Sunday, October 21, 2012

PM najib dah jadi Tok Nujum pulak..

Wah!!! Ini sudah cangguh beb!!

PM Najib dah boleh tahu apa yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti. PM Najib awal2 lagi dah warning rakyat jika tak pilih Umno/BN, maka negara akan tergadai dan hancur angkara perbuatan PR.

PM Najib kata negara boleh hancur dalam masa 5 tahun jika PR berjaya menawan Putrajaya dan menjadi pemerintah yang sah dan rakyat tak akan berpeluang lagi untuk menukar kembali tampok pemerintahan negara kepada kerajaan Umno/BN.

Wa nak bagitau kat PM Najib, memang akan hancur, tapi bukan negara tetapi pemimpin2 Umno/BN yang rakus menjual harta negara kepada asing dan segala penyelewengan Umno/BN selama 55 tahun akan terbongkar.

Memang peluang untuk menukar kerajaan akan tertutup sama sekali kerana tembelang yang selama ini di tutup dengan begitu rapi akan terdedah jika Umno/BN gagal untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Jadi ramalan PM Najib tu memang betul dan tepat cuma faktanya sahaja berbeza.

Tak payah la PM Najib nak retorik sangat sedangkan untuk berhadapan dengan Presiden Porno MCA pun dia tak berani. Penghinaan dari MCA tu membuatkan PM Najib membisu seolah2 merestui apa yang di lontarkan oleh Presiden MCA yang begitu biadap bercakap soal Islam.

Inikah PM yang dapat membela umat Islam di kalangan orang2 melayu? Jangan harap la beb!!

Untuk menegur rakan dalam gabungan BN pun dia tak berani, jadi apa rasional dia mampu untuk menahan asakan yang akan bertambah hebat pulak dari negara luar. Perebutan Pulau Batu Putih boleh di jadikan sebagai contoh dimana hingga kini Malaysia masih gagal untuk membuat rayuan di mahkamah antarabangsa untuk kembali menuntut hak ke atas pulau tersebut.

Jadi PM Najib tak payah la nak jadi tok nujum pulak untuk meramal apa yang akan terjadi jika PR pulak yang memerintah negara nanti. Apa yang pasti, segala kebobrokan Umno dan sekutunya akan di korek hingga ke akar umbi untuk mengutip kembali harta negara yang telah di milikan menjadi harta peribadi.

4 comments:

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...