Dari zaman Tun Madey hingga ke zaman Najib kehilangan wang negara milik rakyat makin meningkat seolah2 pihak pemerintah tidak ada mekanisma yang sesuai untuk membendung gejala ini. Dan keterlibatan pihak atasan yang tidak diambil tindakan yang sewajarnya seperti pihak pemerintah kerajaan merestui perbutan ini jika tidak didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Sebagai contoh skandal PKFZ.
Skandal PKFZ hingga kini masih belum diputuskan siapa yang bersalah. Kemana hilangnya wang rakyat yang dah dilaburkan kepada projek tersebut. Kenapa pak menteri yang bertanggungjawab masih bebas dan hanya 'ikan2 bilis' sahaja yang didakwa.
Rahsia menjadi kaya dengan segera.. Klik sini!!
Dan Pak Berahim sengaja nak cari publisiti murahan bila dia kata bahawa idea ni gimik dari Pakatan Rakyat. Kalaupun gimik dari Pakatan, ianya akan menguntungkan pelajar2 IPT yang terpaksa menanggung hutang walaupun masa depan mereka masih belum terjamin. Mereka walaupun masih menuntut sudah terbeban dengan hutang yang mereka sendiri masih belum mampu untuk memikirkan samada mereka mampu atau tidak untuk membayarnya kelak.
Paling kelakar bila Pak Berahim kata skim PTPTN dapat mewujudkan suasana persaingan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi. Persainagan apa yang dimaksudkan oleh Pak Berahim ni, persaingan dalam membuat hutang ke?

Kemana hilang slogan rakyat didahulukan? Yang kelihatan rakyat didahulukan dalam menangani apa2 musibah dan kenaikan sara hidup setiap tahun. Kadar inflasi makin tinggi dengan peluang pekerjaan makin terhad bagi golongan lepasan IPT.
Cuba Pak Berahim ni kira balik wang rakyat yang dah di songlapkan oleh Pak2 menteri tu. Rasanya dah terlebih cukup untuk memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyat. Kira balik berapa kos yang terpaksa ditanggung terhadap skandal2 termasuk kes PERWAJA, Kapal Selam, MAS, PKFZ, IPP, NFC, Plus dan macam2 lagi yang boleh disalurkan kepada rakyat. Kenapa ini tak di ketengahkan oleh Pak Berahim. Kalau nak bodek pun, agak2 la Pak Berahim oi!!!!
Biasa lah kaki 'Bodek' memang gitulah......hahaha
ReplyDelete