Thursday, April 18, 2013

Sabotaj?? Tolong dengar suara rakyat!!!!!

Soorryyy laaa.. Kesabaran manusia ada tahapnya.. Memang kali ni kesabaran wa sendiri pun dah tak tertahan lagi dengan gelagat segelintir pimpinan atasan yang mula nampak sikap sebenar bila gendang perang PRU 13 telah berbunyi bila PM Najib dah jumpa telur yang tersembunyi sejak sekian lama.

PAS dan DAP walaupun ada krisis tapi tak terlalu terbuka. Hanya secara internal saja. TRapi PKR wa cakap lu memang dah mula main bangsat. Dah mula nampak sikap sebenar muka opportunis yang selama ni berselindung di belakang parti.

Wa bagi contoh, Parlimen Tapah. Abg Wan yang umum  nak bertanding atas tiket BEBAS kat situ. Dia sebagai Ketua Cabang PKR Tapah terasa terhina bila calon yang diumumkan untuk bertanding di situ tanpa berbincang dengan cabang tempatan. Sedangkan semua gerak kerja yang dijalankan dulu banyak yang di keluarkan belanja sendiri. Dan dia sendiri pun sebelum ni bukan gila nak bertanding pun, cuma dia nak bagi signal kat Anwar bahawa dia bukan balaci macam lembu2 Umno untuk angguk2, geleng2 jer.

Perkara yang sama berlaku kat Tanjong Malim. Mejar Kamal seperti di permainkan bila tiba2 calon lain yang diumumkan. Sedangkan sebelum ni dia bersuash payah bangunkan PKR dari kemusnahan yang telah di buat oleh Jamal Katak. Tapi ini balasan yang dia terima dari pimpianan atasan? Memang wa sokong dia bertanding atas tiket PRM. Semua cawangan2 yang dah dia bukak secara otomatik akan bertukar wajah. PKR, hangpa pandai2 pi buat markas dengan bilik gerakan hangpa yang baru. Hangpa cari la jentera pilihanraya hangpa yang baru sebab wa yakin semua yang mengikut Mejar Kamal akan ikut serta dalam kempen dia kali ni.

Tu belum kira masalah dengan PSM pulak. Yang dalaman pun tak bleh settle, camna nak settle yang luaran pulak kan??

Kini segala hasil usaha musnah bila Anwar Ibrahim mengumumkan calon yang bukan saja tak pernah menabur jasa di situ, penduduk local pun langsung tak kenal. Tetiba jer diangkat menjadi calon. Apa! Anwar ingat yang nak mengundi nanti cuma ahli PKR dan PR jer ke? Yang atas pagar yang jadi pemerhati ni hangpa tak mau ka undi depa?

Wa terkilan? Wa kecewa? 

Memang arr beb! Yang kita nak tumbang kan Umno/BN dan bergantung harap kat Pakatan Rakyat. Tapi nampak jelas dan nyata yang Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dari PKR seperti nak sabotaj gerakan rakyat untuk menumbang UMnmo/BN. Siapa tak bengang beb!

Ahli2 PKR yang taksub setia dengan Anwar dan Azmin tu kalau nak marah, maki hamun wa pun wa tak heran. Sebab pemimpin hangpa rosakkan gerakan rakyat dengan ketamakan yang menggila dalam perebutan kuasa.

Bukan hanya dengan Umno, tapi dengan rakan2 dalam Pakatan pun korang nak rebut sesama sendiri. 5 tahun masa yang diambil untuk berbincang hingga ke saat akhir pun masih tak selesai2 lagi. Nampak tak keegoaan pemimpin masing2 dalam parti mengatasi kepentingan rakyat dalam usaha untuk menumbangkan Umno/BN.

Pesanan terakhir sebelum wa tutup coretan ni, wa nak pesan kat semua pimpinan supaya turun dan dengar sendiri siapa calon pilihan dari rakyat bawahan yang sama2a berjuang menggerakkan gerakan rakyat. Bukan sang pelobi, pengampu, pecacai yang ibarat lembu jugak. Ingat kat dalam Umno jer banyak lembu. kat dalam PKR pun sama jugak..

Klik sini 


25 comments:

  1. jgn ikut perangai ameno..x tercalon merajuk.. pergi jahanamlah kalau ada sifat mcm tu..kerja kena ikhlas sbb pemimpin tahu siapa yg ikhlas menyumbang utk parti..siapa yg ada udang sebalik mee...insyaallah xkn lari gunung dikejar...sabar byk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnyapemimpin sabotaj rakyat..
      rakyat nak pilih wakil RAKYAT, bukan wakil PARTI..
      berbeza 2 perkara tue..
      Harap depa paham dan reti bahasa sikit...

      Delete
  2. ASM
    Nak boikot boikotlah. Kalu keja kuat nak jadi calon setaraf le kome dgn tim ketua wanita amno datuk kamalia atau berahim ali. Keja kuat nak jadi calon asal keja kuat nak jadi calon.....mcm amno tu be,

    Nak boikot juga elok la bergeng dgn ex posmen tu....sure heboh sure kecoh.
    Asal keja kuat nak jadi calon
    Ader aku kesah

    Urang Lanji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan masalah nak jadi calon la wei...
      masalah dah janji dgn penduduk local. Dan persetujuan penduduk memberi respon yg baik andai calon local dan mesra rakyat.
      Bagaimana nak berhadapan dengan penyokong dan penduduk jika begini keadaan yg terjadi..
      Ingat slogan!! NAK PILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI...
      Ada faham...!!!

      Delete
  3. KITA NAK TAWAN PUTRAJAYA YANG MASAALAH KECIK2 TENTANG TAK DI CALON, NAMPAK SANGAT TAK IKLAS............DUDUK DIAM2 NANTI JADI SENATOR KALAU DOK BISING NANTI D TERMINATOR

    ReplyDelete
  4. Bhai Madie..

    Gua kat Kemaman nih pon satu aaa.. Bagi DUN Chukai... tetiba jer MB Ahmad Said lantik calon yang ntah saper-saper tak kenal pon jadi calon BN kat sini... aper daaa... Terbuntang mata Muhammad Awang Tera tak dapat jadi calon BN....

    Errrk... sejak biler gua jadi BN nih??? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. BahiC++..
      wa pun diaorg cop Umno dah bila pandangan wa bertentangan dengan pemimpin depa..
      wa nak yg terbaik, bukan calon payung terjun yang dah tentu dgn otomatiknya menempah kekalahan awal..
      Undi bukan hanya dari ahli parti tapi yg dok atas pagar yg akan memenangkan sesuatu pihak..
      kalau dah dgn ahli parti pun tak berlaku adil, apa jaminan nanti yg depa ni akan berlaku adil bila berkuasa nanti...???

      Delete
    2. Bhai C+++
      **typo bhai.. bengang punya pasal...
      kah kah kah kah kah kah...

      Delete
  5. Bro..klu berjuang tu biar la iklas..tu le perjuangan namanya..baru macam tu je diuji dah nak lari dari perang..pebende la lu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu nak angkat calon yg tak sepatutnya dari PR ke Putrajaya??
      lepas tu baru lu nak nyesal??

      Delete
  6. Aku orang Beranang la..orang Beranang sini 100% Melayu, Arul kalah kat Beranang la..Jangan jadi bodoh la..matlamat sekarank nak tumbangkan UMNO...kalau kerja kuat rakyat tak suka tak guna gak.. Kat Semenyih & Beranang ni sentimen perkauman amat2 kuat. ALagi2 la kat Beranang. Kau nak lawak Johan di N24 Semenyih kena letak wakil Melayu.

    Kau tak boleh samakan minded org sini dengan Subang atau Shah Alam. Orang sini tak boleh terima India sebagai leader diorang. Malahan ada yang beranggapan lebih baik undi UMNO sbb dia Melayu Islam. Siapa nak undi India bila ada orang Islam kat situ.

    Buat demograohic research la, undi adalah rahsia. Arul kerja kuat pun datang rumah orang orang senyum gak, UMNO dtg rumah PAS org PAS senyum gak. Undi siapa tahu.

    Dah memang N24 tu kawasan Melayu yang kuat sentimen Melayu, dengan ramai orang Minang dekat situ, kau letak India lawak dengan Melayu. Konfem2 kalah.

    Kalah 1100 tu besar la sebab N24 kecik je. Jangan salahkan PKR. Misi sekarang nak menang banyak kerusi nak tubuhkan kerajaan baru. Arulk dah jadi ahli MPKJ apa lagi dia nak?

    Sini Melayu totok kalau nak pecah undi kena letak Melayu vs. Melayu. Terimalah hakikat. Aku pun sokong PAS, tapi aku atau orang N24 camna. Arul kat Beranang ni siapa kenal?

    Orang hidup dalm kampung aman damai tiba2 ada satu India bangkit konon nak mempertahankan hak semua kaum. Nak ubah Malaysia bukan dengan one click atau segera. Kena berperingkat.

    Terimalah hakikat yang N24 adalah kawasan Melayu dan hanya Melayu vs. Melayu sahaja yang orang terima.

    ReplyDelete
  7. Ha...Madie bhai...lu Cuba jawab Anon 8:46, dia pengundi situ...dia lebih tau drp lu yg wa tengok asyik tak puas ahti je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jawab apa kes Semenyih?
      PKR dah ok, PAS pulak langgar..
      memang cibai la pemimpin2 PR yg gila kuasa ni..

      Delete
  8. It s a very useful page. Thank you. 28dfbd7d1597aa407a2701c536d7b6ee
    kutahya
    erenler
    savastepe
    yaprakli
    malkara
    yenice
    solhan
    orta
    domanic

    ReplyDelete
  9. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. c5e415a8cd5da87236a1fcd49d1242b2
    sms onay
    website kurma
    website kurma

    ReplyDelete
  10. Thank you for your explanation, very good content. 24d775b7abd3fbc21dd4aeedbe3b043d
    define dedektörü

    ReplyDelete
  11. evden iÅŸ imkanıhttps://sites.google.com/view/evden-ek-is/November 17, 2022 at 1:35 AM

    Thanks for your article. 1e17e78541d4daf118540f5f54ea3193
    evde iş imkanı

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...