Friday, October 12, 2012

Tubuh negara Kristian? Tolong buktikan...


 Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menggesa bekas  timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengemukakan bukti kukuh bagi menyokong dakwaan bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Nasharuddin dilaporkan mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Saifuddin berkata kenyataan demikian menyuburkan budaya politik pertentangan di Malaysia sehingga membawa kepada budaya takut dan curiga-mencurigai dalam masyarakat.

"Kita tahu di Sarawak ada ramai penganut Kristian tetapi sama ada ada atau tidak idea seperti yang disebutkan itu, saya lebih suka tak cakap perkara begitu kecuali saya ada bukti yang kukuh.

"Saya bimbang dan saya tak akan sebut benda begitu kerana saya tak mahu menambah budaya takut.

"Jadi saya harap Nasha ada bukti yang kukuh," katanya kepada Malaysiakini.



Dalam reaksi segera, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan Nasharuddin mewakili pandanganoa orang2  PAS.

Khalid melabelkan dakwaan itu sebagai "politik murahan" dan seperti "direncana pihak luar seperti Umno". 


Sumber : malaysiakini.com

p/s : Woit Nasharudin Mat Isa dan penyokong UG! Hangpa semua ni tak ada perasaan malu ke? Sampaikan ahli MT Umno sendiri pulak yang mintak bukti apa yang hangpa dah lontarkan.

Yang paling wa heran dan pelik sesangat, Majlis Syura Pas boleh pulak bersetuju dengan apa yang telah di sampaikan oleh Nasharudin ni.

Kalau bebetul gentlemen, tunjuk la bukti. Takkan Nasharudin dengan geng dia dah tak percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T kot. Sampaikan doa orang2 Kristian pun depa ni semua takut. Dah depa beragama Kristian, lantak depa nak berdoa camna pun.

Ini merupakan salah satu lagi agenda mengarut yang cuba di tekan bertujuan untuk mengelirukan pemikiran pendokong2 Pas supaya terbit rasa curiga kepada sahabat yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat. Dasar pecah dan perintah cuba di adaptasi melalui bekas Timbalan Presiden yang makin terpesong dari agenda utama Pakatan Rakyat.

1 comment:

  1. assalam admn! aku rasa nasa nie pun nak jadi cam hasan jati gak la tu,nak popula gak.boleh blah la nasa oiii

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...