Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menunaikan segera tiga janjinya kepada kaum India baru-baru ini.
Pengarah Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, tiga janji itu meliputi pembinaan pusat kebudayaan dan kereta kabel di Batu Caves yang diumum Najib April lalu serta pembinaan pusat membakar mayat dalam Parlimen Kapar.
“Najib tidak perlu cakap Jelajah Janji Ditepati kalau tiga janji inipun gagal ditunaikan. Itu tidak termasuk isu kad pengenalan merah kaum India lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar.
Beliau juga simpati dengan Najib kerana terpaksa mengimport Perdana Menteri India, Manmohan Singh ke Little India setahun lalu semata-mata bagi menarik kehadiran kaum itu ke program berkenaan.
“Ini semua tidak menjadi kerana berdasarkan kajian dan gerak kerja turun padang kita (KEADILAN), kaum India solid bersama Pakatan Rakyat dan sebab itu, program BN di Little India malam ini terpaksa dirasmikan Najib sendiri selaku pemimpin Umno dan bukan MIC.
“Berbanding di Kampung Baru yang dirasmikan timbalannya, yang juga pemimpin Umno dan di Jalan Petaling pula oleh pemimpin MCA,” tegasnya.
Beliau mengulas pelancaran bulan “Kibarkan Jalur Gemilang” di Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street malam ini oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Jelas Manikavasagam, rakyat kini mahu Malaysia dipimpin parti pelbagai kaum yang mementingkan keadilan untuk semua, bukannya parti politik berteraskan perkauman sempit yang menjadi amalan Umno BN selama ini.
“Sebab itu, kaum India menolak slogan ‘Nambikei Najib’ yang bermaksud kepercayaan Najib, tetapi yang kami mahu ialah ‘Uramai’ yang bermaksud berikan hak kami,” tegas beliau.
Sumber : keadilandaily
P/S : Kalau masih ada lagi yang percaya dengan tipu helah Umno/BN untuk memastikan mandat tetap di tangan mereka tak tahu nak kata apa lagi dah..
50 tahun lebih dah di beri peluang, rakyat harus membuat penilaian dan option yang bijak dalam membuat pilihan. Jangan biarkan minda masih di takuk lama dan tidak mampu untuk berfikir.
Beri peluang kepada Pakatan Rakyat pulak untuk membuktikan kemampuan mereka dalam urusan pentadbiran negara.
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??