Thursday, April 19, 2012

Video kecoh kat Dataran. Polis tengok jer ke?

Awal pagi tadi, mahasiswa yang berkhemah kat Dataran kena serang dengan sekumpulan samseng taik minyak upahan, terdiri dari kumpulan yang sama yang buat kecoh kat Jalan Kebun masa ceramah ABU dulu. Tapi sedih bila pihak berkuasa terutamanya polis hanya menjadi pemerhati tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghalang dari berlakunya kekecohan ini.


Disini kredibiliti polis jelas bahawa mereka bertindak atas arahan Pak Menteri sahaja tanpa memperdulikan nasib rakyat dan mahasiswa kat situ. Bayangkan pihak polis hanya memerhati saja, tak buat apa2 pun bagi menghalang kumpulan samseng taik minyak upahan ni dari buat kecoh sampai mendatangkan kecederaan kepada pihak lain.


Dan yang paling tak boleh nak masuk akal, samseng yang sama jugak yang buat kecoh masa kat Jalan Kebun hari tu masih bebas menganggu aktiviti2 yang menyokong pihak Pakatan Rakyat. 


Cuba lu orang bayangkan pulak jika tempat student tu ditukar pulak menjadi pihak Umno. Wa rasa jangan kata nak buat kecoh, nak menghampiri kawasan tu pun tak boleh. Dah tentu pihak polis berkawal dengan penuh dedikasi supaya tak ada yang akan buat kecoh.


Memang sistem penguatkuasaan kat Malaysia ni dah makin tenat. Perubahan total perlu dilakukan dengan segera jika kita semua sayangkan negara ni dari dihancurkan oleh politician yang dah makin hilang kuasa. Memang kekecohan akan timbul seperti amaran yang mereka buat tapi kalau rakyat Malaysia bijak mengawal keadaan jika berlaku pertukaran kuasa nanti, segala ni akan dapat diatasi dengan mudah. Dan kepala2 samseng ni konfom akan kecut telor jika ter[aksa berhadapan dengan jutaan rakyat Malaysia.




p/s : Kalau samseng2 ni hebat sangat, pakat2 la pi Palestin lawan dengan zionis Israel. Opppss.. Lupa pulak yang zionis Israel tu penasihat depa semua ni..

keh keh keh keh keh keh keh keh...

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...