Pemerhatian wa mendapati bilik gerakan Umno dan BN begitu meriah. Dah lengkap dengan segala keperluan sedangkan bagi pihak Pakatan Rakyat, takdak apa pun yang wa nampak. Cuma ada beberapa batang bendera baru di pacak kat pintu masuk Kg Baru Sg Kroh, air Kuning. Yang tu pun mungkin semalam ada ceramah kot. Yang tu wa tak pasti.
Setiap kampung atau cawangan Umno dah lengkap, hanya menanti paluan gendang perang dari PM Najib. Wa pun terfikir dalam kepala otak wa, kalau la besok Najib umum pembubaran parlimen, konfom Pakatan Rakyat akan kelam kabut nak buat persedian. Dan rakyat macam wa yang mahu melihat perubahan tampok pemerintahan negara akan melopong. Dah 12 kali melopong, wa rasa dah tak sanggup untuk melopong lagi bagi yang ke13kalinya.
Ketua2 Cabang dan YDP Kawasan tak boleh atur supaya kerja nak menumbangkan Umno/|BN ni berjalan lancar ke? Memang semua ni melibatkan kos, tapi takkan tak boleh nak mintak sumbangan dari pusat? Takkan semua benda ahli2 dan rakyat biasa yang nak buat. yang pegang jawatan pu buat apa.
Mungkin ada yang marah kat wa bila wa kata macam ni tapi wa lagi sakit hati bila tengok apa kerja pun tak jalan lagi. Masa dah makin suntuk tapi kita masih leka dengan angan2 nak ke Putrajaya. Kerja masih lagi pada tahap masa tahun 70, 80 dan awal 90an dulu lagi. Tak ada kemajuan langsung.
Kat bawah ni wa post kan sekali gambar bilik gerakan Umno kat dalam kawasan DUN Air Kuning. Bilik gerakan yang dah siap sedia untuk digunakan bagi menghadapi perang politik yang terhebat yang dipercayai akan menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah negara.
Bagi yang tak berapa puashati dengan penulisan wa kali ni, ada aku kesah??
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Bili Gerakan Umno Kg Sg Lesong |
Bilik Gerakan Umno Kg Haji Arif, Temoh Stesen |
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??