
Tujuan rombongan tersebut bukan untuk membuat kecoh tetapi mereka telah dihalang oleh sekumpulan pemuda MIC yang cuba untuk menjadi jaguh dengan menghalang peserta rombongan tersebut dengan kekerasan. Kumpulan pemuda MIC tersebut diketuai oleh T Mohan.
Hanya kerana terdapat kain rentang dan replika yang didakwa oleh pemuda MIC mengandungi unsur provokasi,maka ketua PKR Cabang Puchong, Murali telah dipukul dan mendapat kecederaan yang agak serius.Dan mereka jugak cuba menyerang pelajar yang mahu menuntut kad pengenalan agar dia boleh menduduki peperiksaan SPM.

Sebenarnya kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa para pemimpin pemuda MIC berasa amat cemburu dan dengki terhadap usaha2 murni beberapa pemimpin PKR yang berjaya mencuri perhatian umum mengenai masalah kerakyatan di kalangan masyarakat India itu sendiri dan kejadian tersebut juga telah membuktikan bahawa MIC langsung tidak berniat ikhlas untuk membantu masyarakat India yang didakwa “diwakilinya” selama ini.
Jadi kenapa sekarang baru terhegeh2 mahu tunjuk keperihatinan mereka? Apakah sebab pilihanraya dah semakin hampir? Yang pasti, itu la punca utama nya. Masing2 mahu menunjukkan yang mereka perihatin dengan masalah rakyat yang diwakili mereka mengikut kapasiti perkauman. Tetapi hanya bila tarikh pilihanraya semakin hampir.
Ke mana perginya para pemimpin MIC sebelum ini? Kenapa isu-isu ini tidak ditangani oleh MIC sejak dari awal lagi sehinggalah mangsa-mangsa tersebut terpaksa beralih ke parti-parti lain, seperti PKR untuk meminta bantuan? Dan bila mereka dah beralih arah, baru pemimpin MIC nak tunjuk jaguh kononnya merekalah yang sebenarnya pembela kaum india selama ini.
Isu untuk mendapatkan kad pengenalan ini bukan hanya bagi pihak MIC sahaja, MCA yang merupakan kompenan BN yang kedua terbesar pun serupa. Ingat lagi bagaimana seorang warga tua keturunan cina di beri kad pengenalan yang dipohonnya sejak sekian lama. Malah berita ini disiarkan di dalam buletin TV3 beberapa tahun dulu. Bayangkan warga tua tersebut hanya mendapat kad pengenalan hanya pada umur yang dah makin lanjut dan hak dia sebagai warganegara telah terabai sejak sekian lama. Adakah ini keperihatinan golongan parti2 yang memerintah negara?
Bila tiba sahaja musim pilihanraya, inilah masanya golongan yang berkuasa cuba menonjolkan diri kononnya mereka begitu perihatin terhadap permasalahan rakyat. Baru la mereka memberi bantuan kepada rakyat sedangkan permohonan bantuan itu telah lama dipohon. Sampaikan ada dikalangan Pak Menteri yang sanggup tidur dirumah rakyat kebanyakkan dan yang paling tragis, bila ada dikalangan Pak Menteri sampai sanggup bersama2 rakyat menoreh getah. Ini lakonan yang amat2 memualkan.

Salam Tuan,
ReplyDeleteBukan hanya ustaz yang cakap.
Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :
1. Cakap tidak macam biasa
2. Cakap merapu
3. Otak tidak berfungsi tepat
4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
dll.
Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :
1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.
2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.
3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.
4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.
5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.
6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.