Tapi mahkamah dok sebuk bising pasal kes banyak yang tertangguh tapi jika begini la keadaannya, memang tak syak lagi la.
Wa cukup heran dengan kes ni. Yer la kan, dah la kedua2 tertuduh tu melakukan jenayah tanpa sebab. Pegawai polis pulak tu. Apasal diaorang boleh tergamak bunuh model tu tanpa sebab jika tiada sebarang arahan dari pihak atasan. Dan yang lagi bertambah pelik bila mahkamah pulak yang mengarahkan supaya jangan di tanya siapa yang memberi arahan kepada mereka untuk melakukan jenayah tersebut.
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 atas kesalahan membunuh model cun dari Mongolia itu pada malam 19 Oktober 2006 di satu kawasan hutan di Shah Alam dengan cara meletupkan model tu menggunakan bom C4. Bom yang hanya ada dalam simpanan polis cawangan khas di Malaysia ni.
Hingga kini siapa yang memberi arahan supaya kedua2 polis cawangan khas ni membunuh model cun tu masih tak terungkai. Takkan mereka berdua sengaja nak bunuh model cun tu tanpa sebab. Dan yang paling menghairankan, mereka berdua ni tak kenal pun model cun tu, cuma mengikut arahan dari pihak atasan.
Alasan penangguhan yang di buat oleh kedua2 belah pihak pulak lagi lawak, alasan bahawa mereka memerlukan masa lebih panjang untuk meneliti dan mengkaji beberapa isu rumit di dalam kes rayuan ini. Rumit kerana ada bersangkutan dengan orang yang penting dalam negara atau rumit kerana alasan nak bagi keampunan sedikit tak masuk akal? Atau semakin rumit bila rekod data kemasukan model cun dari Monggolia itu sudah hilang tanpa dapat dikesan.
Sebelum rakyat Malaysia hilang kepercayaan kepada sistem mahkamah yang dah rosak akibat dari perbuatan Tun Mahathir secara total, lebih baik mahkamah mereformasikan sistem ini supaya kepercayaan kepada sistem mahkamah kembali pulih. Jangan sampai rakyat tidak menghormati undang2 lagi ataupun rakyat bertindak dengan membuat undang2 sendiri.
Apapun kita tunggu apa tindakan selanjutnya bila kes ni telah ditetapkan untuk di rujuk ke pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 14 Disember dan tarikh perbicaraan baru akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes tersebut.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??