Monday, October 22, 2012

Melalut, meraban tanpa fakta ke proksi penjajah ni??

Apakejadahnya PM Najib nak cabar DAP bertanding kat kawasan yang majoritinya orang2 melayu? Dah tak boleh berfikir dengan lebih rasional ke PM 1 Malaysia ni? Lu orang boleh baca laporan dalam Berita Hairan kat sini.

Lu tak payah la nak sembang tinggi sangat pm Najib oi! Kalau dah berasa kuat dan boleh menang dengan majoriti besar, lu bubarkan jer la parlimen supaya kita semua boleh tau sapa yang paling layak untuk di angkat menjadi kerajaan dengan melaui proses pembuangan undi.

Lagi satu, lu kalau anak jantan, lu pastikan proses pengundian di lakukan secara telus, jujur dan adil. Ada bran? Setakat retorik bercakap depan penyokong sendiri, sapa pun tak respect la bhai.

Dah makin melalut dengan idea haprak dah wa tengok PM Najib, laki Rosmah Mansor ni. Kalau dah majoriti melayu, dah tentu la wakil pun dari orang2 melayu. Apasal Umno tak bertanding kat kawasan majoriti orang2 cina? Kita pun boleh jer kata pulak majoriti orang2 cina dah tolak kepimpinan Umno/BN secara total. Ada bran ke Umno nak bertanding di kawasan orang2 cina? Jangan harap la beb, Umno mana ada teloq sejak dulu lagi. Pernah ke Umno bertanding menggunakan logo parti dia sendiri?

Nak harap Umno pertahankan hak2 melayu, memang dah terbukti hampeh. Cuba lu orang bayangkan nama Umno tu sendiri pun menggunakan gabungan dari perkataan Inggeris. Tu belum lagi kira perkara yang lain2. Sebagai contoh wa bagi banggunan Umno, iaitu PWTC. Pun menggunakan gabungan perkataan dari bahasa penjajah tu. Putra World Trade Centre. Banyak lagi la yang Umno ni mengagungkan bahasa penjajah ni. So, tak salah rasanya kalau Umno ni di gelar sebagai proksi penjajah tu.

Cukup2 la tu PM Najib oi! Umum jer tarikh pembubaran parlimen dalam masa terdekat ni kalau lu dengan parti lu serta gabungan parti2 lu tu anak jantan. Jangan hanya berani di depan penyokong sendiri jer tapi bila ajak berdebat, kecut habis lu punya teloq.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..




No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...