Thursday, June 7, 2012

Ikatan : Apa tujuan sebenar penubuhan nya??

foto : Malaysiakini.com
Hari ni perasmian parti baru yang di beri nama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang di pimpin oleh bekas menteri kabinet zaman Tun Madey dulu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang jugak merupakan bekas ahli majlis tertinggi Umno. 


Yang menjadi persoalan, asas penubuhan parti ini bertujuan untuk apa? Apa perjuangan utama? Memang boleh dikatakan penubuhan ini untuk menyatukan semua bangsa yang terdapat dalam negara tetapi rasanya perkara itu dah pun lama di perjuangkan oleh Pakatan Rakyat dan dah terbukti pun. 


Yang wa nampak, penubuhan parti ini adalah untuk tetap mengejar kuasa. Jika tidak, sudah tentu mereka akan bergabung dengan parti2 yang ada di dalam gabungan Pakatan Rakyat. Mungkin kerana kuasa tidak akan dikecapi, maka ini jalan yang terpaksa di pilih.


Walaubagaimanapun, jika penubuhan parti ini boleh memecahkan lagi kekuatan Umno, wa tetap bersetuju. Mungkin ada pimpinan yang kini merasa terpinggir dalam Umno mahu menyertai parti baru ini tetapi bukan dalam masa terdekat. Mentaliti Umno cukup mudah untuk di baca.


Mungkin ramai yang akan meninggalkan Umno dan menyertai parti baru ini andai Umno/BN kecundang dalam PRU 13 nanti. Ramai yang akan angkat kaki mencari tapak baru untuk membina kekayaan. 


Dari kenyataan yang di keluarkan oleh Presiden sementara Ikatan ni, memang sedikit melegakan hati pemimpin dan penyokong Pakatan tetapi boleh ke nak percaya janji2 yang di buat oleh orang2 politik ni? Ikatan mengatakan bahawa dalam PRU13 mereka tidak akan bertanding kerana kesuntukan masa tetapi para pemimpin Ikatan dibenarkan untuk bertanding menggunakan tiket parti lain. Ada ke parti yang nak serahkan kerusi sedangkan dah tau yang mereka2 ini akan membentuk satu kuasa lain nanti. Apakah jaminan mereka2 ini tidak akan menikam kembali Pakatan Rakyat seperti yang telah terjadi kepada kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan?


Penubuhan Ikatan mempunyai pro dan kontra nya. Cuma pihak Pakatan Rakyat harus bertindak bijak dan mengambil kesempatan sepenuhnya di atas isu ini. Raikan kepelbagaian parti dalam negara dalam masa yang sama mesti membentuk parti ini untuk sama2 berjuang bagi menumbangkan Umno tak kira dalam PRU 13 ini atau pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...