Tuesday, December 25, 2012

Penyalahgunaan Facebook Dalam Sindiket Pelacuran

Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka dengan menyiarkan gambar wanita yang tidak terbabit dalam kegiatan itu menggunakan teknik pertindihan gambar, bagi menarik pelanggan. 
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit. 
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 


Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.

Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.

"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya pada sidang akhbar tersebut.

Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.

Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.

Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. 
Ulasan : 
Facebook ni bagi wa ada macam2 karektor. Ada yang tak mengaku status yang sebenar dan ada banyak yang palsu. Wa sendiri pun dalam freindlist akaun facebook cuma ada beberapa kerat jer yang pernah bersua muka. Banyak yang tak tau asal usul pun add wa, wa approve kan jer sebab wa tak kisah sapa pun lu.
Paling wa tak bleh blah bila jumpa, watak dalam FB cukup2 berbeza dengan karekter sebenar di alam nyata. Tapi itu la namanya kengkawan kan. Dari kenal di alam maya, diterjemahkan ke alam nyata.
Tapi dalam berhati2 pun wa pernah kena kencing jugak dengan rakan FB wa. Dah tua pulak tu, tapi lantak la, facebook punya pasal pun takkan mau gaduh kan?
keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

No comments:

Post a Comment

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

Post a Comment

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...