Bermula dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang pada mulanya bagi tanggapan PM Najib tidak akan mendapat sambutan memandangkan berlaku sedikit percanggahan dikalangan penganjur di ibu negara dengan penganjur2 yang turut nak membuat perhimpunan tersebut di negeri2 masing2. Maka percanggahan ini sedikit sebanyak bagi Najib akan menimbulkan persengketaan dan boikot memboikot, seperti apa yang selalu dialami oleh parti Umno pimpinannya jika kemahuan mereka tak dipenuhi.
Ternyata sangkaan PM Najib tu begitu meleset sekali. Bayangkan dalam tempoh masa untuk berkempen yang singkat bagi menarik perhatian rakyat yang perihatin turun untuk turut serta dalam perhimpunan itu, perhimpunan itu mampu untuk menjadi perhimpunan rakyat yang terbesar yang pernah diadakan di negara ini. Namun ianya menjadi satu cerita sedih bila perhimpunan yang cuba diadakan secara aman, akhirnya tetap berakhir dengan kekecohan akibat provokasi dari setengah pihak sehingga panel khas terpaksa ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian yang tidak di ingini itu.
Rentetan dari peristiwa BERSIH 3.0 itu lah bermulanya episod cerita lawak yang cuba ditimbulkan untuk menenggelamkan kehangatan yang wujud akibat insiden yang berlaku semasa perimpunan itu. Cerita bagaimana pihak polis dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku dan nilai kerugian itu yang masih menjadi tandatanya tentang kos yang telah terbazir akibat dari perhimpunan itu.
Bukan setakat pihak kerajaan sahaja,malah wujud pulak persatuan peniaga yang cuba untuk menuntut gantirugi kerana tidak boleh berniaga pada hari penganjuran BERSIH 3.0 itu.Dan cerita persatuan ni menimbulkan rasa kelakar yang amat sangat kerana rata2 peniaga yang tidak peduli dengan tohmahan yang cuba dilemapar oleh media pro Umno/BN, mereka membuat untung yang diluar jangkaan malah tidak pernah terjadi dalam sejarah perniagaan mereka, hasil yang dikutip hanya dalam sekelip mata. Tetapi peniaga yang kolot dan mudah terpedaya, akhirnya cuba untuk menunjukkan kebangangan mereka lagi dengan membuat tuntutan di hadapan rumah Datuk S. Ambiga pulak.
Idea untuk meniaga burger dihadapan rumah Datuk Ambiga ini jugalah yang telah mencetuskan idea untuk membuat senaman baru bagi dikongsi oleh semua golongan rakyat Malaysia.Dan sepatutnya senaman ini perlu mendapat kelulusan dari bini kedua PM Najib,Rosmah Mansur dahulu. Senaman ini sepatutnya dipromosikan kepada Rosmah bagi menggantikan senaman poco2 yang amat di minati oleh Rosmah dan kebanyakkan Wanita dan Puteri Umno. Kemungkinan setiap kali perjumpaan Wanita atau Puteri Umno, mereka boleh memulakan acara mereka dengan membuat senaman ini untuk menaikkan semangat sebelum memulakan sebarang acara.
Boleh dikatakan dengan tersebarnya senaman ini,maka rahsia tentera jugak terdedah kepada pengetahuan awam. Rahsia bagaimana pihak tentera kita melakukan senaman untuk menaikkan semangat mereka semasa mereka bertugas dulu kerana pengenalan kepada senaman ini telah diperkenalkan oleh sekumpulan bekas tentera yang sudah pencen. Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwakili oleh seramai 15 anggota telah memperkenalkan senaman ini dihadapan rumah Datuk Ambiga dan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media arus perdana.
Tindakan 15 anggota PVTM tu sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana negara dengan lawak jenaka yang tak tercapai oleh akal manusia yang ada harga diri. Bagaimana persatuan tersebut boleh bertindak diluar batas2 manusia yang normal, kini masih menjadi tandatanya. Apakah ada dalang disebalik insiden yang agak lucu ni, semestinya jawapan nya ya!
Bagaimana mereka boleh menggambarkan bahawa Datuk Ambiga seorang yang gila kuasa sedangkan Ambiga awal2 lagi telah menyatakan bahawa dia tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang malah dia tidak berminat pun. Dia cuma mahu melihat pilihanraya yang akan datang diadakan dengan lebih telus dan adil. Itu saja. Apakah itu gambaran seorang yang gila kuasa? Yang nyata,mereka yang ber’senam’di depan rumah Ambiga tu tak paham apa tuntutan BERSIH dan hanya menjadi pak turut tanpa mengetahui dengan jelas apa tuntutan yang BERSIH 3.0 dah buat.
Bagaimana pulak jika pihak penganjur BERSIH pada masa akan datang bersetuju sebulat suara untuk mengadakan perhimpunan betul2 dihadapan rumah PM Najib pulak? Dan aku memang berharap jika ada lagi apa2 perhimpunan pun,semua dibuat dihadapan rumah orang2 yang terlibat dengan tuntutan yang akan dibuat. Sebab budaya ini tidak menjadi kesalahan apabila rumah Ambiga dijadikan sasaran untuk melepaskan rasa tidak puashati yang umumnya lahir dari pihak Umno/BN. Malah tiada sebarang tindakan pun yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini seolah2 mendapat restu dari pihak berkuasa.
Dan dicadangkan kepada setiap acara yang melibatkan Umno/BN, senaman yang dipraktikkan oleh askar pencen ini dijadikan acara teras bagi memanaskan badan sebelum acara utama bermula. Malahan pasukan bolasepak negara pun boleh mempratikkan senaman ini sebagai latihan warming up sebelum masuk ke padang untuk setiap perlawanan. Dan mungkin jugak senaman ini boleh dicadangkan kepada Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United untuk dijadikan acara rasmi bagi pasukannya.
Sumber : mediaperak.com
No comments:
Post a Comment
Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??