Thursday, October 4, 2012

Umno?? Memang tak bleh blah (live)

Kali ni wa nak story benda yang baru jer terjadi hari ni kat kampung bini wa yang terletak dalam Parlimen Tapah yang MP nya di wakili oleh MIC menerusi Datuk S. Saravanan manakala Adun nya pulak Dr Mah Hang Soon yang mewakili MCA dalam DUN Chenderiang dan Datuk Shamsudin Abu Hasan mewakili Umno di DUN Air Kuning.

Ok, story ni bermula di mana ada seorang hamba Allah ni memerlukan bantuan segera berjumlah RM2500 bagi melakukan pembedahan mata dengan segera bagi mengelak dari merebak menjadi lebih buruk. Ye la kan, orang kampung mana nak cekau dalam sekelip mata duit yang berjumlah banyak tu.

Hamba Allah ni pun cuba untuk memohon bantuan dari ketiga2 Adun dan MP kawasan yang mewakili Dun dan Parlimen dia. 

Memula dia pergi berjumpa dengan PA Datuk Saravanan, brader Surya yang berjanji akan membawa perkara di ke pengetahuan bos dia dan memang seperti yang di janji bos dia meluluskan bantuan segera berjumlah RM1000. Maka ringan dah sikit beban  hamba Allah ni.

Misi seterusnya ke pejabat Umno Tapah untuk berjumpa dengan Datuk Shamsudin. Dalam fikiran hamba Allah ni kalau kat pejabat MIC bleh dapat RM 1000, kat Datuk Shamsudin dah tentu settle la problem ni sebab baru2 ni pun Umno ada buat rombongan ke Indonesia minggu lepas sebanyak sebuah bas. Kos untuk seorang dengar khabarnya pun mencecah RM 1390. Takkan nak bantu untuk mengeluarkan kos merawat penyakit rakyat tak boleh pulak kan..

Bayangkan kos yang telah di sponsor Umno untuk melancong ke Indonesia beb! RM1390 x 41 orang. RM 56,990.??? Wow!!!!

Tu minggu lepas. Besok ada pulak satu lagi group yang akan di sponsor ke Indonesia. Bayangkan dalam masa 2 minggu di kos yang telah di keluarkan Umno u
ntuk menampung kos melancung ke Indonesia kepada ahli2nya. RM 113,980.

Tapi bantuan yang hamba Allah ni harapkan tak kesampaian. Memula tu nampak macam janji cantek la jugak tapi akhirnya PA Datuk tu kata buat masa ni bantuan segera tak ada. Dan perkara ni pun telah di sampaikan kepada pengetahuan bos dia. Kalau nak kena mohon ke Yayasan Kebajikan Bina Upaya dan akan memakan masa berbulan2 sedangkan pembedahan tu telah di jadualkan besok. Sekali pecah lobang bila PA tu sendiri pun akan berangkat melancung sama ke Indonesia.

Lu orang boleh bayangkan tak mentality Datuk2 dalam Umno tu yang kononnya mereka la pembela melayu. Tapi realiti nya mereka itu la yang menghancurkan kepercayaan orang2 melayu kepada Umno. Di mana letaknya slogan PM Najib yang diaorang junjung tu. 1 Malaysia konon. Sesama bangsa sendiri pun tak boleh nak bantu, inikan pulak nak disandarkan harapan mewakili rakyat lagi.

Berbeza sungguh cara pengurusan dan kempen untuk menarik pengundi untuk memberi sokongan kepada mereka. Cara MIC bagi bantuan tu wa sokong walaupun hamba Allah ni melayu. Nak harap Umno, masa untuk seronok boleh la tapi masa susah sendiri mau ingat la beb!!

Keluar duit sampai RM ratus2 ribu untuk tujuan hiburan tak apa tapi nak keluarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan berjumlah RM 1500 pun tak mampu. Wa rasa kalau potong RM 50 dari jumlah yang di sponsor untuk setiap peserta tu pun dah melebihi jumlah yang perlu hamba Allah ni cari bagi menampung kos pembedahan.

Patah semangat nak teruskan misi seterusnya untuk berjumpa dengan Dr Mah Han Soon bila hajat yang berbunga2 harapan berkecai bila sampai jer ke pejabat Umno.

Fikir2kan la samada Umno ni masih relevan ke tidak lagi untuk di beri undi...

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...