Monday, October 22, 2012

Adun Teja, Chang Lih Kang kena lagi...


Cermin tingkap kereta Honda CR-V milik ADUN Teja, YB Chang Lih Kang dipecahkan di kediamannya di Taman Melor, Ipoh malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 ke 2.30 pagi semasa penduduk kebanyakannya sedang nyenyak tidur. Klik sini.

Ini merupakan kali ketiga kediamannya menjadi sasaran penjenayah kerana sebelum ini rumah beliau pernah dipecah masuk sebanyak 2 kali yang mengakibatkan beliau mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Chang yang tinggal bersama isteri dan ibubapanya tidak menyedari kejadian itu sehingga diberitahu oleh seorang jirannya yang juga seorang pegawai polis, mendakwa sempat melihat kelibat penjenayah itu cuba melarikan diri dengan motosikal sebaik menyedari perlakuan mereka diperhatikan. Jirannya itu juga memberitahu dia cuba mengejar penjenayah itu dengan keretanya tetapi gagal.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana tiada apa-apa barangan miliknya sempat dilarikan penjenayah tersebut.

Dalam sidang media dengan wartawan pagi ini, beliau kecewa dengan kejadian jenayah yang semakin kerap berlaku hari ini malah mendakwa ini menunjukkan isu jenayah adalah isu yang serius yang tidak patut dipandang ringan oleh pihak berkuasa terutama kerajaan. Chang mempersoalkan tahap keselamatan orang awam di negeri ini dan mendakwa peruntukan sebanyak RM200 juta yang diluluskan kerajaan untuk tujuan keselamatan gagal memperbaiki persepsi masyarakat bahawa jenayah di negara ini masih terkawal, sebaliknya ia tidak menampakkan sebarang perubahan kadar jenayah. "Kejadian buat kali ketiga ke atas saya dan keluarga membuktikan tahap keselamatan orang ramai masih tidak terjamin", katanya.



Sumber : 
DM Deth Mustaine

7 comments:

  1. banyak duit adun cina tu.nak syorkan supaya adun dibayar gaji sedikit khidmat lebih baru bagus.mana yang tak nak tu makna kaki sapu le.bukan yang berkhidmat yang menyapu

    ReplyDelete
  2. Ni 1 lagi bodo sombong punya. Taharah dobi buka la minda tu bro alamak.

    ReplyDelete
  3. Ada ke dia kata hilang duit 10,000? Dia kata RUGI dianggarkan 10,000. Itu mungkin taksiran nilai harta yg hilang sekali dgn wang tunai (klu ada).... Apa lah...., nak ulas tak tengok-tengok... Sengal betul...

    ReplyDelete
  4. kan Madey dah habaq dah.. yg tinggal hyg bengap2 jer...
    muahahahahaha...

    ReplyDelete
  5. her latest blog h3c96j7q54 replica gucci bags replica bags london find more information k3y96i2h11 7a replica bags wholesale replica bags sydney replica bags for sale YOURURL.com p5q45s4h03 replica bags review

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...