Bayangkan kalau banjir melanda lagi buat kali kedua dalam tempoh seminggu. Penat mencuci rumah pun belum habis tapi terpaksa pulak berkemas lagi. Memang penat lagi memenatkan.
Kesian memang kesian tapi itu la bukti kekuasaan Yang Maha Kuasa. Jangan mengeluh dengan ujian yang diturunkan kepada kita. Mungkin ada seribu rahmat di kemudian hari.
Bayangkan seluruh negara tahu bahawa dekat sini dilanda musibah banjir yang agak mengejutkan sebab belum pernah terjadi banjir yang agak besar di kawasan ni. Berita mengenai banjir ni boleh dikatakan di laporkan kat media arus perdana selama 3 hari berturut2. Namun masih ada lagi penduduk berdekatan yang boleh tidak tahu atau mungkin tak mau ambil tahu mengenai musibah ini. Lebih sedih lagi bila yang tak tahu tentang musibah ni ialah ketua kampung tu sendiri. Pelik kan..
Tapi itu la alasan yang di beri oleh ketua kampung yang berstatus haji bila ada wakil penduduk yang memohon bantuan kewangan dari tabung JKKK. Dia boleh bagi alasan yang amat2 menyakitkan hati dengan mengatakan dia ingat Kampung Baru Kula Dipang tak kena banjir. Yang banjir kampung2 yang lain. Mentang2 la rumah dia tak dinaiki air, dia boleh buat tak tahu jer musibah yang melanda penduduk dalam kariah dia.
Kampung2 lain yang berdekatan semua ketua kampungnya bersama2 penduduk bergotong royong membersihkan kesan2 banjir dan menggunakan peruntukan dalam tabung JKKK untuk kegunaan kampung mereka tapi ketua kampung Kampung Baru Kuala Dipang boleh buat derk jer. Seolah2 tak ada apa2 yang berlaku. Jawatan ketua kampung dah tentu merangkap sekali ketua Umno cawangan kan..
Itu satu bab, ada lagi satu kisah pasal bantuan dari pihak pemerintah. Memang mangsa banjir perlukan bantuan terutama bantuan dalam bentuk makanan. Dan usaha dilakukan oleh Umno mengagih2kan bantuan berupa bahan masakan tu tak dinafikan bagus. Cuma kalau ada akal sikit, kat mana mangsa2 banjir tu nak masak bahan makanan yang dibagi tu. Rumah semua dah habis tenggelam dengan bermacam2 lagi hal yang dok ada.
Ada yang tong gas dah dihanyutkan arus, dapur masuk air dan tak ada tempat nak masak. Sebaliknya tindakan bijak dari Unit Amal PAS memang patut dipuji. Bukan setakat wa jer, malah ada sorang makcik yang karat Umno nya pun berbunyi 'kalau Unit Amal Pas tak ada, gamaknya kebulur habis penduduk kampung Kuala Dipang'. Makcik ni siap hamput lagi tok ketua yang buat muka poyo bila penduduk kampung mintak bantuan.
Dan Unit Amal PAS yang berkerja secara sukarela dari memula banjir hingga kini memang cekap dalam cara bagaimana hendak menghulurkan bantuan agar sampai ke kumpulan sasar nya. Ada petugas yang diarahkan untuk mengumpul nama jumlah ahli keluarga agar masakan yang dah dibungkus nanti mencukupi bagi semua ahli keluarga. Disamping dapat di asingkan awal2 bungkusan2 kepada semua keluarga agar tak kelam kabut semasa pengagihan nanti.
Kerjasama yang diberi oleh Unit Amal bagi mengagihkan bantuan yang cuba disampaikan oleh Pemuda Umno ke kumpulan sasar memang wa puji. Tapi sikit lucu bila yang memakai baju Perkasa, Pemuda dan Puteri Umno menerima arahan dari brother yang memakai baju PAS dengan lambang bulan terang benderang terpampang kat baju mereka. Cuma peristiwa ni wa tak sempat nak recordkan jer. Lagipun malam pada waktu tu.
Dan pada waktu macam ni la lahirnya ramai pengarah yang hanya tau mengarah tapi tak tau nak handle keadaan bila dalam situasi panik. Ada yang mencari publisiti dan ada yang time2 macam ni la nak mengampu, membodek untuk tujuan peribadi.
Bayangkan penduduk dalam kesusahan menghadapi banjir, ada pulak mamat pengampu yang datang dan mengarahkan penduduk ke dewan di Malim Nawar untuk menyambut kehadiran MB Mahkamah Perak. Kalau MB nak datang melawat, datang la kat kawasan yang dilanda banjir macam mana yang DS Nizar buat tu. Bukan hanya datang tapi penduduk pulak yang diarah untuk menyambut dia. Dah jadi penduduk pulak yang melawat dia, bukan dia yang melawat penduduk.
Itu la masalah utama bila dalam diri tertanam sifat mengampu. Dimana2, bila2 masa pun tak kira keadaan nak mengampu jer kerjanya. Dia tak peduli penduduk tu dalam keadaan macam mana, janji matlamat dia untuk mengampu dan bodek terlaksana. Ada jugak penduduk yang karat Umno nya pergi tapi penduduk yang tak berparti dan mungkin menyokong Pakatan, buat selamber jer la. Malah ada yang hamput geng2 ni, berterabur cabut.
Kalau wa ada handycam, kan best. Boleh wa record karenah dan gelagat manusia yang cari kesempatan diatas kesusahan orang lain. Bukan niat nak aibkan tapi sebagai pengajaran agar sedar dalam kita memburu target kita, perasaan orang lain pun kita kena jaga sama. Jangan terlampau nak bodek sampai sakitkan hati orang2 yang sedang diuji dengan musibah sebegini.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??