Tuesday, May 8, 2012

Demo BERSIH 3.0 haram tapi demo Gertak, apa pulak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan?


Bukan main lain pihak2 yang pro kepada kerajaan pemerintah dok ganyang Ngo2 yang pro kepada Pakatan Rakyat walaupun sebenarnya tujuan penganjuran BERSIH 3.0 bukan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. BERSIH 3.0 adalah perhimpunan bagi mendesak badan yang bertanggungjawab agar memastikan pilihanraya yang bakal diadakan tak lama lagi mestilah bebas, bersih, adil dan telus. Itu saja tetapi pihak propaganda milik Umno/BN memperlihatkan bahawa perhimpunan itu adalah untuk menyokong Pakatan. 


Memang tak dinafikan perhimpunan itu mendapat sokongan dari parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat tetapi sepatutnya pihak Umno/BN jugak turut serta kerana permintaan itu adalah untuk kebaikan bersama. Tidak melanggar undang2 negara malah tidak jugak melanggar dari segi hukum2 syarak pun.


Bila Majlis Fatwa Kebangsaan pun turut sama diheret ke dalam kancah politik Umno/BN, pelbagai pihak sudah mula meragui fungsi badan ini yang sepatutnya lebih jelas dan faham apa agenda utama yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukan sewenang2nya mengeluarkan fatwa yang kelihatan berat sebelah tanpa merujuk kepada pihak yang satu lagi.


Kalau BERSIH 3.0dikatakan haram, bagaimana pulak dengan demo yang dianjurkan oleh pihak Gerakan Kebangkitan Rakyat atau GERTAK ni? Apa pulak hukum yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan didalam isu ni? Apakah haram sudah bertukar menjadi harus hanya kerana ianya perhimpunan yang menyokong kerajaan pemerintah yang sedia ada.


Jikalau Majlis Fatwa mengatakan bahawa menggulingkan kerajaan yang sah, yang dipilih rakyat adalah haram, bagaimana pulak dengan kes rampasan kuasa yang berlaku di Perak dulu? Apakah itu bukan usaha menggulingkan kerajaan yang sah yang telah di pilih oleh rakyat. Malah Majlis Fatwa membisu, tak bersuara langsung dengan tragedi yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dulu yang dirampas kuasanya dengan cara yang paling tidak bermaruah.


Jangan hanya di sebabkan Pengerusi BERSIH terdiri dari yang bukan Islam, maka apa yang cuba disampaikan walaupun baik dan tak bercanggah dengan hukum2 syarak pun Majlis Fatwa membisu dan lebih rela untuk mengikut telunjuk pemerintah. Dan paling tak boleh diterima dek akal manusia yang normal ialah, perpecahan umat melayu dikatakan berpunca dari seorang pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa bersama yang membentuk BERSIH 3.0 tersebut. Sedangkan yang berpecah ialah umat Umno, ramai ahli Umno yang dah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka terutamanya dari golongan muda.


Golongan muda bukan mudah untuk disogok dengan kebendaan. Bagi la apapun, mereka akan terima tapi untuk memberi undi kepada Umno, belum tentu lagi kerana mereka bijak berfikir. Apa yang diberikan kepada mereka itu sebenarnya adalah milik mereka sendiri. Umno hanya menjadi penyerah kepada hasil yang telah diusahakan rakyat. Bukan pemberian tu datangnya dari Umno. Kalau golongan terdahulu, mungkin tektik ini berkesan tapi kini tektik ini lebih kepada tektik yang memakan diri pemimpin itu sendiri.


Bagaimana pulak pendirian Majlis Fatwa dalam isu penyalahgunaan kuasa dalam pilihanraya? Itu belum lagi dengan pelbagai muslihat lain yang jadi amalan hanya untuk memastikan kuasa kekal ditangan pemerintah. Dengan penggunaan jabatan kerajaan, aset kerajaan, dana wang negara bagi membiayai kempen pilihanraya dan macam2 lagi yang secara terangan melanggar akta2 pilihanraya yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.


Majlis Fatwa, badan kehakiman, penguatkuasaan termasuk polis dan tentera sepatutnya menjadi agensi yang bebas dari cengkaman ahli politik yang memegang tampok pemerintahan negara. Bila pihak berkuasa tertakluk dibawah kekuasaan ahli politik, maka kredibiliti badan2 berkenaan senantiasa di persoalkan bila gagal bertindak dengan adil jika sesuatu perkara itu melibatkan ahli politik yang memegang tampok pemerintahan negara. , 


Ini persepsi yang cuba untuk diubah oleh rakyat. Dan apakah perubahan ini melanggar undang2 negara, menggugat keselamatan negara? Sudah pasti tidak dan pihak berwajib pun tahu akan jawapannya namun kerana ketakutan, ugutan dan terlampau menurut pemerintah kerana nak cari makan punya pasal, semua perkara ini diketepikan.


Hanya satu pesanan ikhlas yang selalu di perdengarkan kepada golongan yang degil dan angkuh, hidup umpama roda.Tak selalunya kita diatas. Tiba masa pusingan kita dibawah, ketika itu menyesal pun sudah tidak berguna lagi.



No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...