Wednesday, December 5, 2012

Kenyataan Media AMK Selangor berkenaan insiden di Gombak semalam..

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menyelar tindakan biadap dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menganggu ceramah serta mencederakan orang awam yang hadir dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak di Perkarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara , Selangor Darul Ehsan.

AMK Selangor yang beberapa hari sebelumnya telah menerima maklumat bahawa Pemuda Umno Gombak berniat untuk membuat provokasi, cuma menjangkakan itu hanyalah khabar angin biasa yang hanya ingin dicetuskan bagi menghalang orang ramai menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Yb Haji Mohamed Azmin itu. Namun, Pemuda Umno Gombak akhirnya bertindak biadap apabila mula menganggu lalulintas dengan niat mewujudkan kekecohan kepada program anjuran Parti Keadilan Rakyat itu.

Ketua Pemuda Umno Malaysia bodoh tahap tertinggi???

Satu jer perkataan yang sesuai di gambarkan kepada Ketua Pemuda Umno iaitu menantu pak Lah ni, bodoh piang mengalahkan lembu NFC Kak Ijat!!!

Nak tanya kat Ketua Pemuda ni, insiden yang berlaku di Gombak tu semasa program siapa? Adakah program Umno? Nak mintak polis siasat siapa yang memulakan provokasi konon... Poodah!!

Semasa sebuk dengan Perhimpunan Agung Umno yang di paksa supaya rakyat menontonnya sebab disiarkan secara langsung di TV pecacai, tak ada seorang pun penyokong Pakatan Rakyat yang buat kacau di majlis yang penuh dengan segala macam bangsat punya acara. Tapi kenapa bila hanya program ceramah Pakatan, ada segelintir samseng Umno diarahkan supaya membuat kacau.

Tuesday, December 4, 2012

Perkara paling mengecewakan daripada Najib pada Perhimpunan Agung UMNO

Perhimpunan Agung ke-66 UMNO baru sahaja berakhir dengan penuh keyakinan dan tawa gembira, apabila Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin UMNO yang lain mengisytiharkan bahawa UMNO bukan sahaja bakal menang pada pilihan raya umum akan datang, tetapi akan memenangi kembali majoriti dua pertiga dan keempat-empat negeri Pakatan termasuklah Kelantan dan Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan.

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...