Monday, June 18, 2012

Skandal Scorpene: Orang kanan Razak Baginda disepina mahkamah Perancis


Sepina pertama yang dikeluarkan mahkamah Perancis dalam siasatan skandal pembelian kapal selam Scorpene telah ditujukan kepada Jasbir Singh Chahl, orang kanan pakar penyelidik pertahanan Razak Baginda.

Sepina tersebut sudah pun dihantar kepada Jasbir yang sudah pun menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan itu, kata penyelaras badan hak asasi manusia SUARAM, Cynthia Gabriel.

Berucap dalam majlis makan malam untuk meraih dana bagi membiaya litigasi SUARAM di Perancis, Cynthia berkata, semuanya sedang berlaku dengan cepat dan saksi-saksi sedang dipanggil.

Menurutnya, SUARAM telah menamakan tujuh saksi kepada Hakim Penyiasat Roger Le Loire; iaitu Razak Baginda, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh Chahl, Lodin Wok dan isteri kepada Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

“Dulu Zahid kata dia sedia beri keterangan di mahkamah, sekarang dia kata tak perlu jawab pertuduhan itu,” ulasnya, menegaskan bahawa sepina-sepina sedang dikeluarkan untuk memanggil saksi-saksi berkaitan kes korupsi pembelian kapal selam tersebut.

Kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan RM6.7 billion wang rakyat, dan masih diselubungi misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yang turut hadir dan berucap di dalam majlis tersebut menyebut bahawa sudah setelah bertahun-tahun kerajaan Malaysia menafikan dakwaan ini, kini sudah semakin banyak fakta baru hasil pendedahan dokumen-dokumen yang sedang disiasat.

“Dakwaan Razak Baginda yang mengatakan amaun tersebut adalah untuk perkhidmatan logistik adalah tidak benar sama sekali. Sekarang kita dapat tahu bahawa komisyen bukan hanya dibayar kepada Perimekar tetapi juga membayar tambahan RM142 juta kepada satu lagi syarikat iaitu Terasasi,” kata beliau kepada hadirin yang memenuhi Dewan Bankuet MBPJ itu.

Pada sidang Dewan Rakyat Jun 2010, Dewan telah diberitahu oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa sebanyak 1.34 billion Euro (RM6.7 billion) digunakan untuk membeli dua buah kapal selamScorpene.

Kontroversi berkaitan kapal selam ini timbul apabila dana rakyat bernilai RM6.7 billion digunakan bagi membeli dua buah kapal selam, sedangkan kerajaan Thailand cuma perlu mengeluarkan RM770 juta sahaja bagi enam buah kapal selam.

Sumber : Roketkini.Com

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...