Wa yang pelik tu, Musa Hasan bagi warning supaya jangan pertikai keputusan tersebut kerana ianya masalah peribadi antara dia dengan Anwar Ibrahim dan orang lain tak payah masuk campur. Apa yang rahsia sampai orang lain tak boleh mabik tahu pun wa tak tau la. Terlalu peeribadi mungkin.
Terbaru cerita Musa Hasan nak buat sidang media di Thailand berkenaan kes pembunuhan model cun dari Monggolia, Altantuya Sharibuu. Apasal nak buat sidang media sampai ke Thailand? Kat Malaysia dah tak selamat ke? Takkan bekas KPN pun takut dengan ugutan kan?
Tapi bila perkara ni terdedah, Musa Hasan menafikan wujud perkara tu. Timbul kemusykilan bila pihak Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) sendiri memuat naik ke laman mereka mengakui bahawa Musa Hasan mahu mengadakan sidang media berkenaan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu di kelab tersebut.

Jadi kalau kerajaan yang ada sekarang ni tumbang, tak mustahil kes tersebut akan di korek semula dan beliau seterusnya akan menjadi sasaran kerana kes tersebut berlaku semasa dia masih laggi memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara.
Daripada di sabitkan kemudian, lebih baik dia selamatkan diri dia dari sekarang, itu pendapat wa la tapi apa pun kita tunggu kerana kebenaran bakal terserlah jugak nanti. Mana mungkin bangkai gajah mampu di tutup begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??