Wednesday, October 10, 2012

Apa cerita NFC? Senyap jer siasatan....

Kes pendakwaan terbalik dalam sejarah Malaysia yang berulang, kalau dulu CM Lim Guan Eng di dakwa dan di penjara kerana membela gadis melayu yang dirogol oleh orang besar dalam Umno, kini berulang lagi bila Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamarudin, MP Ampang dibicarakan kerana membocorkan penyelewengan yang berlaku dalam NFC yang melibatkan Ketua Wanita Umno yang jugak di lantik sebagai Wanita untuk memegang portfolio Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekarang ni kalau nak buat report kat balai atau kat mana2 haruslah berhati2. Benda yang kita nak report  ada melibatkan golongan politician atasan pihak parti yang memerintah atau tidak. kalau ada, lupakan jer la hajat tu sebab silap2 kita pulak yang menjadi orang yang di bicarakan. Atas tuduhan OSA pulak tu. Akta Rahsia Rasmi para2 penyamun.

Bayangkan punya melalut mantan Mak Menteri ni bila diaju kan soalan sampaikan pekerjaan anak dia pun dia tak tau. Bayangkan mantan Menteri Keluarga pun tak boleh nak handle dengan harmoni keluarga dia. Anak sampai tak tau kerja apa, laki tak tau buat bisnes apa, macam2 lagi la yang melalut.

Korang semua baca jer la laporan yang di buat oleh keadilandaily.com ni.

Apa lagi yang makcik mantan Mak Menteri ni nak kelentong pun tak tau la. Apa! dia ingat rakyat semua macam 'lembu' ternakan dia ke?

Yang masih menjadi tanda tanya kat wa sekarang ni, apa hasil siasatan tentang laporan penyelewengan dalam NFC yang telah di buat oleh Rafizi dan Zuraida tu? Dah masuk longkang belakang pejabat Peguam Negara ke? Senyap jer.. SPRM pun membisu jer sekarang ni. Apa perkembangan terbaru siasatan berkenaan kes tersebut yang masih di nantikan oleh ramai pihak terutama rakyat marhaen.

~ Janji ABU!!

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...