Memula wa jemputan dulu, wa terfikir yang Uncleseekers ni nampak serius bhai. Nampak ganas dan serius. Betul la kata orang dulu2, tak kenal maka tak cinta.
University of Life, nama tempat pembelajaran berasaskan kehidupan yang di ilhamkan oleh Pak Habib. Tempat yang cukup tenang dan damai, mewujudkan suasana harmoni di kalangan bloggers2 semua.
Banyak yang di pelajari walaupun dalam masa yang terlalu singkat kerana pembelajaran yang disampaikan mampu untuk membuka minda supaya berfikir dengan lebih rasional dan kritis.
rumah Abah@Pak Habib The writer |
Bukan setakat tu saja, makan malam dan sarapan pagi pulak di taja oleh Saufiviile Boutiqe Resort. Tempat yang cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb la wa cakap lu. Makanan nya sedap di samping permandangan yang indah yang pasti akan menenangkan jiwa
Permandangan suasana malam di Saufiville. |
Jika ada sesiapa yang berkelapangan, singgah la di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong Pahang untuk alami sendiri pengalaman berkomunikasi dengan seorang penulis otai yang cukup di kenali dan yang paling di geruni di kalangan ahli2 politik tanahair.
Tetamu jemuptan yang hadir di majlis ni semuanya bukan di undang pun oleh Pak Habib tetapi Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka untuk hadir bagi meyampaikan sedikit ilmu supaya dapat di kongsikan bersama.
Brader Pyan Habib tengah menceritakan pengalaman beliau |
Pak Habib di apit oleh Ku An dan Ku Shah |
Tgh mendengar kuliah percuma dari Pak Habib |
Bhai Madie...
ReplyDeleteRugi gua tak dapat join samer.... mmm... lain taun lar gua join ... itupon kalu ader.... hahahaha