Wednesday, October 10, 2012

Sampai macam tu sekali??

 Perggghhhh..!!!!

Wa tabik spring la dengan lu Jeming Hassan. Lu punya usaha kini telah membuahkan sedikit hasil walaupun belum lagi menepati sasaran. Sekurang2nya, banyak mata yang dah terbukak dengan gerakan yang di terajui oleh anak muda.

Bukan macam sesetengah pihak tu, sembang kencang pasal jihad la apa bagai la tapi bila mintak turun demo pun takut. Malah tak pernah kelihatan pun dalam saf hadapan pendemo. Kalau puak2 UG nak marah kat aku pun tak apa sebab puak2 tu sesen tak boleh pakai. 

Wa petik laporan yang keluar kat Malaysiakini kat sini. Nampak tak kesan pada orang yang dah mula gelabah bila tuntutan royalti minyak Kelantan sudah mula mendapat sambutan di seluruh negara. Sampai main ugut2 pulak. Takut nyer!!!!

Gerakan 'R' yang menuntut hak kerajaan negeri Kelantan dalam tuntutan royalti minyak mengikut Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Hak Pendaratan Minyak & Gas. Itu saja. Kenapa kerajaan pusat menafikan hak kerajaan negeri yang di tadbir oleh PAS? 

Perkara sama pernah terjadi di Terengganu dulu semasa Terengganu jatuh ke tangan PAS dalam PRU 1999. Royalti telah di tukarkan menjadi wang ehsan dan cara pemberian pulak cukup2 menghina kerajaan negeri termasuk Sultan Terengganu sendiri. Wang royalti yang di brandingkan menjadi wang ehsan di beri pulak kepada JKKP yang di tubuhkan oleh Umno. Dengan kata lain, duit tu tak masuk pun dalam kantung kerajaan negeri Terengganu masa tu.


Sedangkan sebelum itu kerajaan negeri Terengganu di berikan royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas. Nampak tak ketidakadilan yang menjadi amalan pihak yang menjadi peneraju pentadbiran kerajaan pusat.

Dan bila Terengganu berjaya di rampas kembali dari tangan Pas oleh kerana kelemahan dalam sistem pentadbiran negeri, royalti kembali di beri. Nampak kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang di terajui Umno. Paling sadis lagi bila kezaliman yang di lakukan melibatkan majoriti orang2 melayu.

Apa yang di harapkan Umno untuk membela melayu kerana yang terang dan nyata Umno ni la yang paling banyak menganiaya orang2 melayu terutama orang2 melayu saluran satu yang cukup mudah untuk di perdaya kan.

~ ABU tetap ABU!!!! 


No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...