Kita ambik contoh negara2 Asia yang kini setanding dengan Eropah. Jepun, Korea Selatan dan Singapore. Negara2 ni tidak ada pun hasil bumi tapi kerana keberanian rakyatnya dalam menentukan tampok pemerintahan negara, mereka menjadi antara negara2 termaju di dunia.
Kalau nak ikutkan, dulu negara kita lebih maju dari Korea dan Singapore tetapi kini kita ketinggalan terlalu jauh. Malu pulak kita dengan negara2 ni. malu kerana rakyat kita tak berani nak berubah sedangkan perubahan menjanjikan kemajuan.
Perkara utama yang paling memalukan bila Malaysia terkenal sebagai negara yang korup di kalangan negara jiran. Bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan penguatkuasaan. Semua terpalit dengan isu rasuah. Tapi yang kat atas boleh di'settle' dengan cara menghalalkan rasuah yang telah di tukar perkataannya kepada politik wang. Walaupun terbukti mengamalkan rasuah namun tindakan undang2 tak boleh di kenakan kerana istilahnya telah ditukar.
Selama 55 tahun negara ditadbir oleh satu pihak sahaja. Bagaimana kita boleh buat perbandingan yang adil sedangkan satu pihak lagi tak pernah di beri peluang bagi membuktikan kemampuan masing2. Adilkah begitu?
Berani ke tak rakyat Malaysia untuk buat perubahan kali ni? Bukan lama pun untuk kita tengok performance Pakatan rakyat pulak. Cuma 5 tahun jer sedangkan Umno/BN dah 55 tahun. 55 tahun kita sanggup menunggu dan melihat negara semakin ketinggalan dari negara2 Asia lain, takkan 5 tahun kita tak mampu untuk bertahan. Jadi wa cabar semua rakyat. Biar la wa di gelar penghasut sekalipun janji wa menghasut untuk melihat perubahan kepada negara wa ni.
Ada bran??
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??