Thursday, October 4, 2012

Apa nak dikata, buah cempedak dah jadi nangka..

Laporan dalam Bernama ada mengatakan bahawa PM Najib begitu teruja untuk berinteraksi secara online dengan rakyat. Boleh klik sini kalau tak percaya.

Berapi2 la Bernama dok puji PM Najib tinggi melangit tetapi hakikat sebenarnya cukup pahit untuk di telan oleh PM Najib dan gerombolan kabinet pimpinan nya.

Apa yang di paparkan Bernama tidak seperti realitinya bila sessi soaljawab PM Najib yang mana program ni di beri nama #Tanya Najib dalam Youtube mendapat undian DISLIKE terbanyak berbanding yang LIKE kan video yang di upload ke Youtube secara live itu.

Lagi sadis bila video ni terpaksa di private kan kerana undian DISLIKE dan komen2 negatif terhadap PM Najib makin meninggi. Nampak gayanya makin lambat la pilihanraya keramat yang ke 13 akan di adakan. 

Kan wa dah ada cakap dulu, rakyat Malaysia ni cukup2 bijak dan terbuka. Kalau dulu orang2 kampung bila YB Adun masuk kampung terpaksa seperti mengadakan keraian kerana menyambut YB tersebut. Kalau ada yang tak puashati pun terpaksa pendamkan kerana hanya perbezaan jawatan. Hormat kepada gelaran YB tu terlalu tinggi dulu.

Tapi sekarang ni sendiri mau ingat la beb!! Rakyat bukan setakat bijak dari segi pendidikan, malah kini dah berani meluahkan ekspresi diri jika tidak berpuashati. Bukan hanya melaui teguran yang kritis, malah berani berdemo di mana hak untuk rakyat berdemo ada termaktub dalam perlembagaan negara. Senang cerita rakyat dah matang.

Tahap kebijaksanaan dan kematangan rakyat inilah yang kini menghantui PM Najib dan barisan kabinetnya termasuk cukong2 dan kroni2. Mereka semua kepanasan, kegelisahan untuk menghadapi realiti kesinambungan perniagaan yang bermodalkan status Pak2 Menteri kabinet Umno/BN. Jika Umno/BN tumbang maka empayer perniagaan mereka akan turut sama tumbang kerana kedua2 pihak ini saling perlu memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...