Friday, April 19, 2013

Alasan perkauman dalam rundingan kerusi... memalukan!


Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin merakamkan rasa dukacita terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mungkir janji dan meletakkan seorang calon di DUN Semenyih walaupun sebelum ini mereka telah berjanji jika PSM mengunakan logo PKR, maka mereka akan membenarkan PSM bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
SUA PKR Saifuddin Nasution dan R.Sivarasa telah mengatakan PSM boleh bertanding di kawasan PSM dengan syarat menggunakan mana-mana logo parti PR.
Pada 13hb. April 2013, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI). Beliau telah mengulangi pendirian ini dan juga berjanji tidak akan mengumumkan 2 kerusi iaitu Kota Damansara dan Semenyih semasa Majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April 2013. Ini untuk membolehkan PSM berbincang dengan Ahli PSM untuk membolehkan PSM menggunakan logo parti PR.
Pada 14 April 2013, malangnya DSAI telah mengumumkan Sdr Hamidi sebagai calon di DUN Semenyih tetapi telah menangguhkan pengumumkan untuk kerusi DUN Kota Damansara yang disandang oleh Dr. Nasir Hashim
Pada 15 April, Sdr Rafizi dalam satu sidang akhbar telah mengatakan DUN Semenyih belum diputuskan. Pada hari yang sama Sdr Tian Chua mengatakan jika PSM setuju untuk menggunakan logo PKR di DUN Semenyih, maka masalah ini selesai, Pada malam 15 April 2013, JK Nasional PSM setelah mendengar sentimen rakyat dan rayuan PR, bersetuju untuk berdiri di 4 kerusi dengan logo PR.
Pada 16 April 2013, kami telah berjumpa dengan YB Tian Chua dan kami telah memberitahu keputusan JK Nasional PSM yang setuju tanding dibawah logo PKR. YB Tian Chua setelah berjumpa dengan DSAI berkata bahawa maka PKR sudah setuju Dr. Nasir Hashim dan Dr. Jeyakumar bertanding di Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara dengan menggunakan logo PKR. Beliau juga mengatakan bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk membereskan isu Semenyih kerana calon sudah diumumkan. Pada malam 16 April 2013, Sdr Tian Chua mengatakan bahawa Kumpulan Azmin Ali tidak mahu memberi laluan untuk PSM kerana mereka mahukan seorang calon Melayu bertanding disana.
PSM cukup kecewa kerana selain daripada mungkir janji, alasan perkauman digunakan untuk menafikan kerusi Semenyih untuk PSM.
Untuk pengetahuan umum, PKR tidak ada seoarang pun ahli PKR yang pernah bertanding di DUN Semenyih sebelum ini. Calon Melayu pembangkang yang bertanding pada tahun 2004, kalah dengan majoriti lebihkurang 8 ribu berbanding dengan Sdr Arutchelvan yang kalah dengan majoriti lebihkurang 1100. Selain itu Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli juga kalah di DUN Semenyih dalam PRU 2008. Maka persoalan calon Melayu mempunyai advantage bukan satu fakta.
Tindakan PKR yang kini meletakkan calon buat pertama kalinya di DUN Semenyih menimbulkan persoalan tiga penjuru yang cuba dihindar oleh PSM selama ini. Ini juga akan memberi peluang BN menang senang kerusi ini.
PSM tetap akan menyokong PR disemua kerusi lain dan masih berharap UMNO-BN dapat ditewaskan dalam PRU ini. Namun demikian meletakkan calon di Kerusi PSM atas alasan perkauman adalah satu tindakan yang bercanggah dengan hasrat Rakyat Malaysia yang mahu keluar dari belenggu perkauman. Ia juga bercanggah dengan konsep ABU dimana semua kuasa menentang BN bersatupadu. Semoga kepimpinan PR akan memastikan perlawanan satu lawan satu di DUN Semenyih dan tempat-tempat lain.
Kenyataan dikeluarkan oleh
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

2 comments:

  1. Madie bhai...apsal lu tak paste Surat ori dlm blog lu bhai...ni lu taip semula. Entah ye entahkan tidak bhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa copy paste dari blog PSM..
      ada masalah ke??

      Delete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...