
BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan yang baru lepas BERSIH 3.0 tetap tidak menampakkan yang pihak pemerintah akan tunduk dengan tuntutan2 yang telah dibuat oleh pihak penganjur BERSIH. Keegoan pihak pemerintah begitu jelas, malah lebih teruk lagi apabila mengerah segala agensi kerajaan terutamanya bahagian penguatkuasaan undang2 untuk mempertahankan kelangsungan kuasa politik yang mereka miliki.
Kita boleh saksikan dalam BERSIH 3.0 bagaimana pihak polis diperguna atau lebih tepat di perkudakan oleh pihak Umno/BN bagi menggambarkan bahawa perhimpunan yang dijanjikan di adakan dengan aman bertukar menjadi ganas, kecoh dan huru hara.

Bila keadaan sudah menjadi tidak terkawal, maka ini la peluang bagi pihak pemerintah memberi arahan agar pihak polis bertindak untuk menghalang para peserta BERSIH 3.0 dari memasuki padang Dataran Merdeka dengan cara kekerasan.
Begitu menyedihkan bila pihak polis bukan hanya bertindak terhadap peserta BERSIH 3.0 yang merempuh masuk ke Dataran Merdeka, malah keganasan polis melarat hinggakan peserta yang tak tahu apa2 yang di belakang pun turut dijadikan mangsa.

Jika benar seperti tuduhan yang di lemparkan oleh peserta BERSIH 3.0, ini perkara yang amat mendukacitakan kerana pihak polis SB telah menerima arahan awal supaya melakukan provokasi yang mengundang kekecohan dan huru hara yang merugikan kedua2 belah pihak.
Dan pemberi arahan tersebut sudah tentu memegang jawatan yang berpangkat tertinggi dalam institusi tersebut atau bertaraf menteri. Takkan pegawai polis berpangkat sarjan mampu untuk mengeluarkan arahan sebegitu rupa kan.??

Dan manusia begini bukanlah negarawan tulen. Seorang negarawan tulen lebih mementingkan nasib rakyatnya dari selera politik mereka. Kepentingan dan pandangan rakyat yang menjadi keutamaan dan bukan kehendak mereka untuk mengekalkan kuasa.

Apakah selepas ini akan ada pulak BERSIH 4.0? Itu pertanyaan yang kerap menjadi pertanyaan rakyat kini. Jika masih ramai yang bertanya begini, maka pihak pemerintah sekarang patut merasa lega kerana mereka, golongan rakyat masih menaruh harapan agar pilihanraya negara perlu di rombak dan masih mahu mengealkan sistem demokrasi yang ada.
Akan tetapi jika majoriti yang hadir semasa BERSIH 3.0 ini sudah hilang kepercayaan kepada sistem yang ada, dengan penggunaan dan keganasan pihak polis yang disaksikan depan mata mereka, dengan pelbagai pendedahan provokasi yang dimulakan polis, dengan pihak pemerintah yang tak mahu mendengar rintihan rakyat, dengan SPR yang berat sebelah, maka hanya laungan REVOLUSI pulak pasti akan menyusul.
Dan jika ini benar2 terjadi, banyak jiwa akan terkorban, banyak harta akan musnah, banyak muslihat akan digunakan dan pelbagai keburukan lain akan digunapakai bagi menggulingkan sebuah kerajaan yang degil. Keamanan akan hilang dan perkara ini akan memudharatkan negara. Apakah ini yang kerajaan sekarang mahu?
Jika pemerintah sekarang ini sayangkan negara dan bertanggungjawab, maka berbincang la dengan penganjur BERSIH supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Ketepikan ego sementara negara ini masih belum menuju kehancuran. Bersihkan daftar pemilih dan bertanding secara adil, bertanding seperti pahlawan sejati, bertanding seperti seorang anak jantan.

Apakah dalam keadaan seperti ini kepentingan rakyat yang dicanang2kan itu menjadi keutamaan, sendiri kita boleh nilaikan. Mohon pemerintah dengar lah rintihan rakyat, renungkan masa depan negara andai keegoaan ini terus dipertahankan.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??