Monday, June 4, 2012

Mau nya tak menggelupur kalau Umno/BN tumbang nanti..


Patut la makin menggila si veteran yang dalam kategori nyanyuk ni. Mau nya tak, kalau Pakatan berjaya tumbangkan BN dalam PRU13 akan datang, orang pertama yang akan kena heart attack adalah si veteran ni la. Tu mungkin sebab utama kenapa tiba2 sahaja si veteran ni makin kerap muncul kat TV pecacai mengalahkan populariti bini kedua PM Najib, Rosmah Mansor.


Tun Madey kini kelihatan seperti cacing kepanasan bila Pakatan berjanji akan menyiasat kehilangan wang negara sebanyak RM30 billion semasa dia menjadi PM Malaysia pada tahun 1992 dulu. Ini sesuatu yang amat2 tidak beretika kerana boleh menyebabkan Tun Madey sakit jantung kembali..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


'Melayu mudah lupa'. Slogan yang di popular kan oleh Tun Madey ni nampaknya seperti ditujukan khas kepada diri dia sendiri. Kenapa wa kata camtu? Sebab dulu Tun Madey ni la yang kata internet ni tak boleh dan tidak perlu disekat demi perkembangan teknologi tapi kini dia pulak yang syor kan agar bahan2 dalam internet di kawal supaya dapat mengekang maklumat yang disampaikan oleh Pakatan melalui medium ni. Bukan kah itu satu ke'lupa'an yang paling kronik sekali.


Faktor ke'lupa'an oleh Tun Madey ni bertambah parah bila dia menyalahkan pengganti dia yang mana dia sendiri yang pilih untuk menggantikan dia sebagai PM Malaysia yang ke 5. Pak Lah menjadi mangsa oleh Tun Madey untuk dipersalahkan atas faktor kelemahan Umno/BN sekarang ini. kalau pun Pak Lah lemah, siapa yang lantik Pak Lah ni sebagai PM yang ke 5 dulu. Bukan kah Tun Madey sendiri? Takkan itu pun dia lupa kot..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Mungkin Tun Madey ni lupa bahawa semasa dia serahkan kuasa kepada timbalan dia tu, Umno sudah pun berpecah angkar perbuatan dia sendiri yang terlampau ego dan tidak mahu terima pendapat pihak lain, apatah lagi bercanggahan pendapat. 


Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berlaku semasa Tun Madey ni masih lagi berjawatan sebagai seorang PM. Dan bertitik tolak dari situ la Umno sudah retak dan hanya menunggu waktu untuk berpecah kerana perebutan jawatan. Mungkin Tun Madey sudah lupa bahawa dia yang memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri yang jugak Timbalan Presiden Umno. Dan kesalahan atau kelemahan utama Pak Lah mungkin hanya kerana Pak Lah membebaskan Anwar Ibrahim dari dalam Penjara Sungai Buluh.


Kelemahan Umno 100% tak boleh di letakkan dibahu Pak Lah seorang saja. Buktinya, pada tahun 2004, dalam PRU11, Umno menang dengan begitu bergaya hanya kerana kebijaksanaan Pak Lah dengan mengubah persempadanan semula kawasan undi. Kelantan pun hampir2 berjaya dirampas namun kerana Adun2 PAS istiqamah dengan perjuangan, kelebihan 1 kerusi mampu untuk dipertahankan.


Namun pada 2008, bukan kerana Pak Lah, kerana najib atau kerana Tun Madey. Tapi kerana rakyat dah muak dan jelik dengan perangai Umno/BN yang mementingkan kroni2 hinggakan nasib rakyat tidak dipedulikan. Kenaikan harga barang tidak dikawal hingga menyebabkan rakyat tertekan dan rakyat membuktikan bahawa kekuasaan yang di pegang oleh Umno/BN ada ditangan mereka.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Kekalahan dan kelemahan Umno bukan berpunca dari Pak Lah atau siapa saja melainkan dari perbuatan Tun Madey sendiri. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain tanpa menilai kembali apa yang telah dia buat. Zaman Tun Madey menjadi PM la kuasa kekebalan Raja2 Melayu ditarik dan agama Islam dipertikaikan kerana Tun Madey sendiri pun menghina Sunnah Nabi dan Al Quran.


Tidak adil rasanya jika semua kesalahan dan kelemahan Umno/BN diletakkan hanya kepada Pak Lah seorang sedangkan yang mencipta kelemahan dan kesilapan Umno adalah dari Tun Madey sendiri. Dari dulu lagi trend meng'kambing hitam'kan seseorang masih tidak berubah dan akan tetap menjadi amalan malah mungkin budaya yang diamalkan oleh Tun Madey dan seterusnya di wariskan kepada parti pimpinan dia dulu, kini dan selamanya. 


"Dah lama dah"..


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..



2 comments:

  1. Ni klah manusia jenis MAHASHIT! Kerana SHIT inilah UMNO jadi cacamarba sekarang. Takkan SHIT dapat hidu busuknya sendiri!

    ReplyDelete
  2. stay stupid and vote umno

    ReplyDelete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...