Tuesday, July 17, 2012

Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno..??

Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.
"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
"Ramai lagi datuk dan tan sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor, malam tadi.
Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri.
"Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang?
"Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium.
Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP.
"Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman.
"Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia.
Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu.
"Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India. Oang Asli pun mereka tak harap," katanya.
Sumber : harakahdaily
P/S : 
Wa bukan kata tak suka depa ni join Pakatan Rakyat tapi depa ni yang keluar Umno hanya bila dah dekat pilihanraya umum ni boleh percaya ke kredibiliti mereka?


Kalau boleh biar mereka yang melompat join Pakatan di saat akhir ni di beri tempoh 'bertenang' supaya keikhlasan mereka terbukti. Jika mereka ikhlas, nescaya tempoh tersebut bukanya sebuah halangan yang besar. 


Tapi kalau keluar Umno dan join Pakatan semata2 mahu diletakkan sebagai calon, yang jenis ni kena tapis betul2 sebab jenis ni yang akan meruntuhkan apa yang cuba di bina, seperti apa yang telah berlaku di Perak. Jadikan iktibar supaya kejadian serupa tak berulang lagi.



No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...