Wednesday, June 6, 2012

Umno/BN amal politik zaman Jepun..??

Sekarang ni dah tahun 2012, dah tinggal 8 tahun jer lagi untuk mencecah 2020. tahun yang di wawasan oleh Tun Madey untuk melihat Malaysia berdiri sebaris dengan negara2 maju yang lain di dunia. Tapi heran, perilaku dan budaya politik yang diamalkan oleh Umno/Bn yang pernah di pimpin sendiri oleh Tun Madey tak mencermin kan budaya politik negara2 maju pun.

Macam mana nak maju kalau pemikiran dan tingkah laku masih lagi macam hidup di zaman Jepun? Menilai rakyat seolah2 golongan yang terlalu mengharap bantuan dari pihak kerajaan sahaja. Menanggap dan menilai rakyat seolah2 peminta sedekah sedangkan sudah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyediakan segala keperluan dan prasarana yang lengkap kepada rakyat nya.


Bila dah semakin hampir dengan tarikh keramat pilihanraya yang ditunggu2 oleh rakyat untuk menghumban Umno/BN ke kerusi pembangkang dalam PRU13 nanti, semakin terserlah politik perkauman hinggakan masa depan negara yang berbilang bangsa ini sanggup untuk dipertaruhkan demi survival politik yang dah semakin menipis. Sokongan terhadap Umno/BN makin merosot terutama dari kaum berbangsa cina. Dan peluang ini dipergunakan oleh Umno/BN untuk melaga2kan isu perkauman antara cina dan kaum majoriti melayu. Malah isu agama pun menjadi pertaruhan demi kelangsungan politik mereka.


Tapi bila strategi itu tak berjalan seperti yang diharapkan, institusi Raja2 pulak yang dimainkan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terutama dari pihak kaum melayu. Digambarkan seolah2 bahawa pihak Pakatan Rakyat ni anti Raja2 melayu. Sampaikan teguran ikhlas yang tidak mahu institusi Raja kelihatan tidak prihatin kepada rakyat pun di mainkan seolah2 ianya satu dosa yang amat besar hanya kerana mahu melihat institusi Raja2 melayu dipandang tinggi dimata rakyat. Sebagai contoh, Sultan Kelantan yang kini dilihat menjadi Raja yang begitu dikasihi rakyatnya. Bukankah itu lebih elok dan mulia di mata rakyat.


Isu perkauman, agama dan raja2 melayu tidak mampu untuk menghalang sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Disamping visi dan misi untuk memertabatkan ketuanan rakyat yang menjadi teras perjuangan yang sedang diu usahakan oleh Pakatan Rakyat.


Melihat kepada situasi inilah yang menjadikan Umno/BN tak keruan hinggakan terpaksa menanti saat dan masa yang sesuai untuk mengistiharkan pembubaran parlimen supaya pilihanraya umum dapat dijalankan dalam masa yang terdekat ini.


Kebangkitan rakyat boleh dilihat dengan jelas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu untuk melihat pilihanraya di negara ini dapat dijalankan dalam situasi yang telus, bersih dan adil. Majoriti rakyat berbilang kaum dan agama sama2 turun ke jalanraya menyatakan sokongan terhadap tuntutan yang telah dibuat. Dan yang terbaru pulak di Himpunan Hijau yang diadakan di Alor Setar, Kedah turut memperlihatkan kebanjiran rakyat dari seluruh negara tanpa mengira latar belakang kaum. Situasi begini adalah sesuatu yang mustahil satu ketika dulu tapi kini sempadan itu telah berjaya di pecahkan dengan terjalinnya kerjasama antara 3 parti yang mengangggotai Pakatan Rakyat.


Kebanyakkan rakyat sudah menolak parti politik yang berteraskan perkauman. Sekarang bukan kita hidup di zaman silam lagi, kini kita hidup di zaman moden yang mementingkan perpaduan kaum dan kemajuan negara yang dapat dinikmati oleh semua golongan kaum tanpa ada yang terpinggir.


Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia mencuba sesuatu yang baru, yang menjanjikan kebajikan untuk semua lapisan kaum dan masyarakat. Menjanjikan kos sara hidup yang seimbang dengan pendapatan dan semua itu boleh tercapai jika peluang diberi kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikannya.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...