Monday, July 2, 2012

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, Kerabat Di Raja Kelantan..

Ni sambungan dari kisah isteri PM Malaysia yang wa post semalam. Kisah ni pun wa korek dari pakcik google jugak. Pasni mungkin ada versi lain pulak dari pihak Umno.


YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang jugak dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 25 tahun yang lalu.



Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.Cuma selepas suaminya dilantik menjad
i Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, 32 tahun, Puteri Nerlisa, 28 tahun dan Mohd. Naziffuddin, 25 tahun.

Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu 
di Mahkamah Tinggi Syariah. Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Dan pada malam menjelang Hari Raya itu jugak lah PM Najib dan Rosmah pergi ber'honeymoon' di Eropah. Dan menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.



Sumber : mforum.cari.com.my


P/S : Kalau kita rampas hak orang, tak mustahil hak kita pulak akan di rampas oleh orang lain pulak satu hari nanti. Kalau tak kat dunia pun, kat akhirat nanti tanggung la akibatnya..


Bila wa free, wa korek lagi cerita2 past story about our great PM of the history because of his wife...


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh.. 

8 comments:

  1. been there seen dat kena dat also - orang lelaki bila ingat dia dapat yg lg best terus dump kita kata kita gila mcm2 tp bila tak mnjadi datang balik merayu2 kata yg tu pulak gila apa dia ingat kita bodo ke ... yg ni lagi teruk rupa2nya buat baik sbb takut kita tuntut harta sepencarian ... jantan (yg jenis takdak teluq !!!) sekarang ilmu di dada tak cukup

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bm u pon terok gak macam sial.

    ReplyDelete
  4. Dolabuy Balenciaga replica bags uk hop over to this website replica evening bags Extra resources replica bags wholesale india

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...