Wa memeng betul2 pelik la dengan pimpinan kerajaan sekarang. Mandat untuk memerintah cuma tinggal beberapa bulan jer lagi, tapi sampai la ni masih belum berani nak tetap kan pendirian untuk menetapkan tarikh keramat mutakhir untuk membubarkan parlimen bagi pilihanraya umum ke 13 di jalankan.
Macam2 teka-teki dah dipertontonkan. Bermula dengan bakal diadakan pada bulan November atau Disember 2011, namun kini sudah pertengahan bulan Jun 2012, masih belum nampak tanda2 kemenagan akan berpihak kepada Umno/BN, maka hingga kini jugak tarikh mutakhir pilihanraya masih tetap menjadi teka teki.
Kini, ada pulak desas desus PRU13 akan diadakan semasa musim haji. Ni lagi satu bentuk keterdesakan Umno/BN untuk memainkan talian hayat. Inspirasi dari mana pun tak tahu la yang terlintas di pemikiran pak menteri. Mungkin ini atas penasihat RM77juta, APCO kot.
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Pak Mufti Perlis ada meluahkan pendapat kat dalam Sinar Harian. Wa 2,3 minggu sudah ada terdengar Pak Mufti ni akan di ambil tindakan tapi tak konfom la lagi. Wa pun cuma terdengar khabar angin jer, betul tak betul wa tak tau la. Tapi bila kenyataan dia ni dah terkeluar kat dalam Sinar, takkan Pak Menteri buat tak tau jer. Ni Pak Mufti Umno sendiri yang tegur ni bhai. Dan kemungkinan statement ini jugak bakal di ambik tindakan rasanya..
keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
Yang pasti, tarikh PRU13 masih menjadi rahsia antara PM Najib dan bini keduanya. Sekarang cukup kelihatan yang PM Najib benar2 dalam keadaan terdesak. Dengan mandat yang semakin suntuk, dengan perbicaraan mahkamah antarabangsa, dengan bakal menantu buat hal menambahkan lagi bebanan yang terpaksa di pikul oleh PM Najib. Tu belum masuk lagi tabiat perbelanjaan yang 'menjimatkan' oleh bini dia. mau pengsan kalau dibuatnya nak menggatal pergi shopping dekat2 nak PRU13 ni.
Paling terbaru yang menggoncangkan jantung PM Najib bila ada khabar angin yang mengatakan akan ada 6 pemimpin BN Sabah termasuk 2 orang yang berstatus MP akan melompat masuk ke dalam PKR. Walaupun wa tak suka budaya lompat ni, tapi perkara ni benar2 sesuatu yang amat menakutkan PM Najib dan bagi wa, ianya sesuatu yang lawak bila tengok gelagat PM yang menggelupur bila di cuit.
Suka tak suka, ketaq tak ketaq, PRU akan tetap dijalankan jika sampai masa tamat edahnya. Pergolakan di Sabah menambahkan kegusaran Umno/BN untuk mendapat undi majoriti didalam parlimen dalam PRU 13 nanti.
Itu dekat BN Sabah. Kat dalam Umno sama ada di pusat atau negeri sendiri pun tengah bergaduh nak berebut kerusi dan nak jadi calon kat kawasan selamat sahaja. Itu pendedahan yang telah di buat oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan jugak bekas menteri penuh semasa era Tun Madey memerintah dulu, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Walaupun wa sikit pun tak percaya kat dia, tetapi pendedahan yang dibuat merupakan point2 kotor yang Umno/BN gunakan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Walaupun bagaimana sekali terdesaknya PM Najib untuk menentukan tarikh keramat pilihanraya, jangan sampai sanggup untuk menaniaya rakyat dengan mencabuli hak mereka untuk membuang undi kerana pertindihan dengan tarikh musim haji. Dengan mengumumkan pembubaran parlimen dan tarikh di tetapkan pada musim haji, maka Umno/BN telah menafikan hak 25,000 rakyat Malaysia yang menerima jemputan untuk menunaikan haji di Mekah.
Jugak kelihatan kini, semakin lama ditangguhkan pilihanraya, semakin banyak penyelewengan yang terdedah. Semakin ramai berani untuk mengistiharkan diri untuk keluar dari Umno kerana tidak pernah belajar dari kesilapan dan tidak mahu berubah. Masih tetap dengan ideologi kapitalis yang semakin menekan rakyat.
Rakyat jugak sudah bijak menilai dan menentukan pilihan yang mana lebih baik dalam menguruskan sebuah kerajaan. Jika dulu hanya Kelantan sahaja yang mampu untuk di tawan, tetapi bila negeri2 lain pun berjaya di tawan, dengan pengurusan kewangan dan berbelanja secara berhemah, setiap negeri2 yang di perintah PR didapati berada pada kedudukan yang terbaik antara negeri2 yang di perintah Umno/BN. Termasuk hutang yang dibuat semasa pemerintahan Umno/BN semakin susut dan jugak terdapat lebihan perbelanjaan semasa perbentangan budget untuk setiap negeri.
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??