Thursday, December 27, 2012

Ulamak Muda Umno takut???

Ajer nye gila saranan yang di buat oleh orang yang diangkat oleh Umno sebagai ulamak muda ni. Ada ka patut dia suruh Pas keluar dari gabungan yang membentuk Pakatan Rakyat. Harapan untuk menumbangkan Umno/BN selama lebih dari 12 kali pilihanraya umum semakin jelas, takkan peluang tu nak di lepaskan begitu sahaja hanya kerana sentimen perkauman dan bukan agama. Klik sini

Bagi wa perbezaan ideologi antara PAS, PKR dan DAP bukan satu  masalah yang besar dan itu bukan penghalang untuk kerjasama di adakan. Bagaimana pulak kerjasama yang di amalkan oleh Umno yang bergabung dengan parti2 kompenan yang membentuk Barisan Nasional?
 

Bukan persamaan bentuk kerjasama yang wa pertikaikan. Lantak la apa pun Umno nak buat demi nak kekalkan kuasa yang ada, dah itu memang menjadi hak mereka. Cuma penyalahpenggunaan jentera kerajaan menjadi jentera parti dan lain2 penipuan tu memang salah dari segi undang2 pilihanraya. Tapi apa nak buat, dah SPR pun dah jadi parti kompenan dalam Barisan Nasional.

Wa cuma nak bagitau, gabungan dalam Pakatan Rakyat memang mempunyai berbezaan tapi bekerjasama atas satu titik persamaan. Persamaan dalam untuk menumbangkan Umno/BN yang telah terbukti gagal untuk mentadbir negara dengan telus dan adil hinggakan negara menghuni tangga kedua tertinggi dalam indeks jenayah rasuah. Lagipun rakyat yang tak berparti pun dah naik menyampah dengan Umno.

Bukan hanya rasuah tetapi pelbagai lagi kemusnahan lain hinggakan banyak tanah2 tergadai kepada negara luar di samping kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan pemimpin2 Umno/BN dalam merebut kekayaan hasil bumi negara.

Apakah ulamak muda Umno tak nampak benda ni. Apakah kerana jawatan dan wang ringgit mereka sanggup untuk menutup mata sedangkan mereka tahu bahawa banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh Umno yang menggajikan mereka untuk menjadi boneka bertopengkan agama? 

Lu tak payah nak tunjuk lagak tegur PAS la ulamak muda Umno oi!! Kalau lu betul ikhlas demi agama, lebih baik lu tegur Presiden Umno yang tak pandai nak didik bini supaya bersederhana dalam serba serbi dan berpakaian mengikut syariat Islam. Itupun lu tak boleh nak buat, baik lu makan gaji buta duduk diam2 sudah. Nak tegur pemimpin lu pun takut ke??.

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


6 comments:

  1. Dekat nak pilihanraya ni kena menyalak kuat sikit laa. Mana tau terpilih jadi winnable candidate. Nak harapkan kepandaian al maklumlah ilmu kurang, kepandaian pun tak seberapa. Kenalah mengampu dan menyanyikan lagu-lagu propaganda murahan demi bangsa dan ugama konon. Cakap je terus terang demi kesenangan dunia wahai ustaz cari makan!

    ReplyDelete
  2. ulamak muda standard pork key markkkkkkkkkkkkkk...

    ReplyDelete
  3. DAP tak setuju dngan hudud, tapi PR masih boleh duduk semeja, MCA tentang habis2an hudud, UMno pun tolak hukum hudud, mereka pun duduk semeja dalam BN.YANG MANA LEBIH BAIK?

    ReplyDelete
  4. kafir yg x stuju dgn hudud, normal..org Islam yg bkn sj xstuju malah hina hudud, gelak plak pd si kafir yg hina hudud..nk kata apa ni?

    ReplyDelete
  5. kafir yg x stuju dgn hudud, normal..org Islam yg bkn sj xstuju malah hina hudud, gelak plak pd si kafir yg hina hudud..nk kata apa ni?

    Nak kata apa lagi.... Syaitan yang dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaitan ni ada pelbagai tipu daya,x blh cara ni dia buat cara itu pulak..so klu da kenal syaitan tu berhati hati lah selalu..moga kita semua mendapat rahmat allah dan dijauhkan dari tipu daya syaitan y dikenali tau pun tidak,sesungguhnya syaitan itu tidak pernah berputus asa utk memesongkan umat islam.

      Delete

Lu orang nak komen, wa tak halang. Tapi lu kena la bertanggungjawab atas lu punya komen..
Lu nak maki wa ke, nak maki gomen ke tu lu punya pasal. Ada Aku Kesah??

My Blog List 1

My Blog List 2

My Blog List 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...