Friday, June 8, 2012

Veteran ATM : Pengorbanan jangan di ungkit??


Aku memang tertarik dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejer Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang mengingatkan kepada semua veteran ATM supaya mereka tidak mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dahulu. Mungkin sebab aku anak bekas anggota tentera menyebabkan aku tersentuh untuk memberi ulasan mengenai perkara ini.
Ketua Pengarah JHEV mengingatkan para veteran ATM supaya menggunakan saluran yang betul dan jangan mengungkit pengorbanan mereka demi mempertahankan tanahair ini dari penjajah demi untuk meraih bantuan.
OK, aku nak tanya berbaloi ke pengorbanan yang dibuat oleh bekas veteran ATM yang berjuang bermati2an mempertahankan negara hinggakan mendapat kecederaan kekal. Malah terdapat sebutir peluru yang hingga kini masih terlekat ditangan kerana tidak boleh dikeluarkan tapi hanya mendapat pencen kurang upaya berjumlah RM 121.00 sebulan.
Dengan pencen kurang upaya yang bernilai RM121.oo tu, apa yang mampu dibeli untuk menyara kehidupan di masa sekarang?
Saluran mana yang betul2 memperjuangkan nasib veteran ATM ni hinggakan kes sebegini hingga kini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Apakah mereka menunggu untuk melihat veteran ATM tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir baru jasa2 anggota tersebut mahu di nilai?
Mungkin penulisan aku sedikit bias sebab ianya melibatkan bapak aku sendiri tapi hingga kini aku tertanya2, saluran mana yang Ketua Pengarah JHEV ni maksudkan? Nak kata tak ada rekod, dah siap keluar dalam majalah Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) dah pun malahan pada tahun 2001 keluar dalam suratkhabar jamban Utusan Malaysia sempena hari kemerdekaan negara lagi. Tapi jasa dan bakti hanya dinilai pada harga RM121.00 sebulan jer ke?
Dengan kenaikan kos sara hidup yang terlalu berbeza dengan dahulu, tetapi kos pencen tersebut tetap kekal sejak dari tahun awal 80an hingga kini.
Mungkin kerana tak pandai nak mengampu, nak tunjuk hero macam Ali Tinju yang buat senaman bontot di depan rumah Datuk S.Ambiga punya pasal jasa dan pengorbanan anggota veteran ATM macam bapak aku hingga kini tidak diberi perhatian sewajarnya.
Yang paling aku tersentuh dengan ulasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JHEV ni ialah kemungkinan masyarakat akan naik muak dengan perangai veteran ATM ni jika asyik nak mengadu tetapi sedarkah dia bahawa veteran ATM lagi naik muak dengan JHEV yang tak memperdulikan nasib veteran ATM.
Bayangkan aku pernah naik angin kat depan gate JHEV di Mindef  kerana bapak aku tak dibenarkan masuk ke pejabat hanya kerana tidak memakai kasut ala2 tentera. Memang betul dia veteran tentera dan tahu tentang disiplin dalam tentera tetapi kini dia bukan lagi tentera yang sedang bertugas. Dia dah pencen dan sepatutnya tentera yang ada sekarang ni menghargai jasa2 orang2 seperti mereka ni. Sedangkan jasa dia lebih besar dari sepasang kasut. Beginikah layanan yang diberikan kepada veteran yang berjasa kepada negara hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga hanya demi untuk mempertahankan negara.
Perubahan dalam kepimpinan negara harus diubah segera agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kelihatan kini, siapa yang pandai mengampu dan berlakon dengan bijaksana, ditambah pulak dengan effect yang canggih, maka orang itu la yang akan dianggap sebagai wira negara sedangkan bila berhadapan dengan musuh, dia yang cabut lari lintang pukang dulu.
Disini aku nak tegaskan bahawa veteran ATM bukan nak mintak simpati atau menjaja cerita sedih tetapi aku disini cuma nak memberitahu agar hormati dan hargai jasa pejuang sebenar, bukan pengampu. Nilaikan perjuangan mereka dengan nilai yang sewajarnya, bukan dengan hanya beras sekampit setiap 5 tahun, kain pelikat sehelai setiap 5 tahun dan milo setin jugak setiap 5 tahun. Mereka bukan hanya hidup setiap 5 tahun sekali tetapi memerlukan keperluan harian sama seperti rakyat2 yang lain..


sumber : mediaperak.com
.

10 comments:

  1. Siapa yang hgendak disalahkan disini? Saya pernah terpanggil untuk menjawap tohmahan saorang rakyat muda Malaysia yang mempertikaikan Veteran Tentera Malaysia. Kononnya tidak apa apa apa peranan langsung dalam perjuangan mempertahankan negara. Dia tidak tahu menahu tentang perjuangan ATM memerangi Pengganas Kominis di hutan. Dia merasa pelik. Kerajaan seolah-olah tidak mahu rakyat menggetahuinya. RTM dan atau TV swasta lain buat tak peduli aje. Yang dikeluarkan balik balik filrm perang dengan Jepun.

    ReplyDelete
  2. Ex Renjer....Pencen cacat saya cuma rm333 (kaki dipotong hingga paras atas lutut)......nak buat cam mana???????????????????????????????????

    ReplyDelete
  3. Memang kita bekas tentera hanya menjadi anjing kepada pemerintah [pada masa itu ; menjaga pimpinan UMNO dan kroni untuk mengaut kekayaan nbegara untuk mereka saja. Pabila kita tua dan tak bertguna lagi.

    ReplyDelete
  4. Kepada pemimpin2 Pakatan. Dengar rintihan bekas2 tentera kita yang telah banyak mengorbankan tenaga dan nyawa berbakti kepada nusa dan bangsa.Ditakdirkan Pakatan memerintah Malaysia selepas PRU13 ini, pastikan nasib pejuang2 negara ini dibela dan dihargai sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. saya patah tulang belakang..lutut hilang upaya dpt pencen hilang upaya cuma 150.sehari 5 hinggit..nak minta kerja saya faham saya ni sakit.kerja sangat terbatas..

    ReplyDelete
  6. Apa nasib bekas tentera jika pihak JHEV buat endah tak endah dgn penderitaan bekas anggota tentera??
    Bukan mengungkit, tapi hargai la dengan nilai yg sepatutnya.. Jgn biarkan bekas perwira negara sperti tak bernilai..

    ReplyDelete
  7. Kalau anak kroni mampus bapak terus lantik anak walau perangai lebihi syaitan. harap genera zul tidak tidur lena dal;am pelokan pimpinan UMNO yang korup lagi pasiq.

    ReplyDelete
  8. secara seriousnya boleh dikatakan masyarakat masa kini tidak tahu berapa banyak pengorbanan yg pernah di berikan oleh anggota ATM pada zaman penentang PKM sehingga tahun 1089. setiap kali menyambut hari kemerdekaan RTM ulang tayang cerita bukit kepong , tentera British lawan jepun , sarjan hassan. so, secara tidak langsung masyarat tak tahu yg mukli tahun 1969 berlaku nya penentangan PKM terhadap kerajaan malaysia dan ramai anggota pasukan keselamatan tekorban dan cedera. Persatuan bekas tentera yg ada pun tak berapa berkesan untuk membantu bekas tentera disebabkan persatuan ini lebih banyak main politik dari menjadi persatuan kebajikan. maafkan Jeneral Zul sebab dia belum bersara dan dia tak faham lagi apa itu bersara dan apa itu bersara dengan hanya berbekal pencen RM 120.00 sebulan.

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...