Demam bola : Malaysia hanya tumpang kemeriahan..
Ditengah kehangatan EURO 2012 yang berlangsung di Ukraine dan Poland, wa terpikir sejenak tentang nasib bolasepak tempatan. Bila agaknya pasukan bolasepak Malaysia akan menikmati dan merasai pengalaman bertanding dalam pertandingan yang kompetatif seperti Euro dan jugak World Cup.
Wa rasa cukup malu bila negara kita kini berada di ranking yang lebih bawah dari Bangladesh. Bayangkan Bangladesh yang serba kekurangan infrastruktur pun mampu untuk memintas Malaysia dari segi ranking kedudukan bolasepak antara negara2 yang bernaung di bawah FIFA.
Nak kata Malaysia kekurangan dana, wa rasa dah terlebih2 dah dana yang di sumbangkan untuk kemajuan bolasepak negara tapi hasilnya masih tetap berada di takuk lama. Wa bukan berniat nak kritik sesapa pun tapi bila tengok negara2 yang dulunya diratah lumat oleh Malaysia mampu lebih maju malah mempunyai para pemain yang bertaraf dunia berbanding Malaysia. Mana kemajuan yang dibawa oleh persatuan sukan berkenaan? Apa prospek masa depan yang sesuai untuk diterapkan dalam persatuan demi memastikan negara mampu bersaing dengan negara2 lain di dunia.
Nak kata negara kekurangan infrastruktur, di mana2 saja ada padang permainan serta padang bolasepak. Dalam setiap daerah saja ada beberapa padang utama. Yang kurang ada adalah program pembangunan sukan dalam setiap daerah.
Hari ni pulak, bekas pemain dan pengulas sukan negara, Shebby Singh telah dilantik sebagai Pengarah Kelab Bolasepak Inggeris, Blackburn Rovers. Seorang lagi pakar sukan dan jugak aktivis sukan telah mencurahkan tenaga dan buah fikiran dia kepada kelab luar yang nyata akan menguntungkan negara itu sahaja. Sedangkan jika khidmat bakti dia ditaburkan kepada skuad kebangsaan negara, kan lebih baik.
Dulu pernah ada ura2 untuk membawa pulang bekas pemain bolasepak kebangsaan yang kini menjadi jurulatih kelab di Jerman kembali mencurah bakti kepada negara tetapi nampaknya dia lebih rela berbakti kepada kelab negara luar.
Wa tak salah mereka menabur bakti kepada kelab luar tetapi yang menjadi persoalan dalam kepala hotak wa ni, kenapa perkara sebegini terjadi? Apakah mereka tak patriotik? Adakah mereka tidak sayangkan negara mereka sendiri? Atau ada sesuatu di sini yang menyekat suara mereka dan cara mereka mengendalikan pasukan kebangsaan yang tidak dipersetujui hinggakan membuatkan mereka2 yang seangkatan dengan kedua2 jurulatih ini semakin menjauhkan diri dengan pihak persatuan?
Para pemain bolasepak kebangsaan tidak boleh disalahkan 100% walaupun yang bermain diatas padang ialah mereka. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengkaji kaedah mana yang sesuai demi memajukan bolasepak dan bukan hanya menjadi pengampu dan mengikut telunjuk golongan eksekutif.
Sepatutnya setiap kali selepas apa2 pertandingan pun, post morterm haruslah dibuat untuk mengkaji kelemahan2 yang dapat dikesan melaui pertandingan. Dan penambahbaikan perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah pasukan bolasepak kebangsaan. Tetapi semua tu wa tau Malaysia pun ada buat tetapi yang tak dibuatnya penambahbaikan tu la. Kalau buat, pasti ada peningkatan demi peningkatan dalam setiap pertandingan. Tapi itu kita tak pernah nampak pun. Yang nampak tahap kita tetap mendatar tanpa ada perubahan.
Wa bukan anti pasukan bolasepak kebangsaan tapi wa sedih la dengan nasib bolasepak tempatan ni. Dan bukan niat wa untuk mengata sesiapa yang ada dalam persatuan bolasepak negara cuma, kalau tak tau buat kerja, atau hanya mahu jawatan kerana ada imbuhan lebih baik lepaskan jer la jawatan tu. Bagi kepada mereka2 yang benar2 layak, yang memang berasal dari pemain bolasepak sendiri bagi mengaturkan perjalanan bolasepak negara sambil dibantu oleh pihak pengurusan.
Kat Malaysia ni pelik sikit sebab jawatan2 utama dalam persatuan bolasepak negara di sandang oleh mereka2 yang tak main bola, tak tau pasal bola malah mungkin tak pernah pun main bola. Disebabkan ada jawatan dalam politik, ada keturunan darah raja maka jawatan yang sepatutnya di sandang oleh bekas atlet sukan telah ditawarkan kepada mereka2 ini. Meletakkan sesuatu yang pada bukan tempatnya ialah perbuatan zalim, apakah kita pun sama2 zalim kepada negara kerana mempertahankan sistem ini?
Sendiri mau ingat la bro...!!!
hahahaah,
ReplyDeletekalau nak masuk daun dgn FAM lu mesti ada sifat ok sir, alright sir. anything sir. lets tanni.
Kih kih kih kih kih...
ReplyDeleteSampai bila la tak maju kalau camtu...