
Apakah majlis tersebut tidak mendapat info yang tepat bagaimana kejadian tu boleh berlaku sedangkan pada awalnya perhimpunan itu aman. Bagaimana pulak penafsiran majlis tersebut terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang dibuat di negeri2 lain? Kenapa perkara ini tidak dibincangkan dan dijadikan perkara asas untuk menilai dan melabelkan perhimpunan itu. Jika BERSIH 3.0 bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara dalam negara, nescaya perhimpunan di negeri2 lain turut sama akan timbul kekecohan. Tapi perhimpunan di negeri2 lain tidak pulak kecoh kan?

Kenapa tuntutan BERSIH 3.0 menjadi sesuatu tuntutan yang dikatakan akan mengancam keselamatan negara sedangkan tuntutan yang dibuat adalah untuk melihat proses pilihanraya dalam negara dibuat secara adil, telus dan bersih. Apakah tuntutan itu melanggar hukum2 syarak?
Atau pihak Majlis Fatwa Kebangsaan menghalalkan penipuan dalam proses pilihanraya bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang ni kekal berkuasa? Wa tak kata Majlis Fatwa menipu tapi tindakan yang diambil mereka seolah2 menghalalkan penipuan dalam proses pilihanraya negara.
Malah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah di jawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib. Beliau menyeru supaya Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan itu lebih menumpukan perhatian kepada isu pokok yang di buat iaitu isu tuntutan BERSIH dan bukannya berhubung perhimpunan tersebut.
Kenyataan Datuk Harun Taib turut di sokong oleh setiausaha dewan tersebut, Dr Khairuddin Aman Razali. Beliau meminta supaya jawatankuasa itu turut mengeluarkan pandangan terhadap isu pengurusan kewangan negara, amalan rasuah dan juga isu pemberian kewarganegaraan kepada warga asing.

Jadi Majlis Fatwa Kebangsaan di seru supaya mengkaji insiden kekecohan dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0 dengan lebih terbuka. Jangan hanya menyatakan sesuatu hanya berpandukan sumber di sebelah pihak sahaja. Tindakan menghalalkan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??