Tuesday, July 17, 2012

Isu Air : Selangor memang patut ambik balik Syabas...

Tan Sri Khalid Ibrahim nak ambik  alih pengurusan air negeri Selangor dari Syabas merupakan perkara yang paling patut malah sepatutnya dibuat sejak dari awal kejayaan merampas Selangor dari tangan Umno/BN lagi. Baca sini


Wa memang rasa ini langkah yang tepat dan bijak yang di lakukan oleh Menteri Besar Selangor. Ini negeri yang di perintah, jadi segala keputusan biarlah kerajaan negeri yang putuskan. Jangan la nak buat cubaan untuk menakut2kan rakyat negeri sedangkan tujuh empangan di seluruh negeri Selangor mempunyai kapasiti air yang mencukupi dan melimpah.


Alasan yang diberikan oleh MB Khalid adalah pertikaian mengenai keraguan pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan. 


Jika kerajaan negeri berjaya, pengurusan air ini akan menjadi pengambilalihan kedua yang telah berjaya dilakukan setelah pemgambilalihan sistem pengurusan sampah yang telah menjimatkan berjuta2 RM. 



Masalahnya dalam Syabas ni ada manusia2 yang hati mereka masih pekat berwarna biru yang menjadi Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga (Syarikat Induk kpd Syabas). Bila Pengerusinya dah condong ke arah Umno/BN, maka segala bentuk serangan dan pendedahan yang dibuat hanya untuk memperlihatkan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menguruskan bekalan air negeri sedangkan sebaliknya yang berlaku. 


Masa Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit tahunan, mengesahkan bahawa Selangor telah diurus tadbirkan dengan cekap. Bukan hanya tahun ini, tapi 4 tahun berturut2.
Bagi wa, jika pengambilalihan ni berjaya, pegawai2 tinggi yang khianat itu ditukarkan ataupun di tawarkan skim VSS supaya tidak mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri lagi. Apa nak heran, empangan yang terbesar adalah di Kuala Kubu yang jika pecah boleh menenggelamkan seluruh kawasan Hulu Selangor dan jika keseluruhan empangan di Selangor pecah, maka Kula Lumpur dan Selangor akan tidak wujud lagi sebab dah tenggelam. 


Usaha pengambil alihan pengurusan air negeri Selangor akan menjadi pengambilan alihan kedua selepas berjaya mengambil alih pengurusan sampah dari Alam Flora. Pengurusan sampah yang telah diambil alih itu telah berjaya menjimatkan ratusan juta RM. Dan jika pengurusan air pulak, sudah tentu angka yang lebih besar yang mampu untuk dijana sebagai sumber pendapatan negeri.


Jika tidak diambil tindakan segera, pihak Syabas yang mana Pengerusi Eksekutifnya adalah orang yang karat biru mindanya akan menghancurkan pentadbiran yang bersangkutan dengan pengurusan air di negeri Selangor. Jika sudah tahu siapa dalang di sebalik kekecohan yang timbul akibat dari isu air, pengambil alihan ini memang patut untuk mengajar pihak terbabit untuk menguruskan air dengan baik. Semoga selepas ini akan menjadi contoh ikutan kepada negeri2 lain.


Apa nak heran, semasa Ketua Audit negara membentangkan laporan audit tahunan semua negeri, Selangor menjadi antara negeri2 terbaik sistem pengurusannya malah buka setakat tahun ini tapi 4 tahun berturut2.


Ok, mari kita selidik tengok siapa sebenarnya Pengerusi Eksekutif Syabas ni. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau SYABASialah sebuah syarikat berkait kerajaan Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. SYABAS telah ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965. Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) adalah subdiari bagi syarikat SYABAS. Pengerusi eksekutif adalah Tan Sri Rozali Ismail.


Tan Sri Rozali Ismail adalah ahli seorang perniagaan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Ketika ini beliau memegang jawatan pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS dan juga presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS). Beliau juga merupakan pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan kini pengerusi eksekutifnya. Beliau termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut majalah Forbes pada 2010 dan di dalam bidang politik pula, beliau adalah bendahari UMNO Selangor dan juga Hulu Selangor.

Memang tak hairan la dengan apa yang telah terjadi antara Syabas dengan kerajaan negeri sekarang. Nampak seperti Syabas tidak professional bila bertindak bukan atas kepentingan bisnes tetapi memang konfom cuma atas kepentingan parti politik tertentu yang ketandusan isu hinggakan sanggup untuk mempertaruhkan nasib anak negeri sendiri.











No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...