Dah jadi rupa perangai Umno dah la ni bila langsung tak boleh di kritik oleh ahli2 bawahan yang tak berjawatan dalam parti tu. Apa jaminan jika berkuasa di pusat akan mendengar suara rakyat jika dengan cara begini pun dah mula tunjuk belang dan tak boleh terima kenyataan teguran dan jugak kritikan yang dibuat untuk kebaikan bersama supaya dapat di perbaiki di masa akan datang.
Sejak tragedi pemilihan 2010 lagi banyak kedengaran desas desus suara sumbang berkenaan cara Timbalan Presiden ini untuk mengukuhkan kuasa di dalam parti. Dan segala aduan yang telah di buat higga kini masih belum ada sebarang tindakan.
Sepatutnya di kala kita sedang dalam debaran menanti pengumuman tarikh pilihanraya umum yang ke 13 di buat, kita bekerja mengukuhkan jentera parti untuk menghadapi perang pilihanraya tetapi sebalik nya pulak yang berlaku dalam PKR Selangor. Dah ramai yang mengintai kerusi MB yang senantiasa panas sejak dari zaman Umno lagi.
Desakan pemecatan SU Politik MB, Faekah Husin di mulakan oleh Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Borhan Aman Shah. Yang Azmin pulak pegi menambah bahawa desakan ini adalah dari akar umbi. Masalahnya ramai yang tahu bagaimana tatacara SU Politik MB ni bekerja. Jadi agak bermasalah la kalau SU ni nak di kenakan tindakan oleh parti hanya kerana kenyataan dia yang kelihatan membela bos dia.
Ramai yang tahu sejak Faekah di lantik menjadi SU MB, perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang di terajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berjalan lancar kerana ketegasan SU nya dan rasanya Faekah dan Tan Sri Khalid adalah regu yang sesuai untuk mentadbir Selangor.

Kalau masih berkekalan macam ni dalam parti PKR, harapan nak ke Putrajaya cuma tinggal harapan jer la. Penat golongan marhaen bawahan memperjuangkan semangat PR@ABU untuk menumbangkan Umno, hancur hanya segelintir pemimpin PKR yang tamak kan jawatan dan kuasa seperti yang menjadi amalan dalam Umno.
Lagi kisah isu ni bleh klik sini.
~ ABU!!!!
PAS ada ostad nasha.....camana kalau Faekah ganti nasha....tukar suka sama suka....biaq depa dlm PKR bertumbok.....pasai smua pikiaq pakai kepala lutut.....
ReplyDeleteHarap-harap pihak yang berkenaan ambik berat... Jangan perasan PR dah kuat...
ReplyDeleteHa ha ha ..
ReplyDeleteOrang Gombak dan Bukit Antarabangsa...Jalankan tugas anda untuk mencantas calon yang bodo melantun ini ..ha ha ha.
Nampak sangat bukan membawa Perjuangan Rakyat..selain untuk peringatan kepada pemimpin PR yang lain untuk berkerja untuk rakyat. .mampus pi la...