Friday, April 20, 2012

Lagi kisah air..

Lagi kisah pasal air. Wa ni asyik cerita pasal air jer kebelakangan ni. Sebab apa, wa sendiri pun tak tau. Mungkin sebab air merupakan keperluan utama dalam hidup manusia. Manusia boleh bertahan hidup tanpa makanan tapi tak mampu nak bertahan kalau tak ada air.


Kali ni kisah air kat Penang pulak. Penang yang di ketuai oleh CM Lim Guan Eng yang amat2 di benci oleh penyokong2 dan pemimpin Umno hanya sebab dia berbangsa cina. Tapi dekat Chua Soi Lek depa tak pulak nak benci, mungkin sebab Chua Soi Lek hebat kat ranjang kot..


keh keh keh keh keh keh keh keh..


Dalam dok sebuk negeri yang dikuasai Umno/BN nak penaik apa saja yang boleh di penaik hargakan, kerajaan negeri Penang pulak mengumumkan bahawa tariff air kat negeri tu tidak akan dinaikkan demi rakyat. Keputusan itu dibuat bagi memastikan penduduk Penang terus menikmati kadar tarif air yang terendah di Malaysia. 


Walaupun dah banyak desakan yang dibuat oleh NGO yang mahu harga tariff air Penang dinaikkan dan mengenakan tarif Surcaj Pemuliharan Air (WCS), tapi Guan Eng tetap teguh bertahan. Desakan ni dibuat oleh NGO kononnya tariff air yang rendah menggalakkan penduduk untuk melakukan pembaziran.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Kan ke bangang punya alasan..


Dah la tariff air rendah, Penang di anugerahkan pulak “Best Water Operator Partnership” melalui PBAPP. Dan Guan Eng mengucapkan tahniah kepada pengurusan PBAPP atas kecemerlangan dalam menguruskan sumber air Penang.


Manakala kat Selangor pulak yang memberi air percuma sebanyak 20m3 pertama telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto Pilihan raya Umum 2008. Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNKnegara, maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.


Konsep “Value For Money” yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor dan Penang adalah model terbaik jika Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...