Saturday, June 30, 2012

Umpan belum mengena??

Lepas satu, satu bantuan ala2 pancing undi telah diumumkan oleh PM Najib kepada rakyat. Terbaru, PM Najib meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta dana khas untuk membiayai kos kelas tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum nanti. Kelas tuisyen tersebut akan di beri secara percuma kepada semua pelajar dan di beri nama i-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M).


Wa tak pertikaikan pun peruntukan yang dah dia bagi tu. Benda untuk pelajaran, dah tentu wa sokong demi kebaikan bersama tapi yang wa tak puashati ialah,kenapa baru sekarang pihak Umno/BN yang menerajui kerajaan baru nampak tentang isu pendidikan ni. Selama ini adakah mereka semua tidur tanpa memperdulikan nasib rakyatnya yang tercicir dalam aspek pendidikan.


Dan isu ni wa tak heran sikit pun kenapa pihak Umno/BN terpaksa copy paste kan dari Buku Jingga. Antara sebab utama ialah tawaran dalam Buku Jingga yang menarik kepada rakyat andainya PRU kali ini rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pulak. Tawaran yang di buat bukan sahaja seperti menikam jantung Umno/BN malah mereka pulak yang terpaksa cilok apa yang di tawarkan oleh Pakatan kepada rakyat dan dijadikan modal untuk kempen pilihanraya mereka setiap hari di media arus perdana.


Program terbaru ciptaan terbaru PM Najib yang menggambarkan kearah pendidikan percuma yang di cadangkan oleh Pakatan andai berjaya menumbangkan Umno/BN dalam PRU akan datang telah bermula di negeri Selangor, yang paling berharga dalam Malaysia yang di impi2kan untuk di rampas kembali apabila selesai PRU nanti. 


Selangor menjadi bench mark kepada KPI pentadbiran PM Najib. Jika gagal merampas kembali Selangor, kredibiliti PM Najib akan tercalar dengan lebih teruk lagi. Sudah la sekarang ni ramai ahli2 Umno yang cukup2 meluat dengan tingkah laku bini kedua kesayangan PM Najib yang dilihat seperti queen control dan segala tindak tanduk yang dibuat oleh PM Najib mestilah mendapat perkenan dari bini kedua kesayangan dia dulu.


Wa rasa di sebabkan isu PTPTN yang hangat di perdebatkan beberapa minggu lepas hingga membabitkan pentadbiran negeri Selangor terpaksa campur tangan apabila UNISEL yang dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan di sekat pinjaman kepada pelajarnya kerana mencabar pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk merealisasikan pendidikan percuma yang di cadangkan oleh Pakatan dalam Buku Jingga. 


Apabila menyedari kesilapan yang dah dipertontonkan kepada rakyat, bahawa mereka ini mengamalkan politik dendam, berhati busuk, hasad dengki dan macam2 lagi niat buruk, ini mungkin cubaan untuk memenangi kembali hati rakyat Selangor yang sedikit terguris dengan cadangan dan tindakan oleh Ahli Parlimen yang mewakili Umno supaya pinjaman PTPTN kepada UNISEL di tarik balik atau di bekukan.


Kau bagi la apapun, kau janji la apapun, rakyat akan tetap menerima bantuan tersebut kerana itu adalah hak mereka. Hak mereka sebagai rakyat dengan melantik ahli2 Parlimen bagi membela nasib mereka semua, Bukan buat duit dengan mengaut semua kontrak kerajaan.


Hingga kini rasanya PM Najib masih belum sedar lagi. Rakyat penentu dan dia yang memegang jawatan PM adalah kuli kepada rakyat. Bukan tuan. Kuli yang sepatutnya berusaha supaya kebajikan rakyat semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum untuk sama2 terpelihara dan terbela. Sepatutnya dia tidak harus meminta supaya rakyat bersyukur kepada mereka, sebaliknya mereka yang patut bersyukur kerana dalam PRU12 yang lepas rakyat masih memberi mandat kepada mereka walaupun melalui cara yang tidak demokratik seperti yang terjadi di Perak yang telah mewujudkan konflik perlembagaan yang hingga kini masih belum selesai.


Pokok pangkal segala bantuan segera yang dibuat secara tergesa2 kebanyakkannya atau bagi ahli2 Umno totok, kebetulan tercilok dari isi yang terkandung dalam Buku Jingga hasil kesepakatan bersama parti2 pembangkang di dalam Malaysia. Jika semua yang terkandung dalam Buku Jingga ciptaan Pakatan Rakyat dilaksanakan oleh Umno/BN yang menerajui kerajaan pun sudah boleh dikatakan separuh dari perjuangan Pakatan telah dilaksana. Apa2 saja yang menguntungkan semua golongan rakyat biasa, wa akan senantiasa sokong.

Friday, June 29, 2012

Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan tersebut dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana2 pihak menerima atau menawarkan komisyen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh PM Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan dan ia pula disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.
Walaupun PM Najib telah menafikan wujud apa2 jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno/BN, agensi2 kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah yang tercipta diatas urusan urusniaga tersebut. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.
“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancar,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.
SUARAM juga telah berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan menyatakan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi oleh PM Najib itu.
Bukan sahaja kapal2 selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai2 Malaysia, termasuk PM Najib dan Razak Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.
Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya yang telah dijanjikan, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.
Dua bekas pengawal peribadi PM Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.
Walaupun majlis makan malam pada hari Jumaat berjaya, pegawai2 SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya berjalan hingga ke akhirnya.
Selepas Jalbir, semua akan menunggu pula bila mahkamah Perancis akan memanggil Razak Baginda, PM Najib dan Menteri Pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Razak Baginda dan PM Najib.
“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.
Derma boleh disampaikan kepada SUARAM dalam bentuk cek dan juga pemindahan wang di atas talian kepada:
Nama akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD
Nama bank: Maybank Bhd
Nombor akaun: 5122 9582 0324
Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau hubungi SUARAM di 03 77843525/ Sarah +013-3470860
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari
Laman web: www.suaram.net
Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Twitter: SuaramTweets

Akta hasutan, tak boleh di cabar!!

Bagi wa ni cuma akta yang di perkenalkan bagi menyekat Pakatan Rakyat yang nampaknya betul2 mempergunakan medium media baru sepenuhnya bagi menyampaikan maklumat terkini atau apa saja info terbaru kepada rakyat bagi menangkis serangan yang di buat oleh pihak Umno/BN dengan mengguakan media arus perdana.


Laporan pasal berita tu semua boleh baca kat sini. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang2 sedemikian tidak boleh dicabar. Tapi undang2 yang telah tercatit dalam Al Quran sejak sekian lama tu mana pulak nak di campaknya.


Kalau nak kira menghasut, TV3suku, Utusan dan yang sealiran dengan nya lebih teruk menghasut. Malah hari2 ada sahaja berita yang di utarakan dalam bentuk hasutan supaya rakyat membenci Pakatan Rakyat dan hanya percaya kepada media kepunyaan mereka sahaja. Tapi hingga kini akta tersebut tetap kebal bagi mereka kerana tak pernah didakwa pun menggunakan akta tersebut.


Era pemerintahan PM Najib ni la aktiviti rasuah yang bermula ketika era zaman Tun Madey bertambah parah tak mampu untuk dikawal lagi dalam Umno sebab tak ada usaha2 untuk membendung gejala ini dari berterusan. Mereka lebih gemar untuk memperkenalkan akta baru yang boleh menjadi tembok untuk menghalang tembelang mereka dari terdedah.


Semua agensi kerajaan di kerahkan untuk melakukan tindakan yang dilihat cubaan untuk melindungi pemimpin yang korup termasuk SKMM  bagi menyekat penyebaran maklumat melalui internet yang mana medium ini sekarang menjadi medium utama pencarian maklumat berhubung sebarang isu yang melanda negara.


Wa cukup2 pelik sesangat dengan Umno/BN ni bila terlampau mengagung2kan akta yang telah di cipta penjajah sejak dari tahun 1948 lagi. Akta lapok yang sepatutnya dah tak di pakai lagi sebab dah tak relevan dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang ni.



Monday, June 25, 2012

Kantoi lagi...

Halamak!!!! 
Macam mana plan yang di rancang kali ni boleh kantoi pulak ni? Tak kaw tim betul2 ke dengan yang empunya diri ke sebelum menghebahkan cerita ni pasal kes akuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR),  Datuk Razak Idris. Makin teruk tembelang Umno pecah satu persatu menjelang tarikh akhir riwayat pemerintahan yang ntah hapa2 ntah tu.


Paling memalukan bila bekas Pengarah Siasatan badan Pencegahan Rasuah ni menafikan sekeras2nya dakwaan oleh 2 akhbar pecacai milik Umno dan sekutunya bahawa dia di paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu akuan bersumpah bagi membersihkan nama DSAI kononnya RM3 bilion akaun bank tidak wujud seperti didakwa.


Lebih memalukan bila Datuk Razak mengaku bahawa arahan untuk mengeluarkan akuan bersumpah tersebut adalah idea dan ilham dari Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sendiri. 


Tindakan itu terpaksa dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi mengelakkan diri dia serta pegawai dia dari di sapina oleh DSAI sebagai saksi plaintif bagi kes saman sivil yang telah dibuat oleh DSAI terhadap akhbar News Strait Times.


Berikutan pendedahan ini, kredibiliti SPRM yang dulunya BPR makin bertambah merudum apabila agensi yang diharapkan untuk membendung kegiatan rasuah sendiri melanggar peraturan hanya kerana mahu menjaga tuannya dari di heret sama ke mahkamah.


Buat masa sekarang, kita nantikan apa pulak tindakan yang akan di ambil oleh pihak pendakwaraya negara ini terhadap pendedahan yang telah di buat oleh bekas orang kuat SPRM ini sendiri.


Makin bertambah la duit DSAI nampak gayanya. Boleh jugak dibuat modal untuk menghadapi pilihanraya. bukan setakat DSAI jer yang akan dapat duit terpijak, Abang Mat Sabu pun nampak gayanya akan dapat duit free jugak. 


Pemimpin Pakatan ramai yang akan jadi orang kaya segera jika mainan fitnah seperti ini tak di hentikan oleh pihak lawan yang ketandusan idea bagi menangani kebangkitan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran negara.

Sunday, June 24, 2012

Umno 'tak betoi'??


Ek eleh!! Makin mengarut la PM Najib punya statement ni lately. Dah makin melalut untuk cuba meraih perhatian kaum2 lain terutamanya kaum cina yang ternyata 100% sudah menolak Umno/BN. 


Hari ni PM Najib menyeru kepada kaum cina supaya tidak tersinggung dengan kenyataan yang melabelkan mereka sebagai kaum pendatang. Memang la PM Najib boleh kata macam tu sebab musabab utama dia berkata macam tu ialah sebab dia berada di hadapan lebih 2000 anak muda cina di Universiti Malaya.


Persoalan yang masih belum terjawab oleh PM Najib ialah, siapa kah golongan yang berkata cina adalah kaum pendatang tu? Bukan ke Umno terutamanya melalui proksi NGO mereka, Perkasa. 


Paling lawak sekali bila PM Najib kata golongan yang panggil kaum cina sebagai kaum pendatang adalah terdiri dari golongan 'orang yang tak berapa betoi'. Bermakna jugak PM Najib telah mengutuk ahli2 Umno dan Perkasa dengan mengatakan bahawa mereka ini terdiri dari golongan yang tak berapa nak betoi atau lebih tepat lagi golongan orang gila.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh...


Cukup sesuai kerana jika golongan tu tak berapa betoi, maknanya lagi PM Najib adalah kepala atau ketua kepada golongan orang2 yang tak berapa nak betoi..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Lu orang bleh baca kat sini dan nilaikan sendiri lah pendirian seorang PM yang flip flop mengikut telunjuk bini kedua kesayangan dia..

SPRM : Cepat dan tangkas..


Isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dah mendapat perhatian dari pihak SPRM memandangkan dia adalah S/U kepada MB Selangor yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.


Apakah kes Faekah ini telah di buat laporan oleh pihak tertentu? Kalau belum, bermakna SPRM ni bertindak berdasarkan apa sampaikan nak memantau perkembangan terbaru kes berkenaan isu ni.


Sungguh efisien dan tangkas pihak SPRM menangani kes, tapi kes2 yang hanya melibatkan dari pihak Pakatan Rakyat sahaja la. Sebagai contoh, kek MB Kelantan dan isu Kepala Lembu MB Selangor dulu.


Lu orang boleh baca laporan pasal SPRM ni dari paper jamban milik Umno ni. Lu orang boleh baca jer, percaya jangan sebab paper ni terang2 penabur fitnah terhebat abad ini.

Sejarah : Kenapa Brunei tidak bersama Malaysia???



Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.


Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.


Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.


Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.


Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.


Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.


Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"


Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?


Andaian aku:
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sumber : Di cilok dari sini

Friday, June 22, 2012

Sistem perundangan jadi talian hayat...


Akhirnya talian hayat melalui proses perundangan di gunakan oleh pihak Umno yang menerajui kerajaan bagi menutup pekung busuk perbuatan mereka yang kian terdedah kerana sifat ketamakan yang telah memakan diri.


Isu kes yang membabitkan MAS dianggap selesai bila mahkamah membenarkan permohonan MAS dan dua syarikat lagi membatalkan saman mereka terhadap bekas Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Tajudin Ramli. 


Bukan main senang lagi orang2 yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno untuk lepaskan diri dari dikenakan denda dan tindakan mahkamah. Bagaimana pulak dengan duit rakyat yang telah hangus di 'faraid' kan antara mereka? Siapa yang nak tanggung kerugian tu? Dah tentu la sama dengan slogan PM Najib, 'Rakyat Didahulukan' la..


Sama la jugak kes nya dengan projek NFC. Tetapi kes NFC dah tak ter'cover' lagi sebab tak logik langsung kalau menggunakan akal manusia yang normal. Dana di beri untuk [projek penternakan lembu tetapi kondo pulak yang di belinya. Kan ke jauh sangat antara projek lembu dengan kondo. Tu sebab Pak Menteri yang bertanggungjawab semua pakat2 membisu cuba mengelak untuk dikaitkan dengan NFC.


Tinggal la Pengerusi NFC bersama isterinya yang jugak seorang Menteri lantikan ikut pintu belakang tu terkontang kanting nak menepis semua masalah yang melanda mereka serta keluarga mereka. 


Memula ada jugak 2,3 orang pemimpin Umno yang cuba nak back up Menteri dengan suami dia ni tetapi bila pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh pihak Pakatan terutama dari PKR, mereka terpaksa angkat kaki kerana takut dikaitkan sama dengan isu NFC yang menggemparkan negara tu.


Tapi hingga kini, proses pendakwaan dan siasatan terhadap NFC kelihatan berjalan terlalu perlahan. Bagi wa, ini pun salah satu cubaan untuk menyenyapkan isu ini dari di perdebatkan dikalangan rakyat. 


Akhirnya hari ni pihak polis mendapat arahan untuk menyita 4 aset milik NFC. 4 aset yang disita itu ialah 2 unit kondominium di One Menerung dan 2 unit lot tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Putrajaya. Tu belum lagi kes ni di ekstradisi kan ke Singapura. Banyak lagi aset2 NFC yang telah di laburkan di negara jiran terbabit.


Kini apa yang wa nampak seolah2 pihak perundangan negara dijadikan talian hayat pilihan terakhir untuk menyelamatkan pemimpin yang masih mengidam untuk merembat lagi harta rakyat untuk di milikperibadi kan.


Apa nak heran dengan duit2 rakyat yang di kumpul melalui pelbagai hasil, duit zakat pun mereka rembat untuk buat bayar yuran guaman mereka, lagi malu dan keji. Sedangkan yang betul2 memerlukan duit zakat bagi membantu 8 golongan asnaf masih belum lagi di jalankan dengan lebih sistematik.


Kalau rakyat nak tau betapa banyak pekung busuk yang masih belum terdedah, sila beri undi anda kepada Pakatan dalam PRU 13 nanti. Lepas tu kita sama2 korek segala pekung busuk yang selama ini berjaya di kambus tanpa dapat di bawa ke muka pengadilan di sebabkan kuasa perundangan pun berada di tangan Pak Menteri yang dilantik di kalangan mereka sendiri.

Wednesday, June 20, 2012

Demam bola : Malaysia hanya tumpang kemeriahan..


Ditengah kehangatan EURO 2012 yang berlangsung di Ukraine dan Poland, wa terpikir sejenak tentang nasib bolasepak tempatan. Bila agaknya pasukan bolasepak Malaysia akan menikmati dan merasai pengalaman bertanding dalam pertandingan yang kompetatif seperti Euro dan jugak World Cup.


Wa rasa cukup malu bila negara kita kini berada di ranking yang lebih bawah dari Bangladesh. Bayangkan Bangladesh yang serba kekurangan infrastruktur pun mampu untuk memintas Malaysia dari segi ranking kedudukan bolasepak antara negara2 yang bernaung di bawah FIFA.


Nak kata Malaysia kekurangan dana, wa rasa dah terlebih2 dah dana yang di sumbangkan untuk kemajuan bolasepak negara tapi hasilnya masih tetap berada di takuk lama. Wa bukan berniat nak kritik sesapa pun tapi bila tengok negara2 yang dulunya diratah lumat oleh Malaysia mampu lebih maju malah mempunyai para pemain yang bertaraf dunia berbanding Malaysia. Mana kemajuan yang dibawa oleh persatuan sukan berkenaan? Apa prospek masa depan yang sesuai untuk diterapkan dalam persatuan demi memastikan negara mampu bersaing dengan negara2 lain di dunia.


Nak kata negara kekurangan infrastruktur, di mana2 saja ada padang permainan serta padang bolasepak. Dalam setiap daerah saja ada beberapa padang utama. Yang kurang ada adalah program pembangunan sukan dalam setiap daerah.


Hari ni pulak, bekas pemain dan pengulas sukan negara, Shebby Singh telah dilantik sebagai Pengarah Kelab Bolasepak Inggeris, Blackburn Rovers. Seorang lagi pakar sukan dan jugak aktivis sukan telah mencurahkan tenaga dan buah fikiran dia kepada kelab luar yang nyata akan menguntungkan negara itu sahaja. Sedangkan jika khidmat bakti dia ditaburkan kepada skuad kebangsaan negara, kan lebih baik. 


Dulu pernah ada ura2 untuk membawa pulang bekas pemain bolasepak kebangsaan yang kini menjadi jurulatih kelab di Jerman kembali mencurah bakti kepada negara tetapi nampaknya dia lebih rela berbakti kepada kelab negara luar. 


Wa tak salah mereka menabur bakti kepada kelab luar tetapi yang menjadi persoalan dalam kepala hotak wa ni, kenapa perkara sebegini terjadi? Apakah mereka tak patriotik? Adakah mereka tidak sayangkan negara mereka sendiri? Atau ada sesuatu di sini yang menyekat suara mereka dan cara mereka mengendalikan pasukan kebangsaan yang tidak dipersetujui hinggakan membuatkan mereka2 yang seangkatan dengan kedua2 jurulatih ini semakin menjauhkan diri dengan pihak persatuan?


Para pemain bolasepak kebangsaan tidak boleh disalahkan 100% walaupun yang bermain diatas padang ialah mereka. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengkaji kaedah mana yang sesuai demi memajukan bolasepak dan bukan hanya menjadi pengampu dan mengikut telunjuk golongan eksekutif. 


Sepatutnya setiap kali selepas apa2 pertandingan pun, post morterm haruslah dibuat untuk mengkaji kelemahan2 yang dapat dikesan melaui pertandingan. Dan penambahbaikan perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah pasukan bolasepak kebangsaan. Tetapi semua tu wa tau Malaysia pun ada buat tetapi yang tak dibuatnya penambahbaikan tu la. Kalau buat, pasti ada peningkatan demi peningkatan dalam setiap pertandingan. Tapi itu kita tak pernah nampak pun. Yang nampak tahap kita tetap mendatar tanpa ada perubahan.


Wa bukan anti pasukan bolasepak kebangsaan tapi wa sedih la dengan nasib bolasepak tempatan ni. Dan bukan niat wa untuk mengata sesiapa yang ada dalam persatuan bolasepak negara cuma, kalau tak tau buat kerja, atau hanya mahu jawatan kerana ada imbuhan lebih baik lepaskan jer la jawatan tu. Bagi kepada mereka2 yang benar2 layak, yang memang berasal dari pemain bolasepak sendiri bagi mengaturkan perjalanan bolasepak negara sambil dibantu oleh pihak pengurusan.


Kat Malaysia ni pelik sikit sebab jawatan2 utama dalam persatuan bolasepak negara di sandang oleh mereka2 yang tak main bola, tak tau pasal bola malah mungkin tak pernah pun main bola. Disebabkan ada jawatan dalam politik, ada keturunan darah raja maka jawatan yang sepatutnya di sandang oleh bekas atlet sukan telah ditawarkan kepada mereka2 ini. Meletakkan sesuatu yang pada bukan tempatnya ialah perbuatan zalim, apakah kita pun sama2 zalim kepada negara kerana mempertahankan sistem ini? 
Sendiri mau ingat la bro...!!!

Tuesday, June 19, 2012

Najib gagal buktikan BERSIH 3.0 mahu gulingkan kerajaan..


Sampai hari ini, tiada satu bukti pun menunjukkan perhimpunan BERSIH 3.0 adalah cubaan untuk merampas kuasa atau menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tidak menghairankan apabila tidak ada seorang menteri pun yang berani meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan yang liar dan tidak berasas beliau bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu adalah satu cubaan Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, para menteri tentunya bersetuju bahawa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, gagal menunjukkan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan dakwaan karut yang tidak munasabah itu.

Menurutnya, walaupun dakwaan liar Najib itu disokong oleh tiga bekas Ketua Polis Negara –  Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan – dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang diminta menjelaskannya di di Parlimen minggu lalu, tidak seorang pun dapat membuktikan tuduhan mereka yang sama sekali tidak berasas itu.

“Tetapi di khalayak ramai, tidak ada seorang pun menteri yang berani untuk menyatakan bahawa Najib hanya pentingkan imejnya dan takut kepada persepsi umum. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berani mengatakan dakwaan untuk menggulingkan kerajaan sebagai tidak berasas,” ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib dan semua menteri Kabinetnya tidak berani mengemukakan bukti serta takut untuk minta maaf atas dakwaan karut tersebut, sebaliknya menjadikan Parlimen pada minggu lalu sebagai medan menyebarkan fitnah.

“Menteri-menteri Najib dan penyokong-penyokong tegar BN terus memfitnah dan mencemuh ratusan ribu peserta BERSIH 3.0 terutama sekali dengan kenyataan Nazri bahawa ‘garam dan botol air” boleh menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

“Najib mesti sedar bahawa tindak-tanduk beliau sekarang sedang membawa padah kepada Barisan Nasional dengan lemparan tohmahan yang karut dan tidak munasabah terhadap perhimpunan BERSIH 3.0,” tambah beliau.

Katanya, UMNO dan BN akan menerima akibat daripada amalan politik kotor yang tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya yang akan datang apabila rakyat akan menentukan masa depan mereka.


Sumber : Roketkini.Com

Polis serbu pejabat khidmat DUN dan parlimen Nizar berkaitan isu WWW1

Hari ini sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang ,Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer. kesemua komputer di perjabat tersebut diambil untuk siasatan kes .

Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1..

Satu persoalan yang bermain difikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia  sekarang ini. Kenapa  bergitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini.
Kalau bergini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua ,ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti

Sumber : mediaperak.com
  

Monday, June 18, 2012

Skandal Scorpene: Orang kanan Razak Baginda disepina mahkamah Perancis


Sepina pertama yang dikeluarkan mahkamah Perancis dalam siasatan skandal pembelian kapal selam Scorpene telah ditujukan kepada Jasbir Singh Chahl, orang kanan pakar penyelidik pertahanan Razak Baginda.

Sepina tersebut sudah pun dihantar kepada Jasbir yang sudah pun menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan itu, kata penyelaras badan hak asasi manusia SUARAM, Cynthia Gabriel.

Berucap dalam majlis makan malam untuk meraih dana bagi membiaya litigasi SUARAM di Perancis, Cynthia berkata, semuanya sedang berlaku dengan cepat dan saksi-saksi sedang dipanggil.

Menurutnya, SUARAM telah menamakan tujuh saksi kepada Hakim Penyiasat Roger Le Loire; iaitu Razak Baginda, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh Chahl, Lodin Wok dan isteri kepada Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

“Dulu Zahid kata dia sedia beri keterangan di mahkamah, sekarang dia kata tak perlu jawab pertuduhan itu,” ulasnya, menegaskan bahawa sepina-sepina sedang dikeluarkan untuk memanggil saksi-saksi berkaitan kes korupsi pembelian kapal selam tersebut.

Kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan RM6.7 billion wang rakyat, dan masih diselubungi misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yang turut hadir dan berucap di dalam majlis tersebut menyebut bahawa sudah setelah bertahun-tahun kerajaan Malaysia menafikan dakwaan ini, kini sudah semakin banyak fakta baru hasil pendedahan dokumen-dokumen yang sedang disiasat.

“Dakwaan Razak Baginda yang mengatakan amaun tersebut adalah untuk perkhidmatan logistik adalah tidak benar sama sekali. Sekarang kita dapat tahu bahawa komisyen bukan hanya dibayar kepada Perimekar tetapi juga membayar tambahan RM142 juta kepada satu lagi syarikat iaitu Terasasi,” kata beliau kepada hadirin yang memenuhi Dewan Bankuet MBPJ itu.

Pada sidang Dewan Rakyat Jun 2010, Dewan telah diberitahu oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa sebanyak 1.34 billion Euro (RM6.7 billion) digunakan untuk membeli dua buah kapal selamScorpene.

Kontroversi berkaitan kapal selam ini timbul apabila dana rakyat bernilai RM6.7 billion digunakan bagi membeli dua buah kapal selam, sedangkan kerajaan Thailand cuma perlu mengeluarkan RM770 juta sahaja bagi enam buah kapal selam.

Sumber : Roketkini.Com

Sunday, June 17, 2012

Misteri tarikh keramat PRU 13??

Wa memeng betul2 pelik la dengan pimpinan kerajaan sekarang. Mandat untuk memerintah cuma tinggal beberapa bulan jer lagi, tapi sampai la ni masih belum berani nak tetap kan pendirian untuk menetapkan tarikh keramat mutakhir untuk membubarkan parlimen bagi pilihanraya umum ke 13 di jalankan.


Macam2 teka-teki dah dipertontonkan. Bermula dengan bakal diadakan pada bulan November atau Disember 2011, namun kini sudah pertengahan bulan Jun 2012, masih belum nampak tanda2 kemenagan akan berpihak kepada Umno/BN, maka hingga kini jugak tarikh mutakhir pilihanraya masih tetap menjadi teka teki.


Kini, ada pulak desas desus PRU13 akan diadakan semasa musim haji. Ni lagi satu bentuk keterdesakan Umno/BN untuk memainkan talian hayat. Inspirasi dari mana pun tak tahu la yang terlintas di pemikiran pak menteri. Mungkin ini atas penasihat RM77juta, APCO kot.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Pak Mufti Perlis ada meluahkan pendapat kat dalam Sinar Harian. Wa 2,3 minggu sudah ada terdengar Pak Mufti ni akan di ambil tindakan tapi tak konfom la lagi. Wa pun cuma terdengar khabar angin jer, betul tak betul wa tak tau la. Tapi bila kenyataan dia ni dah terkeluar kat dalam Sinar, takkan Pak Menteri buat tak tau jer. Ni Pak Mufti Umno sendiri yang tegur ni bhai. Dan kemungkinan statement ini jugak bakal di ambik tindakan rasanya..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Yang pasti, tarikh PRU13 masih menjadi rahsia antara PM Najib dan bini keduanya. Sekarang cukup kelihatan yang PM Najib benar2 dalam keadaan terdesak. Dengan mandat yang semakin suntuk, dengan perbicaraan mahkamah antarabangsa, dengan bakal menantu buat hal menambahkan lagi bebanan yang terpaksa di pikul oleh PM Najib. Tu belum masuk lagi tabiat perbelanjaan yang 'menjimatkan' oleh bini dia. mau pengsan kalau dibuatnya nak menggatal pergi shopping dekat2 nak PRU13 ni.


Paling terbaru yang menggoncangkan jantung PM Najib bila ada khabar angin yang mengatakan akan ada 6 pemimpin BN Sabah termasuk 2 orang yang berstatus MP akan melompat masuk ke dalam PKR. Walaupun wa tak suka budaya lompat ni, tapi perkara ni benar2 sesuatu yang amat menakutkan PM Najib dan bagi wa, ianya sesuatu yang lawak bila tengok gelagat PM yang menggelupur bila di cuit.


Suka tak suka, ketaq tak ketaq, PRU akan tetap dijalankan jika sampai masa tamat edahnya. Pergolakan di Sabah menambahkan kegusaran Umno/BN untuk mendapat undi majoriti didalam parlimen dalam PRU 13 nanti. 


Itu dekat BN Sabah. Kat dalam Umno sama ada di pusat atau negeri sendiri pun tengah bergaduh nak berebut kerusi dan nak jadi calon kat kawasan selamat sahaja. Itu pendedahan yang telah di buat oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan jugak bekas menteri penuh semasa era Tun Madey memerintah dulu, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Walaupun wa sikit pun tak percaya kat dia, tetapi pendedahan yang dibuat merupakan point2 kotor yang Umno/BN gunakan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


Walaupun bagaimana sekali terdesaknya PM Najib untuk menentukan tarikh keramat pilihanraya, jangan sampai sanggup untuk menaniaya rakyat dengan mencabuli hak mereka untuk membuang undi kerana pertindihan dengan tarikh musim haji. Dengan mengumumkan pembubaran parlimen dan tarikh di tetapkan pada musim haji, maka Umno/BN telah menafikan hak 25,000 rakyat Malaysia yang menerima jemputan untuk menunaikan haji di Mekah.


Jugak kelihatan kini, semakin lama ditangguhkan pilihanraya, semakin banyak penyelewengan yang terdedah. Semakin ramai berani untuk mengistiharkan diri untuk keluar dari Umno kerana tidak pernah belajar dari kesilapan dan tidak mahu berubah. Masih tetap dengan ideologi kapitalis yang semakin menekan rakyat.


Rakyat jugak sudah bijak menilai dan menentukan pilihan yang mana lebih baik dalam menguruskan sebuah kerajaan. Jika dulu hanya Kelantan sahaja yang mampu untuk di tawan, tetapi bila negeri2 lain pun berjaya di tawan, dengan pengurusan kewangan dan berbelanja secara berhemah, setiap negeri2 yang di perintah PR didapati berada pada kedudukan yang terbaik antara negeri2 yang di perintah Umno/BN. Termasuk hutang yang dibuat semasa pemerintahan Umno/BN semakin susut dan jugak terdapat lebihan perbelanjaan semasa perbentangan budget untuk setiap negeri.



Ribut taufan melanda Sabah??

Cerita pasal ribut ni dah agak lama dah wa save dalam draf, la ni baru wa berkelapangan untuk duduk mengadap laptop. Berita ni pun wa aku cilok dari forblogger.net dan gambar waktu kejadian yg sempat dirakam kan oleh blog tersebut. Kalau berdasarkan gambar tersebut, ianya begitu menakutkan.

Wa ingat kat Sabah cuma gelora politik jer, rupa2nya ada amaran yg lebih besar telah di berikan oleh Yang Maha Esa sebagai amaran awal terhadap negara yang tidak ada bencana alam, tetapi kini ianya bukan lagi mustahil.














Tu pasal ribut taufan yang berlaku pada 12 hb Jun lepas. hari ni pulak PM bersama bini keduanya pergi melawat Sabah. Sabah yang dulunya menjadi safe deposit Umno/BN kini bukan kawasan selamat bagi mereka lagi. 


Kali ni PM dengan bini keduanya akan jalan2 cari sokongan mungkin akan pusing Sabah dengan helikopter pulak. Kalau datang ke Perak naik bas, ke Penang naik basikal, kali ni Sabah naik la pulak rakit ke, sampan ke..? Baru betul berjiwa rakyat kan?? Boleh baca kat link ni pasal PM lawat Sabah..

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Friday, June 8, 2012

Veteran ATM : Pengorbanan jangan di ungkit??


Aku memang tertarik dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejer Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang mengingatkan kepada semua veteran ATM supaya mereka tidak mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dahulu. Mungkin sebab aku anak bekas anggota tentera menyebabkan aku tersentuh untuk memberi ulasan mengenai perkara ini.
Ketua Pengarah JHEV mengingatkan para veteran ATM supaya menggunakan saluran yang betul dan jangan mengungkit pengorbanan mereka demi mempertahankan tanahair ini dari penjajah demi untuk meraih bantuan.
OK, aku nak tanya berbaloi ke pengorbanan yang dibuat oleh bekas veteran ATM yang berjuang bermati2an mempertahankan negara hinggakan mendapat kecederaan kekal. Malah terdapat sebutir peluru yang hingga kini masih terlekat ditangan kerana tidak boleh dikeluarkan tapi hanya mendapat pencen kurang upaya berjumlah RM 121.00 sebulan.
Dengan pencen kurang upaya yang bernilai RM121.oo tu, apa yang mampu dibeli untuk menyara kehidupan di masa sekarang?
Saluran mana yang betul2 memperjuangkan nasib veteran ATM ni hinggakan kes sebegini hingga kini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Apakah mereka menunggu untuk melihat veteran ATM tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir baru jasa2 anggota tersebut mahu di nilai?
Mungkin penulisan aku sedikit bias sebab ianya melibatkan bapak aku sendiri tapi hingga kini aku tertanya2, saluran mana yang Ketua Pengarah JHEV ni maksudkan? Nak kata tak ada rekod, dah siap keluar dalam majalah Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) dah pun malahan pada tahun 2001 keluar dalam suratkhabar jamban Utusan Malaysia sempena hari kemerdekaan negara lagi. Tapi jasa dan bakti hanya dinilai pada harga RM121.00 sebulan jer ke?
Dengan kenaikan kos sara hidup yang terlalu berbeza dengan dahulu, tetapi kos pencen tersebut tetap kekal sejak dari tahun awal 80an hingga kini.
Mungkin kerana tak pandai nak mengampu, nak tunjuk hero macam Ali Tinju yang buat senaman bontot di depan rumah Datuk S.Ambiga punya pasal jasa dan pengorbanan anggota veteran ATM macam bapak aku hingga kini tidak diberi perhatian sewajarnya.
Yang paling aku tersentuh dengan ulasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JHEV ni ialah kemungkinan masyarakat akan naik muak dengan perangai veteran ATM ni jika asyik nak mengadu tetapi sedarkah dia bahawa veteran ATM lagi naik muak dengan JHEV yang tak memperdulikan nasib veteran ATM.
Bayangkan aku pernah naik angin kat depan gate JHEV di Mindef  kerana bapak aku tak dibenarkan masuk ke pejabat hanya kerana tidak memakai kasut ala2 tentera. Memang betul dia veteran tentera dan tahu tentang disiplin dalam tentera tetapi kini dia bukan lagi tentera yang sedang bertugas. Dia dah pencen dan sepatutnya tentera yang ada sekarang ni menghargai jasa2 orang2 seperti mereka ni. Sedangkan jasa dia lebih besar dari sepasang kasut. Beginikah layanan yang diberikan kepada veteran yang berjasa kepada negara hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga hanya demi untuk mempertahankan negara.
Perubahan dalam kepimpinan negara harus diubah segera agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kelihatan kini, siapa yang pandai mengampu dan berlakon dengan bijaksana, ditambah pulak dengan effect yang canggih, maka orang itu la yang akan dianggap sebagai wira negara sedangkan bila berhadapan dengan musuh, dia yang cabut lari lintang pukang dulu.
Disini aku nak tegaskan bahawa veteran ATM bukan nak mintak simpati atau menjaja cerita sedih tetapi aku disini cuma nak memberitahu agar hormati dan hargai jasa pejuang sebenar, bukan pengampu. Nilaikan perjuangan mereka dengan nilai yang sewajarnya, bukan dengan hanya beras sekampit setiap 5 tahun, kain pelikat sehelai setiap 5 tahun dan milo setin jugak setiap 5 tahun. Mereka bukan hanya hidup setiap 5 tahun sekali tetapi memerlukan keperluan harian sama seperti rakyat2 yang lain..


sumber : mediaperak.com
.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...