftar kan untuk dia? Yang tu kini jadi persoalan.
Tu yang wa kata kat dia, nasib baik dia pergi jugak daftar walaupun tak setuju dengan sistem yang ada sekarang ni. Kalau tak, dah tentu dalam PRU 13 nanti akan ada orang yang mengundi bagi pihak dia. Dan taktik licik ni rasanya ada bersangkutan dengan tok2 ketua kampung. Jika tak, masakan depa tahu sapa yang nak mengundi dengan yang tak peduli kan langsung tentang politik tanahair.

Pihak Pakatan Rakyat di DUN2 semua kena alert dan senantiasa kena berkerjasama dengan SPR supaya daftar pemilih dapat di up to date kan. Jangan hanya berharap dekat senarai pemilih yang dibekalkan oleh SPR sahaja sebab kadang2 daftar pemilih yang di bagi tu daftar pemilih yang lama. Perlu diwujudkan di setiap DUN untuk memantau pendaftaran pemilih baru.
Innalillahiwainnailaihirojiun
ReplyDelete