Friday, March 30, 2012

Mat Indon kuasa penentu PRU13..


Berita yang wa cilok dari Malaysia Chronicle ni kalau bebetul la yang terjadi, memang Malaysia ni akan tergadai dalam masa terdekat ni. Punya nak kekalkan kuasa sampai sanggup jual negara. Nak harapkan undi orang muda, Umno/BN tak berapa nak konfiden sebab anak muda punya ideologi mereka tak mampu nak tafsirkan kemana arahnya.


Jadi, untuk kekalkan kuasa, Mat Indon yang datang cari makan kat negara ni akan di beri kad pengenalan untuk mengundi Umno/BN pada pilihanraya akan datang semata2 untuk kekalkan kuasa. Benda macam ni tak pernah terjadi kat negara2 lain. Hanya kat Malaysia jer sebab SPR dan JPN pun dah jadi macam salah satu kompenan parti keris telanjang tu. Betapa untungnya jadio warga indon, dah la dapat kerja, dapat pulak IC free.


Dan dah tentu perkhidmatan untuk mengundi tu nanti akan dibayar. Dah la dapat IC free, boleh menentu pulak sapa yang patut memerintah siap dapat duit lagi. Rakyat Malaysia yang pergi ngundi, tak pulak dapat keistimewaan macam tu. Maknanya rakyat Indon lagi bertuah dari rakyat Malaysia sendiri.


Dan taburan pengundi rakyat indon ni pasti akan diletakkan sebagai penyelamat dikawasan2 yang dimana Umno kelihatan tak mampu untuk menang terutama dikawasan2 yang Umno kalah dengan majoriti kecil dalam PRU12 dulu. 


Memang betul la pilihanraya kali ni akan jadi pilihanraya yang paling sengit, yang paling berbahang dan yang paling kotor. Macam2 benda boleh terjadi dalam masa terdekat ni dan bagi pihak Pakatan, mereka hendaklah senantiasa alert. Jangan leka dan berasa selamat kerana pihak lawan mempunyai kuasa untuk buat apa saja demi memastikan kuasa tetap dipertahankan.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...