Wa bukan nak kondem mamat ni tapi bila tujuan dia keluar umno dan nak join Pakatan Rakyat hanya bila dia tak dapat projek yang dia hajati dari Umno, baru dia keluar, bermakna dia bukan betul2 istiqamah nak join Pakatan Rakyat atas kesedaran bahawa selama ini Umno telah menganiaya orang2 melayu sejak sekian lama. dan pengistiharan dia keluar parti Umno sikit pun wa tak heran.
Tapi kalau dia betul2 ikhlas, wa mengalu2kan kedatangan dia ke dalam Pakatan Rakyat. Dan kalau dia bawa bersama penyokong2 dia, itu merupakan bonus kepada Pakatan. Tetapi dia harus tahu bahawa dalam Pakatan bukan lubuk untuk membuat projek dan lebih lagi sebagai batu loncatan untuk menjadi kaya dalam sekelip mata.
Begitu jugak kes yang patut dijadikan pengajaran kepada Pakatan Rakyat dulu bila ADUN Bota, Datuk Nasarudin tiba2 melompat masuk Pakatan Rakyat bila permintaan dia tak di endahkan oleh pimpinan utama Umno. Tetapi bila tindakan dia mendapat perhatian pimpinan utama dan di beri apa yang dihajati, secara otomatik dia lompat balik ke dalam Umno hingga menyebabkan bermulanya krisis perlembagaan di Perak yang hingga kini boleh dikatakan belum selesai sepenuhnya.
Alasan2 yang di beri oleh bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin ini sedikit mencurigakan bagi wa. Dia marah bila permintaan dia dalam projek pasir tidak dilayan oleh pemimpin Umno walaupun dia telah menjelaskan pembayaran cukai bagi projek pasir itu. Dan dalam kenyataan dia itu, alasan2 lain yang di beri itu memang sudah diketahui orang ramai cuma kenyataan dia tu mengesahkan apa yang selama ini menjadi buah mulut rakyat.
Turut hadir semasa pengumuman itu dibuat ialah Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Haji Nizar dan jugak Speaker Perak yang sah, ADUN Tronoh, V.Sivakumar.
Akan ada lagi cerita2 begini jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Semua akan cuba untuk mengambil kesempatan atas kesempatan yang terhidang di depan mata. Semua cuba untuk mencuri tumpuan dan perhatian supaya permintaan mereka dipertimbangkan. Dah macam jadi trend gimik sebelum pilihanraya dah pulak.
Live22: A Leading Provider of iGaming Slots
3 weeks ago
sebab tu dalam post wa , wa tak berminat nak komen sebab musabab dia ancam keluar parti dan mana tujuan dia selepas tu ..
ReplyDelete1. wa takde akses sape mamat ni .. lu yang dok kampar baru le autoriti
2. emosi dia macam tak stabil .. kira cam debudak merajuk ngan orang tua sambil hentak hentak kaki
3. wa cuma fokus pada isu dalaman .. kalo dalam ameno .. itu le rupanya kalo nak dapat projek .. tak hulur tak masyukkk
4 . wa lebih tertarik dengan ucapan DS Nizar .. sebab itu cerminan yang sepatutnya dihebahkan .. khidmat masyarakat tanpa perlu pilih bulu
5 . Lu pikir laa sendiri .. kah kah kah
wa dah pikir bukan setakat masak, malah dah naik hangit.. mamat camni offer lebih dari jangkaan yg dia harap, konfom melompat siap peluk2 cium balik dgn Datuk Radzi Manan, Ketua Umno Kampar tu..
ReplyDeletesb tak dpt jer, tu pasal merengek cam budak nak coklat tu..
keh keh keh keh keh keh..