Thursday, May 23, 2013

Adam Adli tak ngaku salah...

Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu. 

Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang. Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang. 

Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1). Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai 



No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...