Thursday, October 4, 2012

Nasib pekerja swasta..

Kerajaan yang diterajui oleh Umno/BN masih belum prihatin lagi dengan nasib pekerja di bidang swasta?

Pengumuman Budget 2013 minggu lepas langsung tak sentuh pun tentang imbuhan terhadap pekerja swasta. Dah la akta gaji minima pun terkial2 untuk di perbincangkan, kini sebuk umum pemberian bonus kepada kakitangan awam sedangkan pihak swasta jugak memainkan peranan dalam menyumbangkan hasil kepada negara.

Bagaimana perasaan lu orang bila lu orang di lihat kan sebagai rakyat kelas kedua? Seolah2 peranan pekerja swasta tidak di hargai.

Guru, Polis, Tentera di beri perhatian khusus dalam perbentangan Budget kali ni. Apakah PM Najib sudah merasa gelora penentangan kian kuat di Jabatan2, Badan2 Berkanun kerajaan?

Slogan bukan main retorik lagi tapi perlaksanaan hampeh!! 

Budget kali ni nampak sangat PM Najib cuba nak pancing golongan muda dengan memberi rebet smartphone dan bantuan untuk orang bujang berumur 21 ke atas. Apasal 21 tahun ke atas erk?? Sebab dah boleh mengundi ke?

Apakah bantuan one off ni mampu untuk membantu golongan pekerja swasta yang turut sama2 terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan di pasaran negara? Kan lebih molek kalau di tetapkan akta gaji minima untuk di perbincangkan dan di perhalusi bagaimana kaedah yang sesuai untuk di gunakan.

Bagi wa, cara pemberian kali ini oleh PM Najib dan gerombolannya satu penghinaan kepada rakyat yang matang berfikir. Dia cuba untuk memperbodohkan rakyat. Mana mungkin duit pemberian tu dari poket PM Najib sendiri sedangkan gaji dia sendiri pun rakyat yang bayarkan.

Cukup2 la hutang yang PM Najib buat tu yang pasti akan menjadi beban kepada Pakatan Rakyat jika berlaku peralihan kuasa selepas PRU 13 nanti. Dan sudah tentu PM Najib akan menjadi PM yang di kambing hitamkan untuk menutup segala ketirisan yang berlaku sejak dari zaman Tun Madey lagi. Nasib ko la Najib!!!!

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...