Tuesday, May 8, 2012

Perbicaraan di Perancis: Kebangkitan Altantuya dan soalsiasat untuk Najib


19 Oktober 2006 ialah hari yang menjadi perhatian apabila seorang wanita tidak berdosa yang dipercayai sedang mengandung telah di bunuh dengan begitu kejam oleh 2 pembunuh yang tidak dikenali yang kini sedang menunggu hukuman mati yang dijatuhkan pada 9 April 2009.
Selepas 3 tahun kejadian itu dan kedua bekas pengawal peribadi PM Najib Razak masih hidup. Ketua Inspoektor Azilah Hadri,30 dan Koperal Sirul Azhar Umar,35 ialah dua orang tertuduh yang didapati bersalah dan sedang menunggu hukuman mati di penjara Sungai Buloh. 


Sungguhpun ramai rakyat Malaysia percaya mereka berdua yang memetik picu pistol, persoalan yang masih berlegar dibenak setiap rakyat, siapakah yang mengarahkan pembunuhan tersebut dan siapa yang sebenarnya mengupah mereka?
Sementara itu di Paris, satu kes mahkamah memberi sinar harapan untuk balasan terhadap ketidakadilan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa di Malaysia, yang terus berdegil dan menutup pintu kepada kebenaran kerana melindungi pihak2 yang ‘berkuasa’. Selain dari kedua2 pesalah tersebut, tiada siapa yang boleh disentuh samada dari Najib sendiri kepada isterinya Rosmah sehingga ke sahabat baiknya,Razak Baginda.
Jadi di Perancis mungkin Altantuya mendapat keadilan dari orang2 Malaysia yang menyiksanya. Satu kisah yang sungguh kejam.
Jangan pulak lupa kepada apa yang terjadi kepada Azhar dan Sirul disini
Di Sungai Buloh, ramai tertanya2 bagaimanakah layanan kepada kedua2 bekas pengawal peribadi ini. Adakah mereka diberi keistimewaan seperti bebas keluar masuk penjara melawat keluarga dan kawan2 seperti yang terjadi dalam kes Abdullah Ang di penjara Kajang?
Sebab apa persoalan ini timbul ialah kerana sikap pihak polis itu sendiri. Mereka berusaha melindungi wajah kedua2 lelaki ini sepanjang perbicaraan dengan membenarkan mereka memakai berbagai jenis topeng dan penutup muka. Kenapa? Untuk melindungi indentiti mereka tentunya.Kenapa? Kenapa perlu dilindungi sedemikian? Sesuatu yang amat tidak wajar bagi tertuduh yang sudah didapati bersalah oleh mahkamah.
Lagipun, dimana lagi tempat didunia ini pembunuh diberi kelebihan demikian untuk melindungi identiti mereka. Rakyat Malaysia malah semakin marah dan benci kepada Jabatan Peguam Negara kerana mempersenda dan mempermain2kan mahkamah tinggi di negara ini.
Dalam hal demikian, rakyat Malaysia patut mengambil langkah untuk mendedahkan identiti kedua2 pembunuh ini. Memandangkan bidang kerja mereka terdahulu sebagai anggota polis, mereka mungkin telah berjumpa ramai orang semasa mereka menjalankan tugas.


Ramai dari rakyat Malaysia yang pernah berhubung dengan kedua2 mereka dalam apa jua cara, samada sebagai kawan, teman sekerja atau rakan sekelas. Kepada pegawai penjara yang paling jujur, sila tampil untuk membuat pendedahan.Sila beritahu perkara sebenar demi negara dan masa depan generasi seterusnya.
Muat turun gambar2 mereka ke internet supaya rakyat kenal mereka bila mereka ‘keluar dari penjara’ untuk menikmati kebebasan sementara abu mayat Altantuya terus di dalam almari KIV di pejabat pihak berkuasa tertentu.
Melihatkan cara Jabatan Peguam Negara mengendalikan perbicaraan itu, tidak terkejut jika kedua2 lelaki penjenayah itu dan ketua mereka bakal terlepas bebas. Tetapi jeritan roh Altantuya akan terus menghantui mereka sehinggalah mereka mati. Anak cucu mereka akan terus mendapat malu dari dosa2 bapa mereka.Berbaloi kah?
Rakyat negara ini menyaksikan 159 hari perbicaraan yang penuh penipuan, dimana yang bersalah dan bersubahat bebas tanpa saksi mereka dipanggil. Ketika perbicaraan itu lah drama mahkamah dan keputusan dramanya dipertontonkan
Orang yang mempunyai sebab munasabah untuk di tuduh sebagai perancang pembunuhan telah dibebaskan. Siapa boleh lupa Akuan Bersumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian? Jelas sahabat karib dan pembantu PM Najib, Abdul Razak Baginda memainkan peranan penting dalam drama ini.
Siapa dalang yang mengarahkan pembunuhan tersebut? Boleh jadi Baginda, atau dalang sebenarnya ialah majikannya? Bolehkah kita lupa bagaimana marahnya isteri Razak Baginda sehingga telah mengeluarkan kenyataan “Suami saya bukan salah seorang yang ingin menjadi Perdana Menteri.”?
Misteri2 ini ialah permata yang menyaluti roh Altantuya sehingga keadilan diperolehi dan rohnya bebas kembali ke sisi tuhan. Semua ini hanya akan berlaku jika ada pertukaran rejim, kerana Malaysia di bawah Kerajaan Persekutuan sekarang yang hanya akan lebih dipenuhi oleh rasuah dan pemimpin mereka dengan beraninya akan terlepas setiap kali berhadapan dengan jenayah yang mereka lakukan.
Kepedihan hati bapa Altantuya yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada abu mayat anaknya tidak harus dilengahkan. Dr.Setev Shaaribu dan keluarga telah menunggu terlalu lama, 3 tahun selepas kematiannya, kerana proses rayuan yang dilengah2kan. Sisa abunya disimpan di Mahkamah Tinggi bersama bahan bukti lain dan bekas itu semakin berhabuk. Berapa lama lagi mereka mahu menyimpan abu mangsa disana?
Sikap acuh tidak acuh dan konspirasi sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam sistem keadilan kita, yang mana ianya dikawal oleh seorang sahaja, iaitu Peguam Negara dan dia sendiri pulak telah dikawal oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno.
Mereka yang bersalah akan senantiasa berada dalam ketakutan. Tapi kenapa pulak perlu takut jika dalang pembunuhan itu tahu bahawa roh Altantuya tidak akan aman sehingga keadilan diperolehi.
Lawatan terbaru Dr.Setev Shaaribu ke Malaysia dan sessi temuramah selepas dia menawarkan diri sebagai saksi dalam kes rasuah Scorpene membuka mata banyak pihak.
Kenyataannya secara tidak langsung turut melibatkan PM Najib Razak yang akan “ menyambungkan titik2” antara pembunuhan anak perempuannya dan dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene.
NGO hak asasi manusia, Suaram membuat kenyataan bahawa saksinya di terima di hadapan hakim penyiasatan Roger Le Loire di tribunal Paris Grande Instance.
Ini bermakna mahkamah Perancis tidak hanya setuju untuk melakukan siasatan perundangan terhadap pembelian Scorpene bernilai RM7billion tetapi hakim itu juga menerima cadangan senarai saksi yang berpotensi dari Suaram.
Dan didalam senarai itu sudah tentu terdapat nama PM Najib dan Menteri Pertahanan Malaysia yang terkini, Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami memberitahu mereka bahawa kami memfailkan kes disini kerana Parlimen Malaysia gagal memberi jawapan yang kami cari berkaitan pembelian kapal selam itu,” kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
“Kami juga ingin mengatakan yang kami tidak dapat mencari jawapan yang tepat terhadap pembunuhan warga Mongolia, Altantuyaa Shaaribu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyiasat aduan kami setelusnya.”
Menurut peguam yang mewakili Suaram, Joseph Brehem, penyiasatan di Perancis setakat ini telah dapat mengumpul bukti yang mencukupi untuk mensabitkan pegawai2 Malaysia tertentu yang ada mengambil rasuah dari wakil penjual Scorpene, DCN secara tidak sah dari segi undang2 negara Perancis.
“Pada kami, perbicaraan yang sudah sampai ke tahap ini ialah satu langkah terbesar dalam kes komisen pembelian kapal selam Scorpene.” Kata Brehem.
Dalam memperincikan butir2 maklumat yang diperolehi ini akan turut membangkitkan kembali kes Altantuya menerusi kenyataan bapanya yang mana secara peribadinya dapat membalas dendam terhadap pembunuhan kejam terhadap anaknya.
Sudah tentu perkara ini amat menakutkan PM Najib dan isteri kedua kesayangannya, Rosmah Mansor. Mereka berulang kali menafikan penglibatan mereka dalam kes pembunuhan Altantuyaa. Tapi, sampai masanya tembelang akan tetap pecah jua.
Dan bapa Altantuya berkata beliau pernah melihat gambar Altantuya bersama Najib dan Baginda dan tujuan Altantuya datang ke Malaysia adalah untuk menyelesaikan sesuatu dengan Najib. 


Manakala pasangan paling bahagia di Malaysia ini, Najib dan Rosmah juga telah mula menghantar pasukan peguam mereka ke Paris untk menjaga kepentingan dan airmuka mereka.
Dan adalah lebih baik jika mereka segera memperbaiki kedudukan mereka dengan apa juga cara sekalipun yang boleh, kerana tiada apa yang lebih kejam dan ketakutan paling maksimun dari kebangkitan Altantuya.


dari sumber di edit: Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...