Friday, June 22, 2012

Sistem perundangan jadi talian hayat...


Akhirnya talian hayat melalui proses perundangan di gunakan oleh pihak Umno yang menerajui kerajaan bagi menutup pekung busuk perbuatan mereka yang kian terdedah kerana sifat ketamakan yang telah memakan diri.


Isu kes yang membabitkan MAS dianggap selesai bila mahkamah membenarkan permohonan MAS dan dua syarikat lagi membatalkan saman mereka terhadap bekas Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Tajudin Ramli. 


Bukan main senang lagi orang2 yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno untuk lepaskan diri dari dikenakan denda dan tindakan mahkamah. Bagaimana pulak dengan duit rakyat yang telah hangus di 'faraid' kan antara mereka? Siapa yang nak tanggung kerugian tu? Dah tentu la sama dengan slogan PM Najib, 'Rakyat Didahulukan' la..


Sama la jugak kes nya dengan projek NFC. Tetapi kes NFC dah tak ter'cover' lagi sebab tak logik langsung kalau menggunakan akal manusia yang normal. Dana di beri untuk [projek penternakan lembu tetapi kondo pulak yang di belinya. Kan ke jauh sangat antara projek lembu dengan kondo. Tu sebab Pak Menteri yang bertanggungjawab semua pakat2 membisu cuba mengelak untuk dikaitkan dengan NFC.


Tinggal la Pengerusi NFC bersama isterinya yang jugak seorang Menteri lantikan ikut pintu belakang tu terkontang kanting nak menepis semua masalah yang melanda mereka serta keluarga mereka. 


Memula ada jugak 2,3 orang pemimpin Umno yang cuba nak back up Menteri dengan suami dia ni tetapi bila pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh pihak Pakatan terutama dari PKR, mereka terpaksa angkat kaki kerana takut dikaitkan sama dengan isu NFC yang menggemparkan negara tu.


Tapi hingga kini, proses pendakwaan dan siasatan terhadap NFC kelihatan berjalan terlalu perlahan. Bagi wa, ini pun salah satu cubaan untuk menyenyapkan isu ini dari di perdebatkan dikalangan rakyat. 


Akhirnya hari ni pihak polis mendapat arahan untuk menyita 4 aset milik NFC. 4 aset yang disita itu ialah 2 unit kondominium di One Menerung dan 2 unit lot tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Putrajaya. Tu belum lagi kes ni di ekstradisi kan ke Singapura. Banyak lagi aset2 NFC yang telah di laburkan di negara jiran terbabit.


Kini apa yang wa nampak seolah2 pihak perundangan negara dijadikan talian hayat pilihan terakhir untuk menyelamatkan pemimpin yang masih mengidam untuk merembat lagi harta rakyat untuk di milikperibadi kan.


Apa nak heran dengan duit2 rakyat yang di kumpul melalui pelbagai hasil, duit zakat pun mereka rembat untuk buat bayar yuran guaman mereka, lagi malu dan keji. Sedangkan yang betul2 memerlukan duit zakat bagi membantu 8 golongan asnaf masih belum lagi di jalankan dengan lebih sistematik.


Kalau rakyat nak tau betapa banyak pekung busuk yang masih belum terdedah, sila beri undi anda kepada Pakatan dalam PRU 13 nanti. Lepas tu kita sama2 korek segala pekung busuk yang selama ini berjaya di kambus tanpa dapat di bawa ke muka pengadilan di sebabkan kuasa perundangan pun berada di tangan Pak Menteri yang dilantik di kalangan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...